Skip to content
Home » Ini Maksud Pengecualian Utama Dalam Insurans Kereta

Ini Maksud Pengecualian Utama Dalam Insurans Kereta

    pengecualian utama - cover

    Jika anda memiliki kereta, anda mungkin pernah dengar tentang pengecualian utama semasa membeli polisi insuran kereta anda. Tetapi pernahkah anda terfikir maksudnya dan bagaimana ia memberi kesan kepada anda sebagai pemegang polisi? Biar kami konsikan dengan anda asas-asas pengecualian utama bagi membantu anda memahami polisi insurans kereta anda dengan lebih jelas. Teruskan membaca untuk ketahui mengenainya dengan lebih lanjut.

    Apakah pengecualian utama?

    Pengecualian utama dalam insurans kenderaan merujuk kepada situasi tertentu di mana syarikat insurans anda tidak akan menanggung kos pembaikan, penggantian atau liabiliti yang timbul daripada kemalangan atau kerosakan pada kenderaan anda.

    Pengecualian ini ialah senario di mana pembekal insurans tidak akan memberikan perlindungan atau pampasan untuk kerosakan atau kerugian yang berkaitan dengan kenderaan anda. Menariknya, pengecualian ini digunakan untuk semua polisi termasuk pelan insurans kereta yang komprehensif.

    Kategori pengecualian utama

    Pengecualian utama boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu pengecualian berkaitan pemandu, pengecualian berkaitan kenderaan, pengecualian berkaitan kejadian dan pengecualian geografi.

    Berikut ialah senarai kejadian yang biasanya disertakan di bawah setiap kategori pengecualian ini.

    Pengecualian berkaitan pemandu

    • Pemandu tidak berlesen atau hilang kelayakan – Kerosakan yang disebabkan oleh seseorang memandu kereta anda tanpa lesen yang sah atau semasa hilang kelayakan tidak dilindungi.
    • Pemandu tidak berlesen atau hilang kelayakan – Kerosakan yang disebabkan oleh seseorang memandu kereta anda tanpa lesen yang sah atau semasa hilang kelayakan tidak dilindungi.
    • Pemanduan cuai – Pemanduan melulu atau sengaja yang menyumbang kepada kemalangan mungkin tidak dilindungi.

    Pengecualian berkaitan kenderaan

    • Normal wear and tear – Kemerosotan prestasi secara beransur-ansur kereta anda akibat penggunaan harian tidak dilindungi
    • Kerosakan sedia ada – Kerosakan sedia ada pada kereta anda sebelum polisi dimulakan tidak dilindungi.
    • Kenderaan tidak layak jalan – Kemalangan yang disebabkan oleh kereta dalam keadaan buruk yang tidak lulus pemeriksaan keselamatan dikecualikan.

    Pengecualian berkaitan kejadian

    • Bencana alam semula jadi – Kerosakan yang disebabkan oleh banjir, gempa bumi, taufan atau bencana alam lain selalunya dikecualikan melainkan anda membeli perlindungan tambahan.
    • Aktiviti jenayah – Kerosakan yang disebabkan semasa melakukan jenayah tidak dilindungi.
    • Peperangan dan keganasan – Kerugian yang timbul daripada peperangan, keganasan atau pergolakan awam biasanya dikecualikan.

    Pengecualian geografi

    • Memandu di luar kawasan yang dibenarkan – Sekatan ke atas perlindungan ke negara atau wilayah tertentu.
    • Import/eksport/e-hailing – Menggunakan kereta anda untuk tujuan komersial seperti import/eksport mungkin tidak dilindungi.

    Beberapa contoh lain yang biasa terjadi

    Di Malaysia, kebanyakan penanggung insurans menyenaraikan insiden berikut sebagai pengecualian utama dalam dokumen polisi. Anda juga boleh menemui satu atau lebih item ini disenaraikan dalam bahagian Soalan Lazim pada helaian pendedahan produk.

    • Kematian pemegang polisi atau kecederaan badan akibat kemalangan motor
    • Liabiliti pemegang polisi terhadap tuntutan daripada penumpang dalam kenderaan anda
    • Kerugian, kerosakan atau liabiliti yang timbul daripada bencana alam iaitu banjir, ribut atau tanah runtuh (tanpa perlindungan bahaya khas)
    • Jika kenderaan digunakan untuk sewa & ganjaran termasuk kereta sewa persendirian
    • Kerugian berbangkit, susut nilai, wear and tear, kerosakan mekanikal atau elektronik

    Memandangkan pengecualian utama adalah sangat penting untuk mana-mana polisi, memahaminya adalah penting untuk membantu anda mengurus risiko dan jangkaan anda. Oleh itu, sentiasa baca dokumen polisi anda dengan teliti dan fahami perkara yang dilindungi dan dikecualikan untuk mengelakkan sebarang kejutan yang tak dijangka. Jika anda ada sebarang kemusykilan, hubungi pembekal insurans anda untuk mendapatkan penjelasan.

    Jika anda mendapati maklumat ini berguna, jangan lupa untuk berkongsi artikel ini dengan rakan dan keluarga anda. Ikuti blog kami untuk lebih banyak info menarik seperti ini mengenai insurans kereta, motosikal & perjalanan.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: