Skip to content
Home » 2 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Plus Sempena Aidilfitri 2023

2 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Plus Sempena Aidilfitri 2023

    rancang perjalanan sebelum guna lebuh raya PLUS sempena Aidilfitri

    Kurang 10 hari lagi umat Islam akan meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas sebulan berpuasa. Bagaikan rutin, rata-rata mereka yang berada di kota akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk beraya bersama yang tersayang.

    Justeru pada tahun ini, PLUS menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan akan menggunakan rangkaian lebuh rayanya pada hari-hari puncak sempena sambutan Aidilfitri.

    Jumlah kenderaan meningkat 20% berbanding hari biasa

    Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad dalam satu kenyataan berkata, jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 20% berbanding jumlah trafik pada hari biasa.

    “Kami menjangkakan kira-kira 2 juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kami setiap hari pada Hari-Hari Puncak (hari-hari yang dijangka mencatatkan jumlah trafik tertinggi) iaitu pada 20 April hingga 21 April, 24 April hingga 25 April, 29 April hingga 1 Mei dan 4 Mei hingga 7 Mei 2023. Ia merupakan peningkatan sebanyak 20% berbanding jumlah trafik pada hari-hari biasa,” katanya.

    Disebabkan itu ujarnya, PLUS telah membuat persediaan dan mengatur pelbagai strategi untuk membantu pengguna lebuh raya menikmati perjalanan yang lebih selamat dan selesa.

    Ia juga termasuk aspek keselamatan lebuh raya, pengurusan trafik dan kesesakan, pengagihan trafik, pengurusan trafik di plaza tol, pengurusan kemudahan di kawasan rehat dan hebahan maklumat trafik.

    Selain itu, dalam memastikan aspek keselamatan pengguna lebuh raya sentiasa berada pada tahap yang baik, PLUS akan terus berkolaborasi bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan advokasi di lebuh raya sepanjang musim perayaan ini. 

    Ia termasuk menempatkan Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) yang terdiri daripada anggota PDRM, JPJ, Angkatan Pertahanan Awam (APM), St John Ambulans, dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di 11 lokasi strategik di lebuh raya dengan lebih daripada 500 petugas.

    PLUS juga akan menempatkan 269 pasukan peronda lebuh raya merangkumi PLUSRonda dan LPT2Ronda di rangkaian Lebuhraya PLUS termasuklah di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) pada musim perayaan ini .

    Rancang perjalanan anda

    Melihat kepada jangkaan peningkatan jumlah kenderaan yang akan berlaku, PLUS seterusnya menyarankan orang ramai yang akan menggunakan lebuh rayanya supaya merancang perjalanan dengan baik dan pulang ke kampung lebih awal bagi mengelak terperangkap dalam lonjakan trafik pada hari-hari puncak. 

    Dalam pada itu, PLUS juga akan mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dalam masa terdekat untuk perjalanan di lebuh raya Utara-Selatan. Ia sebagai strategi untuk mengagihkan trafik dan membantu orang ramai merancang perjalanan mereka untuk pulang ke kampung atau kembali semula ke Lembah Klang pada musim perayaan ini.

    Persiapan sebelum pulang ke kampung

    Sabar! Sebelum ingin meninggalkan rumah dan mulakan perjalanan ke kampung halaman, pastikan anda buat persediaan-persediaan ini terlebih dahulu ya!

    Servis kenderaan anda 

    servis kereta

    Sila pastikan kenderaan anda sudah diservis sebelum memulakan perjalanan ke kampung pada raya ini. Periksa kondisi tayar, brek, minyak enjin, aircond, bateri, lampu dan lain-lain bagi memastikan perjalanan anda selamat. Jika anda tidak begitu arif atau pakar untuk servis sendiri kereta anda, sila hantar sahaja ia ke pusat servis pada kadar segera sebelum terlambat.

    Top up kad ‘Touch ‘n Go

    Mungkin nampak remeh, namun jangan lupa untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go anda supaya perjalanan lancar dan tidak mengganggu pengguna jalan raya lain. Untuk lebih mudah, top up sahaja secara online dengan menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet. 

    Pastikan kenderaan memiliki insurans dan roadtax yang masih sah

    Ini sangat penting ya! Sebelum memulakan perjalanan jauh, sila pastikan kenderaan anda sudah dilindungi dengan insurans kereta/ motor dan mempunyai roadtax yang masih sah. Selain untuk mengelak daripada dikenakan saman, ia juga bagi memastikan kenderaan anda dilindungi insurans jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika memandu.

    Moga perjalanan anda untuk ke tempat yang ingin dituju lancar dan selamat. Sila ikut peraturan jalan raya untuk keselamatan bersama.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: