Skip to content
Home » Perlukah Bawa NCD dari Kereta Lama ke Kereta Baru?

Perlukah Bawa NCD dari Kereta Lama ke Kereta Baru?

    Tukar NCD

    No Claim Discount (NCD) atau Diskaun Tanpa Tuntutan adalah satu bentuk diskaun yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan terikat dengan pemilik kenderaan apabila memperbaharui insurans.

    Nilainya akan meningkat selagi mana anda tidak membuat tuntutan insurans sehingga maksima 55% bagi kereta dan 25% bagi motosikal.

    Dengan meningkatnya kadar NCD ini, ia juga secara tidak langsung akan mengurangkan jumlah pembayaran premium bagi insurans anda ketika memperbaharui insurans.  

    Nak bawa NCD dari kereta lama ke kereta baru?

    Memandangkan NCD merupakan salah satu elemen atau faktor penting yang membantu mengurangkan bayaran premium insurans kenderaan, maka mungkin ada yang berhasrat untuk memindahkan NCD dari kereta lama ke kereta baru bagi menikmati harga insurans yang lebih rendah apabila menukar kenderaan.

    Namun persoalannya, bolehkah?

    Ya, jawapannya boleh. Anda dibenar untuk membawa atau menukar NCD anda untuk polisi insurans kereta lain asalkan pemilik bagi kedua-dua kenderaan adalah sama dan jenis kenderaan juga sama (contoh: kereta-kereta, motor-motor).

    Perlukah anda bawa/ tukar NCD dari kereta lama ke kereta baru?

    Secara logiknya, anda sememangnya amat digalakkan untuk membawa NCD dari kereta lama anda itu ke kereta baru supaya premium insurans yang anda bayar lebih murah. 

    Fahaminya menerusi contoh pengiraan di bawah ini:

    Anda mempunyai kereta Myvi berusia 5 tahun, dan bercadang untuk membeli Honda Civic baru tanpa menjual Myvi anda:

    Contoh pengiraan tanpa pemindahan NCD
    Contoh pengiraan selepas pemindahan NCD

    Dengan pemindahan NCD, anda boleh menjimatkan wang sehingga ribuan ringgit untuk premium insurans anda.

    Bagaimanakah cara untuk membuat pemindahan NCD?

    Caranya mudah sahaja! Ikut sahaja proses seperti di bawah ini:

    1. Dapatkan sebutharga untuk kereta baru
    2. Beritahu insurans baru anda ingin memindah NCD dari kereta lama. Anda hanya perlu menyatakan nombor plat kenderaan.
    3. NCD kereta lama akan dipindah ke kereta baru
    4. Nikmati harga insurans terendah bagi kereta baru anda!

    Pandu dengan cermat, jaga NCD anda

    Kadar NCD memainkan peranan yang sangat penting bagi mengurangkan kadar premium insurans kenderaan anda. Jika NCD pada kereta lama anda sudah mencapai 55%, maka anda boleh membawa atau menukarnya ke kereta baru anda nanti. Jadi, memandulah dengan selamat dan elak terlibat dalam kemalangan jalan raya supaya anda tidak perlu membuat tuntutan insurans dan menjejaskan kadar NCD anda.

    Dalam pada itu, jadi seorang pemilik kenderaan yang bijak. Tahu beberapa hal penting mengenai kenderaan, termasuklah mengenai pemindahan NCD ini demi menjimatkan wang anda. Wajar untuk anda memindahkan NCD supaya premium insurans yang dibayar jauh lebih murah berbanding yang sepatutnya!


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: