Skip to content
Home » Insurans Perjalanan – Apakah Ciri Polisi Yang Terbaik?

Insurans Perjalanan – Apakah Ciri Polisi Yang Terbaik?

    polisi insurans perjalanan

    Untuk membeli satu pelan insurans perjalanan, anda perlulah memastikan bahawa ia adalah yang terbaik dan memenuhi segala keperluan anda. Perlu anda tahu, setiap polisi insurans perjalanan adalah berbeza dan meliputi ciri-ciri serta manfaat yang berlainan, mengikut syarikat insurans.

    Jadi bagi memastikan anda dapat memperoleh satu pelan atau polisi insurans perjalanan yang terbaik dan sesuai dengan keperluan anda, apa kata anda ikuti panduan ringkas ini bagi menyemak ciri yang ‘wajib ada’ dan ‘patut ada’ dalam polisi insurans perjalanan anda. 

    Ciri atau manfaat yang wajib ada

    Berikut merupakan antara manfaat-manfaat yang boleh dikatakan ‘wajib ada’ bagi memastikan ia adalah polisi insurans perjalanan yang terbaik untuk anda:

    Perbelanjaan perubatan

    Kos perubatan di hospital luar negara adalah amat mahal. Jadi, adalah sangat penting untuk anda memastikan bahawa polisi anda itu menyediakan manfaat bagi perbelanjaan perubatan yang dapat membantu menanggung serta melindungi anda jika diperlukan kelak. 

    Pastikan manfaat perbelanjaan perubatan ini meliputi perlindungan untuk kos perubatan kecemasan dan pembedahan juga ya.

    Penghantaran pulang 

    Anda juga perlu memastikan polisi anda itu memiliki manfaat penghantaran pulang ke negara asal anda sekiranya anda sakit atau berlakunya kematian akibat situasi yang tidak dijangka seperti kemalangan. 

    Pembatalan percutian

    Manfaat ini juga penting ya. Andai kata anda perlu membatalkan atau memendekkan percutian anda, manfaat ini sedikit sebanyak dapat melindungi anda daripada kos yang telah dikeluarkan untuk tempat tinggal dan lain-lain. Bagaimanapun, sebab pembatalan percutian itu perlulah munasabah seperti sakit, ada kematian atau kecemasan lain yang dinyatakan di dalam polisi. 

    Tertinggal penerbangan

    Manfaat ini meliputi kos penginapan tambahan dan perbelanjaan perjalanan yang terpaksa anda keluarkan gara-gara terlepas penerbangan akibat daripada situasi yang di luar kawalan anda. 

    Antaranya termasuklah kereta rosak, terlibat dalam kemalangan atau lain-lain. 

    Penerbangan ditunda

    Jika penerbangan anda ditunda akibat daripada situasi yang diluar kawalan anda seperti bencana alam atau masalah teknikal, maka manfaat ini akan membolehkan anda dibayar beberapa amaun tertentu oleh syarikat insurans sebagai pampasan kepada kerugian yang anda telah tanggung.

    Perlindungan bagasi

    Ini juga penting ya. Andai kata berlaku kerosakan, bagasi lewat sampai atau bagasi anda hilang, manfaat ini setidak-tidaknya dapat membantu membayar kerugian yang anda alami dalam beberapa jumlah tertentu yang ditetapkan syarikat insurans.

    Perlindungan liabiliti peribadi

    Manfaat ini akan melindungi anda jika anda bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi akibat kecederaan anggota badan yang tidak disengajakan kepada seseorang atau untuk kehilangan atau kerosakan harta benda seseorang.

    Ciri atau manfaat yang patut ada

    Berikut pula disertakan manfaat yang mungkin patut ada dalam polisi insurans perjalanan anda:

    Kehilangan passport

    Jika passport anda tercicir atau dicuri ketika melancong, manfaat ini sekurang-kurangnya dapat membantu membayar semula perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan untuk perjalanan tambahan dan tempat tinggal sementara menyelesaikan urusan passport yang hilang. 

    Wang

    Manfaat ini boleh membantu menggantikan wang atau yang seangkatan dengannya jika ia hilang atau dicuri ketika dalam percutian. 

    Keganasan

    Manfaat ini sangat penting terutamanya jika anda pergi ke destinasi yang agak berisiko. Ia meliputi perlindungan untuk kos perubatan serta kerosakan atau kehilangan barangan peribadi yang diinsuranskan yang diakibatkan oleh aktiviti keganasan.

    Dapatkan polisi insurans terbaik untuk anda!

    Pastikan anda menilai dahulu segala manfaat yang ditawarkan di dalam polisi insurans perjalanan tersebut sebelum terus mendapatkannya. Ia sangat penting agar anda memiliki segala manfaat yang diperlukan oleh anda andai kata berlaku sesuatu nanti.

    Paling penting, anda juga digalakkan untuk membandingkan dahulu dengan beberapa pelan insurans perjalanan sebelum terus membelinya. Untuk lebih mudah, anda bandingkan sahaja 10 jenama insurans sekaligus menerusi platform Bjak. Dengan cara itu, anda bolehlah menilai mana satu yang lebih baik dan memenuhi kehendak serta bajet anda!


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia dan telah dipercayai lebih 3 juta pengguna. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.

    Baca juga: