Skip to content
Home » PUSPAKOM Mula Guna Sistem ‘Cashless’ Sepenuhnya Mulai 1 Julai Ini

PUSPAKOM Mula Guna Sistem ‘Cashless’ Sepenuhnya Mulai 1 Julai Ini

    PUSPAKOM

    PUSPAKOM Sdn Bhd mengumumkan bahawa semua transaksi pembayaran untuk semua jenis pemeriksaan kenderaan akan dilakukan secara tanpa tunai mulai 1 Julai ini.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shukor Ismail berkata, penguatkuasaan kaedah transaksi tanpa tunai ini akan dilaksanakan di semua 54 pusat pemeriksaan di seluruh negara. Katanya, pelanggan boleh membuat pembayaran secara dalam talian melalui e-dompet, kad kredit atau kad debit.

    Bagi pembayaran melalui e-dompet, pembayaran boleh dibuat menerusi PUSPAKOM e-wallet, Maybank QRPay, GrabPay, Touch ‘n Go eWallet, Boost, WeChat Pay, dan Alipay.

    90% pelanggan PUSPAKOM guna kaedah transaksi tanpa tunai

    Shukor berkata pembayaran tanpa tunai sebenarnya telah dilaksanakan sejak April tahun lalu. Ia termasuk juga pengeluaran laporan pemeriksaan dan resit secara elektronik tanpa kertas.

    “Bagaimanapun, ketika itu pembayaran secara tunai masih lagi dibenarkan atas pertimbangan masih ada sebilangan kecil pelanggan yang tidak memiliki e-dompet, kad debit atau kredit,” katanya. 

    Katanya, data menunjukkan bahawa 90% pelanggan menggunakan kaedah transaksi tanpa tunai di semua cawangan.

    “Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah pembayaran tanpa tunai menjadi pilihan kerana lebih mudah, lebih cepat serta lebih selamat.”

    Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUSPAKOM di talian 03-5101 7000 atau Live Chat di www.puspakom.com.my. Selain itu, orang ramai juga boleh melayari laman Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: