Skip to content
Home » RFID di Semua Plaza Tol PLUS Menjelang Awal 2022

RFID di Semua Plaza Tol PLUS Menjelang Awal 2022

    Menurut laporan The Star, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) akan mengintegrasikan TNG RFID di semua plaza tol menjelang awal 2022, dengan sekurang-kurangnya satu lorong bagi setiap plaza tolnya.

    CEO Teras Teknologi Sdn Bhd, Anwar Ishak berkata sistem RFD tersebut akan dilancarkan bersama-sama sistem Pengecaman Plat Nombor Automatik (ANPR).

    Anwar berkata, ANPR berfungsi sebagai lapisan pengenalpastian sekunder untuk mengelak daripada menghukum pemandu yang tidak sengaja menggunakan kaedah pembayaran yang berbeza untuk memasuki lebuh raya. Ia juga dikatakan membantu dalam pertikaian tentang kesilapan pembayaran.

    Tambah beliau, tempoh masa untuk penggantian RFID bergantung pada kadar penggunaan penunggang motosikal meskipun pihak kerajaan telah menetapkan sasaran untuk memperkenalkan lebuh raya aliran bebas berbilang lorong (MLFF) dengan penggunaan RFID sepenuhnya menjelang 2026.

    Teras merupakan subsidiari PLUS yang membangunkan penyelesaian teknologi untuk pemegang konsensi tol lebuh raya, termasuk sistem TNG dan SmartTag yang sedia ada.

    Apa itu RFID?

    RFID adalah kaedah pembayaran tunai yang menggunakan pelekat yang ditampal pada lampu hadapan ataupun cermin hadapan kenderaan. Berbeza dengan SmartTAG, RFID tidak memerlukan penggunaan bateri dan kad Touch ‘n Go (TNG) fizikal untuk diisi semula. Pembayaran tol akan ditolak melalui aplikasi eWallet TNG yang akan ditop-up semula menggunakan kad debit atau transaksi bank dalam talian.

    Sistem RFID dan ANPR ini akan membenarkan penunggang motosikal untuk melalui plaza tol dengan lebih pantas, dengan had laju pada 30km/j berbanding sistem SmartTag pada 20km/j.

    Ujian perintis ke atas sistem ini telah dijalankan sejak Julai 2020 di lebuh raya tertutup Hutan Kampung-Sungai Dua, yang berjalan dari Kedah ke Pulau Pinang.

    TNG dan SmartTAG akan dimansuhkan secara berperingkat

    Lorong kad TNG dan SmartTAG akan dimansuhkan secara berperingkat

    Menurut laporan Kementerian Kerja Raya, kedua-dua lorong kad TNG dan SmartTAG akan dimansuhkan secara berperingkat untuk memberi ruang kepada penambahan lorong-lorong RFID di jalan raya.

    Pilihan pembayaran ini akan digantikan sepenuhnya dengan RFID dan akan dilancarkan di plaza tol mengikut jadual, bermula pada 15 Januari 2022.

    Kenapa RFID lebih cekap?

    RFID membantu menambahbaik sistem pengurusan trafik

    RFID merupakan salah satu inisiatif untuk menuju ke arah pelaksanaan Multi-Lane Free Flow System (MLFF), yang selaras dengan hasrat kerajaan untuk mendigitalkan dan memodenkan kaedah pembayaran tol.

    Ia membantu menambahbaik sistem pengurusan trafik dan mengurangkan kesesakan di plaza-plaza tol.

    Kos pemasangan RFID adalah lebih murah daripada peranti SmartTAG. Peranti RFID hanya berharga RM35 manakalan peranti SmartTAG mencecah RM135 untuk setiap unit. Tambahan pula, tag RFID tidak memerlukan penggunaan bateri manakala peranti SmartTAG memerlukan bateri yang kebiasaannya bertahan selama 6 bulan.

    Pengguna boleh menambah nilai baki eWallet mereka secara online untuk mengelakkan masalah kekurangan baki semasa melalui plaza tol. Pengguna juga boleh menyemak baki terlebih dahulu melalui aplikasi sebelum memulakan perjalanan.

    Bagaimana cara membeli tag TNG RFID?

    Tag RFID boleh dibeli secara terus di aplikasi eWallet TNG pada harga RM35.

    Tag RFID boleh dibeli secara terus di aplikasi eWallet TNG
    1. Buka aplikasi e-wallet TNG
    2. Tekan “RFID” pada laman utama
    3. Pilih “Order RFID Tag”
    4. Masukkan kuantiti pembelian dan tekan “Buy Now”
    5. Masukkan maklumat penghantaran dan klik “Review Order”
    6. Pilih “Pay” dan selesai

    *Anda juga boleh beli tag RFID daripada Bonus link, Lazada, Shell Select, Shine Shine dan Shopee.

    Ikuti arahan dibawah untuk cara pemasangan tag RFID pada kenderaan:

    Cara pasang pelekat RFID pada kenderaan

    1. Bersihkan permukaan lampu hadapan atau cermin hadapan kereta
    2. Tanggalkan tag RFID daripada pelekat
    3. Pasang tag RFID di bahagian luar kiri cermin hadapan atau lampu hadapan belah kiri kenderaan (belah penumpang)

    *Nota: Elakkan memasang tag pada lampu hadapan atau cermin hadapan yang berwarna atau berhampiran dengan bahan logam (perlu sekurang-kurangnya jarak 5cm)

    Cara aktifkan tag RFID?

    Selepas selesai memasang tag pada kenderaan, tag dapat diaktifkan melalui proses pendaftaran yang mudah melalui aplikasi TNG. Sila ikuti langkah di bawah:

    1. Tekan ikon Toll pada laman utama dah pilih RFID
    2. Klik butang Activate RFID Tag
    3. Isi maklumat akaun anda
    4. Daftar kenderaan anda
    5. Masukkan nombor tag RFID atau imbas kod bar pada packaging TNG RFID
    6. Masukkan kod OTP

    Selepas anda masukkan kod OTP, anda akan terima pengaktifan dalam masa 24 jam.

    Cara tambah nilai RFID

    Ikuti arahan dibawah untuk menambah nilai isi tag RFID anda:

    1. Buka aplikasi eWallet TNG
    2. Klik Reload eWallet
    3. Klik Auto-Reload di bahagian bawah belah kanan skrin
    4. Masukkan rujukan auto-reload anda

    Soalan-soalan lazim mengenai TNG RFID

    Bagaiman cara penggunaan RFID?

    RFID TNG berfungsi sebagai sistem pasif yang tidak memerlukan kad dan peranti dengan bateri untuk berfungsi. Pengimbas overhead yang dipasang di pondok tol akan membaca tag – pelekat yang digunakan pada kenderaan anda.

    Tambang tol akan ditolak melalui aplikasi e-Wallet TNG, yang perlu ditambah melalui kad kredit atau debit atau transaksi bank dalam talian.

    Adakah pelekat RFID tahan lama?

    Menurut TNG, secara amnya, pelekat RFID boleh bertahan selama lima tahun. Ia diperbuat daripada material yang mempunyai ketahanan tinggi dan mampu menahan pelbagai keadaan cuaca, termasuk panas dan hujan.

    Bolehkah anda mencuri pelekat RFID?

    Pelekat Touch ’n Go RFID hanya boleh didaftarkan dan dipasang pada satu kenderaan. Oleh itu, setiap pelekat adalah tertakhluk untuk kenderaan tertentu.

    Menurut TNG, pelekat akan rosak selepas dicabut.

    Apakah perbezaan RFID dan SmartTAG?

    Berikut merupakan perbezaan di antara SmartTAG dan RFID Tag.

    SmartTAGRFID Tag
    Alat perantiPelekat
    Dipasang pada cermin hadapan dengan pendakapDilekatkan pada cermin hadapan atau lampu hadapan
    Menggunakan isyarat inframerah untuk dikesan di lorong tolMenggunakan frekuensi radio untuk dikesan di lorong tol
    Menggunakan bateriTidak menggunakan bateri atau alat peranti
    Tambang tol ditolak daripada kad TNGTambang tol ditolak daripada kad akaun e-wallet TNG
    Tidak perlu pendaftaran atau pengaktifanMemerlukan pendaftaran & pengaktifan dalam e-wallet TNG
    Boleh digunakan pada mana-mana kenderaanHanya boleh digunakan pada kenderaan yang dipasangkan dan didaftarkan

    Tng RFID langkah kemajuan jalan raya Malaysia

    Sistem RFID TNG adalah satu langkah ke hadapan daripada penggunaan SmartTAG berasaskan IR. Penggunaan RFID di plaza-plaza tol menjanjikan pembaikan untuk pengguna jalan raya, yang selalu berhadapan dengan masalah seperti kesesakan di lorong tol.

    Selain daripada memudahkan cara pembayaran di tol, penggunaan e-Wallet juga memudahkan pemandu untuk memantau dan menambah nilai baki dalam akaun.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Tags: