Risau Bayar Bil Perubatan Mahal? Ikut 6 Langkah ini

InfoInsurans Nyawa dan Perubatan

Written by:

Habis duit gaji aku bulan ni….”

Gaji masuk pukul 9.00 pagi, 9:05 habis. Rasanya ramai yang macam ni kot. Mana taknya, macam-macam nak kena bayar bila dah sampai hujung bulan. Bil air, eelektrik, sewa rumah, duit kereta… kalau ikut list ni baru yang basic. Rasanya ada lagi yang lain nak kena bayar kan?

Tapi… lagi ‘sakit’ kalau tiba-tiba anda pula kena masuk wad kecemasan. Tambah pula kalau terpaksa dapatkan rawatan di hospital untuk tempoh yang agak lama. Confirm! Bila tengok bil hospital, mesti selit rasa menyesal bila tak buat benda yang kita patut buat bila sihat dulu.

Jadi, di bawah ini kami kongsikan beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk memastikan anda masih boleh tarik nafas lega dengan ‘bil yang tidak dijangka ini’.

#1 Dapatkan insurans, ‘kaji’ betul-betul insurans anda

Pastikan anda ada membuat survey dan meniliti pelan anda. Bukan sign dan bayar je tau! TELITI betul-betul, baca satu per satu. Fahamkan apakah pelan dan perlindungan yang anda telah ambil.

Anda pasti ingin mengetahui perbelanjaan perubatan yang akan dilindungi oleh penyedia insurans anda, jadi sebab itulah anda perlu tahu segalanya. Barulah mudah urusan anda nanti.

#2 Tahu tahap ‘rangkaian’ syarikat insurans anda

Syarikat insurans pada kebiasaannya mempunyai hubungan dan akan bekerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan, makmal, hospital dan lain-lain dalam industri yang menawarkan rangkaian perlindungan – di mana pelanggan insurans yang akan memperoleh manfaat daripada rangkaian perlindungan ini.

Apakah maknanya untuk anda? Sebenarnya, jika anda memilih untuk mendapatkan rawatan selain daripada apa yang ditawarkan, anda mungkin perlu berdepan dengan dengan bebanan kewangan yang lebih besar. Ingat, syarikat insurans hanya akan membayar sehingga jumlah yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan dalam rangkaian mereka, dan anda perlu membayar yang selebihnya.

#3 Dapatkan penjelasan

Tanya, tanya, dan tanya doktor atau hospital pilihan anda sama ada prosedur yang anda perlu lakukan di hospital itu akan ditanggung oleh syarikat insurans.

Ingat! Sekiranya doktor meminta anda untuk melakukan ujian air kencing atau sebarang ujian lain, tanya mereka sama ada ia akan dilindungi insurans, dan berapakah kos untuk prosedur berkenaan.

#4 Dapatkan pra-kebenaran

Elakkan bil melambung. Dapatkan pra-kebenaran sebelum menjalani sebarang pembedahan dan cadangkan pengesahan bertulis daripada doktor bagi memastikan anda mendapat perlindungan insurans.

#5 Bersiap sedia dengan segala kemungkinan/ kecemasan

Sememangnya, tiada sesiapa yang inginkan perkara di luar jangkaan berlaku pada diri kita. Namun, sekiranya berlaku sesuatu kecemasan, anda tidak akan mempunyai masa untuk log masuk ke laman web syarikat insurans dan mencari hospital manakah yang dilindungi syarikat insurans anda.

Sila ambil tahu tentang hospital terdekat yang manakah ada menawarkan perlindungan insurans buat diri anda, dan jika perlu, tahu juga perkhidmatan ambulans yang dilindungi syarikat insurans anda. Ingat, kos perkhidmatan ambulans juga agak mahal, jadi lebih baik anda bersiap sedia.

#6 Dokumentasikan semuanya!

Telefon penanggung insurans dan doktor anda bagi mendapatkan penjelasan mengenai pelan perlindungan insurans adalah bagus, tetapi mengapa anda tidak mengambil langkah awal dengan mendapatkan semuanya secara bertulis. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan kekusutan anda apabila berlaku pertelingkahan mengenai perlindungan insurans yang anda cuba dapatkan, malah anda juga boleh gunakan ia untuk membantah sebarang perkara yang dirasakan tidak sesuai dan betul nanti.

Dapatkan perlindungan insurans terbaik hanya di bjak.com/life/. Berhubung dengan ejen kami untuk tahu lebih lanjut mengenai pelan yang disediakan.