Skip to content
Home » Panduan Lengkap Roadtax Kereta :Apa Yang Diperlukan

Panduan Lengkap Roadtax Kereta :Apa Yang Diperlukan

Perbandingan Third Party vs Comprehensive

Pengenalan

Renew roadtax kereta bukan sekadar urusan rutin — ia wajib untuk memastikan kenderaan anda sah di jalan raya. Tanpa roadtax yang aktif, anda boleh disaman oleh JPJ atau PDRM, malah perlindungan insurans pun boleh terbatal. Artikel ini terangkan langkah-langkah dengan panduan lengkap roadtax kereta di Malaysia, dokumen diperlukan, serta anggaran kos roadtax mengikut jenis kenderaan di Malaysia.


1. Apa Itu Roadtax Kereta (Cukai Jalan)?

Cukai Jalan atau pada majoriti pemandu dalam Malaysia tahu sebagai roadtax, adalah dokumen yang perlu renew setahun sekali dari JPJ selepas buat pembaharuan polisi insuran. Roadtax diguna & memberi pemandu di Malaysia untuk pandu kenderaan secara sah, kerana roadtax membukti yang anda telah buat bayaran cukai jalan mengikut kapasiti enjin, selepas polisi insuran sudah aktif.


2. Cara Renew Roadtax Kereta di Malaysia

Kini ada pelbagai cara untuk memperbaharui roadtax:

KaedahPlatformKelebihanTempoh Proses
JPJ / MyJPJKaunter atau aplikasi MyJPJPercuma untuk versi digital, tiada caj tambahanSerta-merta (digital)
Pos MalaysiaCawangan terpilihMudah untuk pengguna tanpa capaian internet1–3 hari bekerja
MyEGLaman webMudah, ada penghantaran fizikal2–5 hari bekerja
BjakPortal onlineBoleh renew insurans + roadtax serentak2–5 hari bekerja (fizikal) / serta-merta (digital)
Nota: Ramai pengguna Sabah & Sarawak guna Bjak untuk beli insurans dan renew roadtax terus di JPJ kerana cajnya lebih murah.

Infografik langkah renew roadtax kereta di Malaysia termasuk insurans, semak kos, bayar online dan roadtax digital

3. Dokumen Diperlukan untuk Renew Roadtax

Sebelum renew, pastikan anda sediakan:

  • Salinan polisi insurans kereta aktif (atau cover note)
  • Kad pengenalan / salinan IC pemilik
  • Sijil pendaftaran kenderaan (geran asal atau salinan eGeran)
  • Lesen memandu sah

Jika melalui platform seperti Bjak, semua dokumen ini boleh dimuat naik secara digital.


4. Kos Roadtax Kereta Mengikut Jenis Kenderaan

Kos roadtax ditentukan oleh kapasiti enjin, lokasi pendaftaran, dan jenis kenderaan. Berikut contoh anggaran:

Jenis KenderaanKapasiti Enjin (cc)Anggaran Kos Semenanjung (RM)Sabah & Sarawak (RM)
Kereta 1.3L (1300cc)1300cc70 – 9020 – 40
Kereta 1.6L (1600cc)1600cc90 – 12040 – 60
Kereta 2.0L (2000cc)2000cc380 – 440100 – 120
Kenderaan komersialMengikut berat & jenisMengikut berat & jenis
Tip: Gunakan kalkulator roadtax online seperti di Bjak untuk semak jumlah tepat berdasarkan nombor pendaftaran.

5. Digital vs Fizikal: Mana Lebih Praktikal?

Sejak 2023, JPJ memperkenalkan roadtax digital (e-LKM) melalui aplikasi MyJPJ.

  • Digital Roadtax: Percuma, boleh disemak di telefon, tiada risiko hilang/rosak.
  • Fizikal Roadtax: Masih diperlukan jika anda mahu tampal pelekat di cermin kereta, tapi ada caj penghantaran (sekitar RM10 jika melalui Bjak).

6. Soalan Lazim (FAQ)

Q: Boleh ke renew roadtax tanpa insurans?
A: Tidak boleh. Anda mesti ada polisi insurans aktif sebelum JPJ meluluskan roadtax.

Q: Kalau roadtax tamat, boleh terus renew online?
A: Ya, tapi jika lebih 12 bulan tamat, anda mungkin perlu pemeriksaan PUSPAKOM dahulu.

Q: Berapa lama proses roadtax digital aktif?
A: Serta-merta selepas JPJ sahkan pembayaran.


Kesimpulan

Renew roadtax kereta kini lebih mudah dengan pelbagai pilihan digital. Pastikan anda ada insurans aktif, sediakan dokumen lengkap, dan semak kos melalui kalkulator sebelum memperbaharui. Dengan panduan lengkap roadtax kereta di Malaysia, anda boleh pastikan proses lebih cepat dan sah di sisi undang-undang.

Baca Juga:

Soalan Lazim tentang Perlindungan Takaful Kereta

Kesilapan Biasa Semasa Renew Roadtax Kereta Online

Cara Semak Sekali Gus – Saman, Insurans, Roadtax Kereta Anda