Skip to content
Home » 5 Faktor Yang Boleh Menyebabkan Claim Travel Insurance Ditolak

5 Faktor Yang Boleh Menyebabkan Claim Travel Insurance Ditolak

    claim travel insurance ditolak

    Insurans perjalanan atau lebih biasa dikenali sebagai travel insurance kini merupakan satu keperluan untuk sesiapa sahaja yang ingin memulakan percutian khususnya ke luar negara. Dengan adanya travel insurance, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kegusaran individu sekiranya berlaku sesuatu yang tidak disangka ketika sedang bercuti. 

    Namun begitu, tidak semua tuntutan anda akan diterima dan diluluskan oleh syarikat insurans. Ini kerana pihak tersebut berhak untuk menolak tuntutan yang dibuat oleh anda sekiranya tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

    Justeru, pada artikel ini Bjak akan kongsikan anda beberapa sebab atau punca yang boleh menyebabkan claim travel insurance anda ditolak pihak insurans. Semoga berguna dan akan memberi manfaat kepada anda!

    Kenapa claim travel insurance ditolak?

    pelbagai punca menyebabkan claim travel insurance ditolak

    Berikut antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan syarikat insurans perjalanan menolak permohonan tuntutan anda:

    Tidak maklumkan kepada pihak insurans

    Apabila berlaku sesuatu kepada diri anda, penting untuk anda ingat supaya terus memaklumkan kepada pihak insurans agar mereka dapat membantu dan mengesahkan perkara yang terjadi.

    Contohnya jika anda jatuh sakit di luar negara namun ia bukan kecemasan, pastikan anda tetap menghubungi syarikat insurans sebelum menerima rawatan. Dengan berbuat demikian, pihak insurans boleh membimbing anda ke kemudahan perubatan yang ada dan seterusnya pihak insurans boleh mengesahkan perkara yang dilindungi oleh insurans perjalanan anda.

    Sebaiknya, maklumkan kepada pihak insurans secepat mungkin yang boleh. Selain dapat mengelakkan tuntutan anda ditolak, ia juga secara tidak langsung boleh mengurangkan kekusutan anda tatkala berdepan dengan masalah di tempat orang.

    Gagal memberikan sebab/ alasan yang tepat

    Claim travel insurance anda berkemungkinan besar akan ditolak sekiranya anda memberikan alasan atau sebab yang tidak betul/ munasabah. Selain itu, alasan tersebut juga mungkin bukan salah satu perlindungan yang ditawarkan di dalam polisi anda. 

    Jadi, elak memberikan alasan yang dianggap kurang logik ya. Sila pastikan setiap info kejadian yang diberikan oleh anda adalah sahih bagi mengelakkan claim travel insurance anda ditolak.

    Tidak buat claim pada waktu yang sepatutnya

    Sebaik sahaja anda pulang ke tanah air, pastikan anda menghubungi semula syarikat insurans anda secara dalam talian atau telefon mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sediakan juga dokumen sokongan seperti sijil sakit, bukti dan resit untuk menyokong tuntutan anda. 

    Jika anda mendapati diri anda sedang berada dalam situasi yang sukar dan tidak dapat membuat tuntutan dalam tempoh masa yang ditetapkan, hubungi syarikat insurans perjalanan anda dan terangkan kepada mereka mengenai situasi tersebut.

    Situasi tersebut tidak dilindungi dalam polisi

    Anda perlu ingat bahawa tidak semua situasi akan dilindungi oleh pihak insurans perjalanan. Disebabkan itu, sangat penting untuk anda membaca setiap terma, syarat dan bentuk perlindungan yang ditawarkan dalam polisi insurans anda bagi mengelakkan kekeliruan terutamanya ketika tuntutan ingin dibuat nanti.

    Kerugian yang disebabkan oleh peristiwa/ kejadian tertentu dikecualikan daripada perlindungan oleh pihak insurans. Beberapa pengecualian biasa termasuklah:

    • Risiko perang
    • Bunuh diri dan gila
    • Pembunuhan atau serangan
    • Bersalin atau keguguran
    • Sukan berbahaya
    • Kelewatan dan kehilangan bagasi serta barang peribadi akibat rampasan atau pemusnahan di bawah kuarantin atau peraturan tersuai

    Terlalu lewat mendapatkan insurans

    pastikan travel insurance dibeli lebih awal agar claim tidak ditolak

    Anda sangat digalakkan untuk membeli perlindungan travel insurance sebaik sahaja anda telah menempah tiket penerbangan. Ingat, syarikat insurans anda hanya akan melindungi apa yang akan berlaku setelah anda mendapatkan perlindungan.

    Contohnya jika sesuatu berlaku selepas anda membeli tiket penerbangan, namun anda belum membeli polisi insurans perjalanan, maka anda tidak akan dilindungi dan diberikan pampasan atas kerugian yang dialami.

    Jadi, sila dapatkan pelan travel insurance untuk diri anda secepat mungkin. Ini bagi mengelakkan penyesalan di kemudian hari dan mengurangkan bebanan kewangan yang mungkin perlu ditanggung jika berlaku sesuatu.

    Untuk membeli travel insurance tidak sukar. Kini, anda boleh banding dan beli secara online di platform Bjak. Ada 10 jenama insurans untuk dibandingkan dengan sekaligus, dan pastinya akan ada satu pelan yang menepati bajet serta keperluan anda.

    Ingat, kenalpasti juga bentuk dan nilai perlindungan yang ditawarkan oleh pihak insurans! 


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: