Skip to content
Home » Sentuh Kad Touch ‘n Go Anda Walaupun Lalu Tol Percuma

Sentuh Kad Touch ‘n Go Anda Walaupun Lalu Tol Percuma

    Kad touch n' Go

    Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian tol percuma dan diskaun antara 30 hingga 50 peratus mulai 12 tengah malam Sabtu ini hingga 11.59 malam Ahad.

    Ia membabitkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).

    Selain itu, pemberian tol percuma juga diberikan di lebuh raya Utara-Selatan dan LPT ketika orang ramai dalam perjalanan pulang ke kediaman masing-masing berkuat kuasa 12 tengah malam 7 Mei hingga jam 11.59 malam keesokan harinya.

    Diskaun sehingga 50% turut diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama.

    Tol percuma dan diskaun sempena raya
    Kredit imej: Twitter @IsmailSabri60

    Sentuh kad Touch ‘n Go

    Susulan pengumuman itu, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail mengingatkan pengguna lebuh raya PLUS untuk tetap menyentuh kad Touch ‘n Go di lorong plaza tol.

    Jelasnya, ia bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik dan tiada bayaran tol akan ditolak daripada kad Touch n’ Go tersebut.

    “Pengguna yang memilih untuk menggunakan RFID juga perlu memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuhraya menggunakan lorong RFID sahaja. 

    “Sepertimana kad Touch ‘n Go dan SmartTAG, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada eWallet mereka,” katanya dalam satu kenyataan. 

    Periksa kad anda

    Dalam pada itu, pengguna kad Touch n’ Go dinasihatkan untuk memeriksa kad Touch n’ Go sebelum memulakan perjalanan.

    Ini bagi mengelak daripada terkandas di lorong tol dan menyebabkan kesesakan jika menggunakan kad Touch n’ Go yang tidak aktif.

    “Bagi pengguna kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan mereka dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login,” ujarnya.

    Dalam pada itu, PLUS sebelum ini menjangkakan peningkatan jumlah trafik daripada 1.6 juta kepada 2 juta kenderaan ketika tempoh perayaan Aidilfitri bermula 29 April hingga 9 Mei ini.

    Oleh itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk mengikut jadual cadangan waktu perjalanan yang telah dikeluarkan seperti infografik PLUS di bawah:

    Cadangan Waktu Perjalanan PLUS
    Kredit imej: PLUS

    Moga perjalanan anda ke kampung halaman selamat dan lancar. Pandulah dengan cermat untuk keselamatan bersama!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: