Skip to content
Home » Raya 2022: 2 Juta Kenderaan Dijangka Melalui Lebuh Raya PLUS

Raya 2022: 2 Juta Kenderaan Dijangka Melalui Lebuh Raya PLUS

    2 juta kenderaan dijangka lalu PLUS raya 2022

    Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri kembali semula selepas dua tahun sejak berlakunya pandemik Covid-19.

    Pada tahun sebelum ini, aktiviti merentas diri tidak dibenarkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Walau bagaimanapun, kegembiraan pastinya menyelubungi penduduk Malaysia pada tahun ini apabila larangan berkenaan tidak lagi dikenakan dan orang ramai boleh pulang ke kampung untuk beraya bersama yang tersayang.

    Anggaran 2 juta kenderaan penuhi lebuh raya PLUS

    Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dijangka akan disambut pada 3 Mei 2022, bersamaan hari Selasa. Susulan itu, pasti ramai yang akan mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan bersama keluarga tercinta.

    Plus Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan jumlah trafik daripada 1.6 juta kepada 2 juta kenderaan ketika tempoh perayaan Aidilfitri bermula 29 April hingga 9 Mei ini.

    Justeru menurut Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail seperti memetik laporan, pengguna disaran untuk membuat perancangan lebih awal bagi aktiviti pulang ke kampung bagi mengelakkan mereka daripada terperangkap dalam kesesakan trafik terutama beberapa hari terakhir Ramadan.

    Katanya, pada hari-hari kemuncak iaitu bermula 29 April hingga 9 Mei, jumlah trafik harian boleh mencecah 25% kepada 2 juta kenderaan berbanding 1.6 juta kenderaan sehari ketika ini.

    Ujarnya, PLUS akan mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dalam tempoh terdekat bagi membantu pengguna merancang perjalanan. 

    Sabar! Nak mulakan perjalanan ke kampung? Jangan lupa buat perkara ini!

    Servis kenderaan anda 

    Jika sistem coolant kereta anda berfungsi dengan baik, ia akan mengurangkan haba yang dihasilkan oleh enjin

    Sila pastikan kenderaan anda diservis sebelum memulakan perjalanan ke kampung atau ingin pergi bercuti pada raya ini. Elak ambil sikap sambil lewa dan menganggap bahawa semuanya akan selamat. Periksa tayar, brek, minyak enjin, aircond, bateri, lampu dan lain-lain bagi memastikan perjalanan anda selamat. Jika anda tidak begitu arif atau pakar untuk servis sendiri kereta anda, sila hantar sahaja ia ke pusat servis pada kadar segera. Buat temu janji dari sekarang supaya anda tidak terlepas!

    Top up kad ‘Touch ‘n Go

    Pastikan kad Touch 'n Go anda mempunyai baki yang mencukupi

    Penting! Jangan lupa untuk menambah nilai kad Touch ‘n Go anda supaya perjalanan lancar dan tidak mengganggu pengguna jalan raya lain. Elak lakukannya pada waktu last minute bagi mengelakkan sebarang masalah lain yang boleh berlaku. Untuk lebih mudah, renew sahaja secara online dengan menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet. 

    Pastikan kenderaan memiliki insurans dan roadtax yang masih sah

    Kenderaan sentiasa dilindungi insurans dan roadtax

    Sebelum memulakan perjalanan jauh, sila pastikan kenderaan anda dilindungi dengan insurans kereta dan mempunyai roadtax yang masih sah. Selain untuk mengelak daripada dikenakan saman, ia juga bagi memastikan kenderaan anda dilindungi insurans jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika memandu.

    Renew segera hari ini jika insurans dan roadtax anda sudah hampir tamat tempoh. Untuk perbaharui insurans dengan lebih mudah, buat sahaja secara online di Bjak dan polisi anda akan diaktifkan segera dalam masa kurang daripada 10 minit. 

    Pulang ke kampung dengan selamat

    Moga perjalanan anda untuk ke tempat yang ingin dituju lancar dan selamat. Sila ikut peraturan jalan raya untuk keselamatan bersama.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: