Skip to content
Home » Tak Nak Aircond Kereta Cepat Rosak? Jangan Lakukan 5 Tabiat Ini

Tak Nak Aircond Kereta Cepat Rosak? Jangan Lakukan 5 Tabiat Ini

    Elak buat perkara ini jika tak nak aircond cepat rosak

    Air conditioning (aircond) atau pendingin hawa kereta merupakan salah satu komponen yang sangat penting dan perlu dijaga dengan rapi. Tanpa sistem aircond yang baik, ia mungkin akan mengganggu pemanduan anda kerana berlaku ketidakselesaan terutamanya ketika cuaca panas. 

    Selain perlu melakukan servis secara berkala, sebenarnya anda juga boleh menjaga aircond kereta anda dengan tidak melakukan beberapa tabiat yang bakal dikongsikan ini.

    Ingin tahu apakah ia? Teruskan membaca artikel ini.

    Buka tingkap ketika aircond sedang dipasang

    Membuka tingkap ketika aircond dipasang menyebabkan kompresor terpaksa beroperasi lebih daripada biasa

    Setuju atau tidak untuk kami katakan bahawa ramai pemandu yang melakukan tabiat ini ketika memandu kereta. Tahukah anda sebenarnya tabiat ini boleh menyebabkan kompresor kereta terpaksa beroperasi lebih daripada biasa.

    Jika tabiat ini sering dilakukan, maka tidak mustahil aircond kereta anda akan mudah mengalami kerosakan.

    Matikan enjin dengan mengejut

    Pastikan anda menutup dulu aircond sebelum mematikan enjin kereta

    Jangan lakukan tabiat ini jika tidak ingin aircond kereta anda cepat rosak. Sila pastikan aircond kereta anda ditutup terlebih dahulu sebelum anda mematikan enjin kereta. Jika ia tidak dimatikan dulu, aircond anda terpaksa bekerja secara automatik.

    Anda perlu tahu bahawa bateri kereta mudah terbeban untuk beroperasi semasa enjin dihidupkan. Disebabkan prestasi bateri tidak begitu maksimum, arus elektrik yang terhasil akan jadi kurang stabil dan perkara ini seterusnya mempengaruhi pengaliran elektrik bagi aircond.

    Kereta bersepah

    Debu dan habuk hasil kotoran dalam kereta anda akan masuk dan keluar dari penapis aircond

    Kenapa pula kondisi dalaman kereta yang bersepah boleh memberi kesan kepada aircond kereta?

    Okay, sebenarnya macam ni…

    Jika anda membiarkan sampah dan kotoran bersepah di dalam kereta, ia bukan sahaja menyebabkan kenderaan anda tidak selesa, malah debu juga akan melekat secara berterusan.

    Ia seterusnya memberi kesan kepada aircond memandangkan debu dan habuk yang dihasilkan akan masuk dan keluar dari penapis aircond, sekaligus membuatkan ia lebih cepat rosak. 

    Penggunaan pewangi yang tidak sesuai

    Sebaiknya gunakan pewangi bersifat cecair untuk kereta anda

    Elak gunakan pewangi jenis gel kerana untuk pengetahuan anda, pewangi jenis gel boleh berubah kepada gas dan berwap. 

    Apabila pewangi jenis gel terkena suhu yang sejuk, wap tersebut berubah kepada bentuk gel dan seterusnya mampu menghalang penapis dan evaporator atau cooling dalam aircond

    Jadi pewangi jenis apakah yang anda boleh pakai?

    Sebaiknya, gunakan sahaja pewangi yang bersifat cecair untuk memastikan aircond anda tidak mudah terjejas dan rosak. 

    Merokok ketika memandu

    Elak merokok ketika memandu kerana ia boleh menyebabkan aircond kereta tidak dapat berfungsi dengan baik kelak

    Amalan merokok bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan anda, malah ia juga mampu memberi kesan kepada kondisi aircond kereta anda.

    Mengapa?

    Ini kerana, asap serta debu daripada rokok boleh menembusi bahagian penapis udara dan pengaliran tersebut akan menyebabkan penapis menjadi cepat kotor akibat habuk.

    Akibatnya, tahap kesejukan aircond kereta akan terganggu dan boleh menjadi tidak optimum dari yang sepatutnya.

    Jaga aircond kenderaan anda

    Seperti yang dinyatakan di atas, aircond memainkan peranan yang penting terutamanya untuk keselesaan anda ketika memandu. Justeru, elakkanlah daripada sering melakukan tabiat-tabiat yang dikongsikan di atas bagi memastikan aircond kereta anda kekal berada di tahap yang optima.

    Ingat, jika aircond kereta rosak, anda mungkin perlu membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk membaikinya semula. Jadi, bermula daripada sekarang, berikan penjagaan yang lebih baik untuk aircond serta komponen-komponen kereta yang lain supaya anda tidak perlu menghabiskan wang untuk kos pembaikan kelak.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.