Skip to content
Home » Tahun Baru Cina: Hampir 800,000 Kenderaan Dijangka Masuk Kelantan

Tahun Baru Cina: Hampir 800,000 Kenderaan Dijangka Masuk Kelantan

    Kenderaan ke Kelantan

    Kemeriahan menyambut perayaan di negara ini kembali semula selepas hampir dua tahun sejak berlakunya pandemik Covid-19. 

    Jika sebelum ini, aktiviti merentas negeri tidak dibenarkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19, kini rakyat Malaysia boleh tersenyum apabila larangan ini tidak lagi dilaksanakan dan penduduk (sama ada yang meraikan ataupun tidak) boleh pulang ke kampung untuk meraikan bersama yang tersayang mahupun bercuti.

    Kenderaan ke Kelantan bakal sesak

    Seperti yang anda mungkin sudah sedia maklum, perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini akan disambut pada 1 Februari, bersamaan hari Selasa.

    Sempena dengan perayaan itu, pasti ramai yang mengambil peluang untuk mengambil cuti yang agak panjang bagi menghabiskan masa bersama yang tersayang.

    Menurut Polis Kelantan, mereka menjangkakan hampir 800,000 kenderaan bakal masuk ke negeri itu sempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini.

    Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata peningkatan kemasukan kenderaan ke negeri itu berlaku ekoran kerajaan membenarkan rakyat untuk bergerak dalam tempoh perayaan kali ini. 

    Ops Selamat Tahun Baru Cina

    Ops Tahun Baru Cina akan dilaksanakan di beberapa daerah

    Susulan daripada itu, beliau memaklumkan bahawa pihaknya akan mengadakan sekatan jalan raya (SJR) Ops Selamat Tahun Baru Cina. Ia akan dilakukan di beberapa daerah sempadan negeri seperti Jeli, Pasir Puteh dan Gua Musang untuk memastikan kelancaran lalu lintas. 

    “Setakat ini, kita jangka kawasan tumpuan kemasukan kenderaan adalah di Gua Musang dan Jeli yang akan menerima kemasukan dari utara serta Selangor dan Lembah Klang,” maklumnya.

    Tunggu! Lakukan dulu perkara ini sebelum mulakan perjalanan anda

    Keterujaan untuk pulang ke kampung janganlah sehingga anda mengabaikan beberapa perkara penting.

    Sila pastikan dulu perkara-perkara ini dilakukan bagi menjamin keselamatan anda dan yang tersayang sepanjang perjalanan.

    Periksa tayar – Pastikan tayar masih elok. Periksa jika tekanan berada pada tahap yang optimum dan bunga tayar masih dalam kondisi yang bagus.

    Perika brek – Pastikan brake pad dan minyak brek diperiksa dan masih berada pada tahap yang memuaskan.

    Periksa minyak enjin – Ia penting bagi memastikan kereta anda senyap (lancar) dan perjalanan jauh tidak mengalami masalah. 

    Wipers – Tukar wipers kereta anda jika ia sudah tidak mampu mengelap air hujan/ habuk pada cermin hadapan kereta dengan baik. Ingat, wipers yang bermasalah akan memberi kesukaran kepada pemandu terutama ketika cuaca hujan.

    Bateri – Tukar bateri kereta jika anda melihat tanda-tanda bahawa ia sudah lemah seperti sukar untuk menghidupkan enjin 

    Lampu – Cek setiap jenis lampu dan pastikan mentolnya masih dalam keadaan yang baik

    Top up kad Touch ‘n Go – Tambah nilai kad Touch ‘n Go anda bagi memastikan perjalanan anda lancar dan tidak tersekat di tol dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain. 

    Pastikan insurans dan roadtax masih sah – Selain mengelak daripada disaman pihak berkuasa, ia juga memastikan kenderaan anda dilindungi insurans jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

    Jika ia sudah hampir tamat, perbaharui segera hari ini dan dapatkan pelan insurans dengan perlindungan terbaik untuk kenderaan anda. Untuk lebih mudah, renew sahaja di Bjak yang menyediakan 15 insurans untuk anda buat pilihan.

    Dalam pada itu, jika anda ingin dapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai checklists yang perlu anda lakukan sebelum memulakan perjalanan jauh seperti yang dikongsikan di atas, anda boleh rujuk atau baca semula artikel yang pernah dikongsikan sebelum ini. 

    Pandu cermat, jiwa selamat

    Bjak mendoakan agar perjalanan anda ke tempat yang ingin dituju selamat dan lancar. Berhati-hati di jalan raya, dan ingatlah orang yang tersayang.

    Selamat Tahun Baru Cina dari kami di Bjak!