Skip to content
Home » Takaful Malaysia vs Insurans Biasa, Apa Beza?

Takaful Malaysia vs Insurans Biasa, Apa Beza?

Takaful Malaysia vs Insurans Biasa, Apa Beza?

Bila tiba masa pilih perlindungan kewangan, ramai tertanya: patut ambil Takaful Malaysia atau insurans biasa? Kedua-duanya beri perlindungan, tapi prinsip asas dan cara mereka berfungsi sangat berbeza. Semakan artikel ini untuk mengethaui perbezaan antara kedua-dua jenis insurans dan buat pilihan yang lebih sesuai.


Perbandingan Pantas: Takaful vs Insurans Biasa

AspekTakaful MalaysiaInsurans Konvensional
PrinsipPatuh Shariah, berasaskan kerjasamaModel pindahan risiko
Pemilikan DanaDimiliki bersama oleh pesertaDimiliki syarikat insurans
Untung & LebihanDikongsi sesama pesertaMenjadi milik syarikat
PelaburanHanya dalam instrumen patuh ShariahTiada sekatan pelaburan
PengawasanDiselia Majlis Penasihat ShariahHanya dikawal selia kewangan
Infografik perbandingan Takaful Malaysia vs insurans biasa — konsep perkongsian risiko berbanding pemindahan risiko.

Apa Itu Takaful Malaysia?

Takaful Malaysia ialah skim perlindungan patuh Shariah di mana peserta menyumbang ke dalam tabung (tabarru’). Tabung ini digunakan untuk membantu peserta lain yang ditimpa musibah. Konsepnya lebih kepada kerjasama, bukan “jual beli risiko” seperti dalam insurans konvensional yang lebih pada menjual perlindungan.


Perbezaan Utama Dengan Insurans Konvensional

  1. Konsep Risiko – Takaful berkongsi risiko, insurans biasa pindahkan risiko kepada syarikat.
  2. Pembahagian Untung & Rugi – Lebihan dalam Takaful boleh diagih kepada peserta, insurans biasa hanya untuk syarikat.
  3. Pelaburan – Takaful hanya melabur dalam halal, insurans biasa tiada batasan.
  4. Pengawasan – Takaful diselia Majlis Penasihat Shariah, insurans biasa hanya ikut kawal selia kewangan.

Kenapa Ramai Pilih Takaful?

  • Selari dengan prinsip Islam.
  • Ada unsur tolong-menolong.
  • Peluang dapat lebihan tabung.
  • Pelaburan terjamin halal.

Kesimpulan

Takaful Malaysia atau Insurans biasa, disebabkan “Takaful” ia bukan sekadar “insuran untuk Muslim” ia adalah satu bentuk perldingungan yang asas dari kerjsama dan patuh Shariah yang membezakan dari diri dari insuran jenis konvensional/ Jadi pilihan antara Takaful atau innsuran biasa bergantung pada yang dipilih semasa pilihan panel jika mengikut kehendak anda.  sama ada lebih penting kepatuhan Shariah atau kepelbagaian produk dan kos.

Baca Juga:

Pilihan Insurans Kereta Terbaik Untuk Pemandu Baru

Insurans Kereta Ditolak, Apa Boleh Buat?

Langkah Tuntutan Insurans Kereta Dengan Segera