Skip to content
Home » Tanda Awal Power Steering Kereta Bermasalah

Tanda Awal Power Steering Kereta Bermasalah

    Tanda awal power steering bermasalah

    Stereng merupakan komponen paling utama dalam sesebuah kenderaan. Penggunaan stereng membolehkan pemandu membelok serta menggerakkan kenderaan ke kiri atau ke  kanan.

    Apakah fungsi stereng?

    Stereng membolehkan pemandu untuk membelok dan mengawal kenderaan dengan baik

    Sebagai pemandu, anda pasti sudah tahu bahawa stereng akan membolehkan anda untuk mengawal kenderaan dengan baik semasa kenderaan digunakan di atas jalan raya. Dengan stereng, anda boleh membelokkan roda/ tayar depan ke arah yang anda inginkan dengan mudah tanpa memerlukan tekanan yang banyak. Selain itu, stereng juga akan membantu anda untuk mengawal kenderaan secara sempurna meskipun berada pada jalan yang tidak rata.

    Penggunaan sistem stereng kuasa (power steering) dalam sesebuah kenderaan akan memudahkan pergerakan roda depan terutamanya bagi kenderaan berat yang mempunyai beban yang tinggi. Ia dapat meningkatkan kestabilan pada kelajuan yang tinggi ketika mengemudikan kenderaan dan mengurangkan daya putaran.

    Jenis sistem stereng kuasa (power steering)

    Untuk makluman anda, terdapat dua jenis sistem stereng kuasa yang digunakan sesebuah kenderaan berdasarkan jenis dan pengeluar kenderaan. Kedua-dua jenis sistem stereng kuasa ini mempunyai fungsi penggunaan yang berbeza seperti di bawah:

    Hidraulik

    Sistem stereng kuasa atau power steering jenis hidraulik menggunakan tekanan hidraulik yang dibekalkan oleh pam bagi memudahkan pemutaran stereng. Kuasa enjin akan digunakan bagi mengerakkan pam tersebut supaya stereng dapat digerakkan dengan senang.

    Minyak stereng kuasa pula digunakan sebagai medium penyampaian tenaga untuk membolehkan stereng berputar dengan mudah. ‘Reservoir tank’, ‘pump body’ dan ‘flow control valve’ merupakan antara komponen pam stereng kuasa yang membantu pemutaran stereng kenderaan menerusi enjin pembakaran dalam.

    Elektrik

    Sistem stereng kuasa (power steering) jenis elektrik menggunakan motor elektrik arus terus (DC motor) untuk meringankan beban pemusingan stereng kenderaan. Ia berfungsi sepenuhnya dengan penggunaan motor dan tidak menggunakan kuasa enjin. Sistem ini dilengkapi dengan penggunaan penderia daya kilas yang dikenali sebagai torque sensor dan maklumat dari Electronic Control Unit (ECU) untuk menentukan kadar kelajuan kenderaan dan kadar tork. Ia diperlukan untuk menentukan arah dan daya bantuan kuasa yang diperlukan untuk sistem stereng dan kemudian mengerakkan motor berdasarkan arah yang diperlukan.

    Penggunaan stereng elektrik juga lebih mesra alam kerana ia tidak menggunakan bahan bakar untuk memutarkan sistem stereng. Selain itu, stereng lebih mudah dikawal ketika memandu kenderaan dan menjimatkan penggunaan bahan api.

    Tanda awal power steering kereta bermasalah

    Kebanyakan model kenderaan baharu yang ada pada hari ini dilengkapi dengan power steering. Secara asasnya, power steering mempunyai fungsi sangat penting dalam sistem pemanduan sesebuah kereta kerana ia bukan sahaja memudahkan pemanduan, malah juga turut memberikan keselesaan. 

    Walau bagaimanapun, sama seperti komponen kereta yang lain, power steering juga mempunyai tempoh jangka hayatnya dan ia boleh berlaku kerosakan jika tidak diservis dengan baik. Kerosakan atau masalah pada stereng ini perlu diambil perhatian kerana ia secara tidak langsung boleh membahayakan pemanduan seseorang.

    Justeru pada artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda tanda-tanda awal power steering kereta anda sedang bermasalah supaya anda boleh mengambil langkah yang seterusnya, iaitu melakukan pembaikan segera.

    Bunyi bising ketika membelok

    Power stereng anda mungkin bermasalah jika ia bunyi luar biasa ketika ingin membelok

    Jika anda mendapati bahawa kereta anda mengeluarkan bunyi luar biasa ketika sedang membelok, maka ini mungkin bermakna bahawa power steering kereta anda sedang bermasalah. Ia juga mungkin disebabkan vane pump sudah tidak lagi berfungsi pada tahap yang optima.

    Gegaran pada tayar

    Tanda lain stereng bermasalah adalah apabila terdapat gegaran pada tayar

    Gegaran pada tayar kereta boleh membawa kepada dua petanda. Ia sama ada tayar atau rim kereta sudah rosak ataupun berlaku kerosakan pada power steering kereta. Walau bagaimanapun, kondisi ini juga biasanya menandakan fan belt sudah rosak atau longgar.

    Minyak power steering bocor

    Kebocoran ini boleh berlaku pada saluran hos atau pada resevoir tank. 

    Jika berlaku kebocoran pada minyak power steering, ia akan menyebabkan power steering kereta anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Kebocoran ini boleh berlaku pada saluran hos atau pada resevoir tank

    Warna minyak power steering berubah

    Perubahan warna minyak pada power stereng menunjukkan bahawa ia tidak lagi berada dalam keadaan baik

    Minyak power steering memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan kelancaran pergerakan pada stereng. Perubahan warna minyak pada power steering boleh menjadi petanda bahawa ia tidak lagi berada dalam keadaan baik. Nasihat untuk anda, pastikanlah anda menggunakan minyak power steering yang berkualiti bagi memastikan power steering kereta anda dapat berfungsi dengan baik. 

    Sukar membelok

    Kesukaran ketika membelok merupakan  antara masalah kerosakan paling serius melibatkan power stereng

    Jika anda mendapati terdapat kesukaran seperti terasa berat ketika ingin membelok, maka ini mungkin bermakna bahawa power steering kereta anda sudah mengalami kerosakan.

    Ia juga merupakan antara masalah kerosakan paling serius melibatkan power steering.

    Lakukan pemeriksaan segera

    Untuk menyelesaikan semua masalah di atas, sila bawa segera kereta anda ke bengkel untuk melakukan pemeriksaan dan penyelenggaraan. Ia bagi mengelakkan daripada berlakunya kerosakan yang lebih teruk dan menyebabkan anda perlu mengeluarkan kos yang lebih besar dan banyak.

    Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk tidak memandu dengan gopoh dan sambil lewa seperti kerap melanggar lubang atau bonggol kerana ia mampu menyumbang kerosakan pada stereng kereta anda kelak. Pandulah dengan berhati-hati dan cermat bagi mengelakkan sebarang kerosakan yang mampu menghabiskan wang anda nanti.  


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.