Skip to content
Home » Tempoh Moratorium Pembaharuan Cukai Jalan Lanjut Hingga 31 Dis

Tempoh Moratorium Pembaharuan Cukai Jalan Lanjut Hingga 31 Dis

    Lanjutan Pengecualian Pembaharuan Roadtax

    Sebelum ini, tempoh pengecualian pembaharuan bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau disebut juga sebagai cukai jalan telah ditetapkan sehingga 30 September 2021 susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara.

    Kerajaan lanjutkan tempoh perbaharui cukai jalan

    Dr. Wee Ka Siong melanjutkan pengecualian pembaharuan roadtax sehingga 31 Disember 2021

    Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dalam pengumuman yang dibuat pada 3 September lalu berkata bahawa tempoh moratorium lanjutan pembaharuan LKM telah dilanjutkan lagi sehingga 31 Disember 2021 ini.

    Namun Wee seperti memetik laporan berkata, pemilik kenderaan perlu memastikan bahawa insurans kenderaan mereka sah dan menunjukkan polisi insurans bagi tujuan pemeriksaan.

    Cara perbaharui cukai jalan ketika tempoh PPN

    Pelangga boleh memperbaharui roadtax secara walk in

    Susulan daripada perkembangan terbaru itu, Wee berkata kerajaan telah bersetuju untuk membuka semula kaunter JPJ dan Puspakom dengan kapasiti 100% di mana pelanggan kini dibenarkan untuk walk in tanpa perlu membuat sebarang temu janji bermula 6 September 2021.

    Namun katanya, setiap pelanggan perlu mendapatkan vaksinasi lengkap dan menunjukkan status risiko rendah COVID-19 dalam aplikasi MySejahtera.

    Galak renew secara atas talian

    Pembaharuan roadtax secara online adalah digalakkan bagi mengelakkan kesesakan

    Wee berkata, pemilik kenderaan bagaimanapun disarankan untuk memperbaharui LKM atau cukai jalan mereka secara atas talian menerusi portal mySIKAP JPJ atau melalui khidmat Pos Malaysia, MyEG, Puspakom untuk membuat apa-apa transaksi JPJ yang berkaitan.

    “Ini bertujuan mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ dan memberi kemudahan dan kesenangan kepada orang ramai memperbaharui LKM”

    Renew cukai jalan (road tax) melalui Bjak

    Renew roadtax di Bjak untuk urusan yang lebih mudah dan selamat

    Untuk lebih memudahkan urusan anda, kini anda juga boleh memperbarui cukai jalan secara atas talian melalui Bjak. Urusan anda pastinya akan jadi lebih cepat dan selamat. Malah cukai jalan anda juga akan terus dihantar ke depan pintu rumah!