Skip to content
Home » Tempoh Penangguhan Polisi Insurans Kereta

Tempoh Penangguhan Polisi Insurans Kereta

    polisi insurans

    Tempoh penangguhan merujuk kepada masa tambahan khusus yang anda peroleh selepas tarikh tamat insurans bagi membayar premium tanpa menyebabkan perlindungan luput dan terbatal.

    Anda boleh menikmati faedah Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) dalam tempoh ini yang mana mungkin sudah anda kumpul sejak tahun-tahun sebelumnya kerana tidak membuat sebarang tuntutan.

    Tempoh masa bagi tempoh penangguhan polisi insurans

    Untuk polisi insurans kereta, tempoh penangguhan yang diberikan biasanya adalah antara 10 hingga 31 hari dari tarikh polisi anda tamat.

    Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut syarikat insurans. Jumlah masa yang diberikan bagi tempoh tangguh insurans ada dinyatakan di dalam kontrak polisi insurans. Sila semak dan sahkan maklumat tersebut dengan syarikat insurans anda. Sebagai contoh:

    • Insurans Allianz memberikan tempoh penangguhan selama 31 hari dari tarikh premium perlu dibayar untuk membayar premium. Polisi akan terus berkuat kuasa dalam tempoh ini
    • Takaful Malaysia membenarkan tempoh ihsan selama 30 hari dari setiap tarikh akhir caruman
    • Lonpac Insurance membenarkan tempoh penangguhan selama 14 hari bagi pembayaran premium
    • Chubb memberikan tempoh tangguh selama 31 hari bermula dari tarikh tamat premium

    *Nota: Anda boleh memperbaharui polisi anda selepas tempoh tersebut tetapi anda perlu membayar jumlah tambahan atau polisi anda mungkin dihentikan

    Bagaimana tempoh penangguhan insurans dikira?

    Contoh (Anda memiliki tempoh tangguh selama 10 hari):

    Jika premium bagi polisi anda perlu dibayar pada 1 September, anda tidak akan dikenakan sebarang penalti sehingga 11 September.

    Selepas tempoh itu, polisi anda mungkin akan ditamatkan dan perlindungan akan dihentikan jika anda masih belum membuat pembayaran.

    Apakah boleh berlaku jika anda gagal memperbaharui polisi anda melepasi tempoh tangguh?

    • Syarikat insurans tidak akan bertanggungjawab untuk memberikan sebarang perlindungan atau menerima sebarang tuntutan
    • Polisi insurans yang tidak sah/batal boleh menyebabkan anda berdepan masalah undang-undang
    • Anda akan kehilangan NCD anda
    • Anda akan bertanggungjawab untuk membayar tuntutan pihak ketiga menggunakan wang anda sendiri

    Apa perlu dilakukan sekiranya insurans anda tamat tempoh

    Biasanya, syarikat atau ejen insurans akan mengingatkan anda untuk memperbaharui polisi insurans sebelum ia tamat.

    Walau bagaimanapun, jika anda terlepas tarikh tamat tempoh, sila hubungi syarikat insurans anda dan beritahu mereka tentang tamat tempoh polisi anda. Anda boleh menghubungi mereka melalui laman web, di talian hotline atau menerusi email.

    Pastikan anda memperbaharui polisi insurans tepat pada masanya

    Walaupun penanggung insurans menyediakan masa tambahan untuk anda memperbaharui polisi, namun penting untuk anda memastikan kenderaan anda dilindungi sepanjang masa.

    Tidak memperbaharui insurans tepat pada masanya boleh memberikan masalah kepada anda. Sila pastikan kereta anda diinsuranskan kerana situasi yang tidak dijangka seperti banjir, rusuhan dan tanah runtuh boleh berlaku tanpa diduga pada bila-bila masa.

    Untuk lebih memudahkan anda, perbaharui sahaja insurans secara online di Bjak. Nikmati proses pembaharuan yang pantas dalam masa kurang daripada 10 minit.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: