Skip to content
Home » Terlibat Kemalangan: Apa Jadi Jika Anda Tidak Buat Laporan Polis dalam Tempoh 24 Jam?

Terlibat Kemalangan: Apa Jadi Jika Anda Tidak Buat Laporan Polis dalam Tempoh 24 Jam?

    laporan polis

    Dalam perjalanan pulang ke rumah, anda terlibat dalam kemalangan kereta apabila secara tidak sengaja melanggar sebuah kereta dari belakang ketika di lampu isyarat. Akibatnya, anda mengalami kecederaan teruk. Persoalannya, bolehkah anda tangguhkan dahulu daripada membuat laporan polis bagi mendapatkan rawatan perubatan? Jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya. 

    Had waktu untuk buat laporan polis selepas terlibat kemalangan

    Laporan polis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kejadian

    Berapa lamakah tempoh waktu yang dibenarkan untuk anda menangguhkan laporan polis? Pertama, sila rujuk undang-undang ini yang menyatakan mengenai kewajipan individu untuk membuat laporan polis selepas terbabit dalam kemalangan.

    Seksyen 52(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ) menyatakan bahawa:

    “Dalam hal sesuatu kemalangan seperti yang tersebut dahulu pemandu kenderaan motor itu dan, jika terdapat lebih daripada satu kenderaan motor, pemandu tiap-tiap kenderaan motor itu, hendaklah melaporkan kemalangan itu di balai polis yang berhampiran sekali dengan seberapa segera yang semunasabahnya praktik dan dalam mana-mana hal dalam tempoh dua puluh empat jam selepas berlakunya kejadian itu, dan hendaklah mengemukakan kepada pegawai yang menjaga balai polis itu lesen memandunya dan, jika dikehendaki sedemikian, perakuan insurans yang dikeluarkan di bawah seksyen 90 Akta ini.

    Maksud “kemalangan” di atas menekankan kemalangan atau kejadian di mana kerosakan atau kecederaan itu disebabkan oleh mana-mana orang, harta benda, kenderaan, struktur atau haiwan.

    Apakah penalti yang dikenakan?

    • Sabitan pertama – denda sehingga RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan
    • Sabitan seterusnya – denda sehingga maksimum RM4,000 atau/dan penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan

    Anda mempunyai tempoh 24 jam (dari masa kemalangan) untuk membuat laporan polis. Anda bakal dikenakan penalti jika gagal membuat laporan polis tanpa alasan yang munasabah. 

    Bagaimanapun, polis tidak akan mengenakan penalti sekiranya anda mempunyai alasan yang sah mengapa tidak dapat berbuat demikian pada tempoh yang sepatutnya. 

    Pengecualian diberikan atas sebab yang sah serta disokong oleh laporan perubatan rasmi. Contohnya seperti dimasukkan ke hospital atau menerima rawatan untuk kecederaan anda.

    Apa yang berlaku jika anda tidak membuat laporan polis?

    Sila pastikan anda masih membuat laporan polis selepas terlibat dalam kemalangan kereta untuk keselamatan. Anda masih perlu pergi ke balai polis dan maklumkan kepada syarikat insurans walaupun anda tidak bersalah dalam kemalangan kenderaan terbabit.

    Laporan polis akan melindungi anda daripada tuntutan pihak ketiga yang tidak dijangka atau tuntutan kecederaan. Kebiasaannya, pegawai penyiasat akan membuat keputusan yang memihak kepada individu yang membuat laporan kerana pihak yang satu lagi paling dianggap kerap bersalah dan sering cuba mengelak saman.

    Anda mungkin tidak bertanggungjawab atas pelanggaran itu. Walau bagaimanapun, pemandu lain boleh memfailkan tuntutan sekiranya anda gagal berbuat demikian. Tanpa bukti yang mencukupi, ia kelihatan lebih mencurigakan di pihak anda dan akhirnya terpaksa menanggung kesalahan yang mungkin bukan berpunca daripada anda.  

    Selain itu, syarikat insurans anda juga mungkin akan menolak tuntutan anda jika didapati gagal mengemukakan laporan polis atau jika laporan hanya dibuat selepas tempoh 24 jam daripada waktu kemalangan.

    Langkah-langkah yang perlu anda lakukan selepas terbabit kemalangan kereta

    Berikut ialah langkah-langkah yang perlu anda lakukan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya:

    • Periksa kecederaan anda
    • Alihkan kenderaan anda ke tepi jalan untuk keselamatan
    • Kumpulkan butiran kemalangan itu
    • Hubungi talian hotline syarikat insurans anda
    • Buat laporan polis (sila berikan butiran kemalangan untuk menyokong laporan anda)
    • Laporkan kemalangan itu kepada syarikat insurans anda

    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: