Skip to content
Home » Tiket Konsert Dato’ M Nasir Untuk Dimenangi, Ini Caranya

Tiket Konsert Dato’ M Nasir Untuk Dimenangi, Ini Caranya

    konsert M Nasir - cover

    Siapa sahaja yang tak kenal penyanyi legenda tanah air yang bernama Dato’ M Nasir bukan? Lagu-lagunya seperti Mentera Semerah Padi, Gerhana, Tanya Sama Itu Hud Hud dan banyak lagi telah berjaya membuatkan namanya gah di persada pentas seni muzik di Malaysia dan diminati pelbagai golongan pendengar yang ada di Malaysia. Tak hanya di Malaysia, muzik beliau juga turut berjaya menembusi pasaran di negara-negara jiran seperti Brunei dan Singapura.

    Seperti yang telah ramai ketahui, Dato’ M Nasir baru sahaja berjaya melangsungkan konsertnya yang bernama CIPTA pada 10 Ogos lalu. Dilaporkan bahawa konsertnya itu telah berjaya menghimpunkan seramai 8,000 penonton terdiri daripada pelbagai latar belakang. Persembahannya yang memukau di konsert tersebut berjaya menggembirakan hati peminat-peminatnya. Disebabkan terdapatnya permintaan untuk menonton persembahan bertenaganya, beliau pada baru-baru ini telah memutuskan untuk melangsungkan sekali lagi konsertnya yang diberikan nama CIPTA 2.

    Konsert pada kali ini dijanjikan akan lebih eksklusif dengan hanya 6,000 tiket sahaja disediakan. Ia bertujuan untuk memberikan peluang kepada peminat setianya untuk merasai pengalaman yang lebih dekat bersamanya. Pembukaan jualan tiket sudah pun diumumkan. Pada anda yang mempunyai kekangan bajet untuk membeli tiket konsert beliau, jangan risau. Ini kerana, BJAK nak belanja 2 tiket konsert eklusif tersebut yang bernilai RM1,176 kepada pemenang yang bertuah. Nak tahu macam mana cara nak memenanginya, teruskan membaca artikel ini.

    Biodata M. Nasir

    Sebelum kami berkongsikan cara untuk memenangi tiket konsert Dato’ M Nasir, mungkin ada yang masih lagi belum betul-betul mengenali penyanyi hebat ini.

    M. Nasir merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit muzik, dan pelakon terkenal Malaysia. Beliau terkenal dengan suara emasnya dan kebolehannya dalam mencipta lagu-lagu yang memukau hati para peminatnya. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai seorang aktivis seni dan sosial di negara ini. M. Nasir telah mencipta banyak lagu popular seperti “Salam Terakhir” dan “Satu Hari di Hari Raya” yang menjadi kegemaran ramai. Dengan pengaruh dan sumbangannya dalam industri muzik Malaysia, beliau telah memenangi anugerah dan kehormatan yang tinggi.

    Pendidikan

    M. Nasir mula menunjukkan minat terhadap bidang seni dan muzik sejak kecil. Selepas tamat pengajian menengah di Sekolah Menengah Assunta, beliau melanjutkan pendidikannya di Institut Teknologi Mara (ITM) dan memilih jurusan muzik. Pada masa yang sama, beliau juga berlatih vokal dengan minat mendalam dalam bidang nyanyian. Pendidikan di bidang muzik turut memberi beliau pengetahuan mendalam mengenai teori muzik, persembahan, dan komposisi muzik.

    Setelah tamat pengajian di ITM, M. Nasir melanjutkan pelajarannya di Universiti Sains Malaysia (USM) dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengajian Seni. Di sinilah beliau mendalami ilmu dan pengetahuan berkaitan seni visual serta muzik. Beliau mendapat sokongan daripada pensyarah dan rakan sebaya dalam melonjakkan karier seninya.

    Cara-cara untuk menang tiket

    Bagi anda yang nak tahu cara untuk memenangi tiket konsert Dato’ M Nasir, caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu rakam aksi anda sedang menyanyikan lagu kegemaran Dato’ M Nasir, kongsikan di akaun Instagram anda dan tag akaun Instagram BJAK serta jangan lupa untuk meletakkan #RockWithBjak. Mudah bukan? Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat rakam nyanyian anda itu untuk memenangi tiket konsert eksklusif ini.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga:

    Tags: