Skip to content
Home » Tips Elak Kena ‘Ketuk’ Waktu Servis Kereta

Tips Elak Kena ‘Ketuk’ Waktu Servis Kereta

    Tips To Avoid Getting Ripped Off During Car Service

    Sebagai seorang pemilik kereta, sudah menjadi rutin untuk anda melakukan penyelenggaraan berkala di bengkel, mengikut waktu yang ditetapkan. Ia tidak lain dan tidak bukan adalah bagi memastikan kereta berada dalam keadaan yang terbaik serta mengelakkan kerosakan lebih besar.

    Namun apabila menghantar kereta untuk diservis, kadang-kala ada dalam kalangan kita yang risau sekiranya ‘diketuk’ atau dikenakan caj yang melampau oleh pihak bengkel atau pusat servis, lebih-lebih lagi jika kurang arif mengenai kereta.

    Jadi pada artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda beberapa perkara atau info mengenai penyelenggaraan kereta bagi mengelakkan anda ditipu atau ‘diketuk’ oleh pihak bengkel semasa menghantar kereta untuk diservis.

    Bateri kereta

    Prestasi bateri Kereta bergantung kepada tahap penggunaan kereta

    Prestasi atau jangka hayat  bateri kereta bergantung kepada jenis bateri dan tahap penggunaan. Secara umumnya, terdapat tiga jenis bateri yang kebiasaannya digunakan di Malaysia. Antaranya adalah Lead-Acid, Enhanced Flooded Battery (EFB) dan Absorbent Glass Mat (AGM).

    Pada kebiasaannya, untuk bateri basah, kering dan EFB, ia boleh bertahan antara 1-1.5 tahun, manakala untuk bateri jenis AGM pula, ia boleh bertahan sehingga 5-6 tahun.

    Sekiranya anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya dijangka boleh bertahan sehingga 2 tahun. Namun, jika tidak dan bateri selalu kering, maka jangka hayat bateri lebih pendek kadang-kadang hanya 6 bulan. 

    Fuel filter

    Penapis minyak atau fuel filter boleh ditukar apabila mileage kereta anda mencecah setiap 40,000 km. 

    Pada kebiasaannya, harga untuk fuel filter adalah sekitar RM15.00 hingga RM20.00.

    Spark plug

    Spark plug Kereta perli ditukar mengikut jadual bagi mengelakkan kerosakan

    Spark plug atau palam pencucuh perlu ditukar selepas mileage kereta mencapai 20,000 km mengikut buku jadual penyelenggaraan. Namun, ia juga tidak menjadi masalah jika anda menggunakannya sehingga 30,000 km atau 40,000 km. Bagaimanapun, jika sudah lebih 40,000 km dan ia masih lagi belum ditukar, maka electrode akan menipis dan akan memberi kesan kepada kereta anda.

    Jadi sebaiknya, silalah tukar. Harga untuk spark plug ini juga tidaklah begitu mahal. 4 biji spark plug biasanya sekitar RM20.00 hingga RM25.00.

    Timing belt

    Timing belt biasanya ditukar selepas mileage kereta mencapai 60,000 km, namun ia tetap bergantung kepada jenis kereta. Ada kereta yang memerlukan timing belt ditukar hanya selepas mileage mencapai 90,000 km seperti Proton Waja atau 160,000 km seperti Honda CRV. 

    Air filter

    Air filter perlu ditukar apabila mileage sudah mencapai 20,000 km

    Air filter atau penapis udara membantu mengawal udara yang mengalir ke dalam enjin dan menghalang serpihan seperti habuk, debu dan lain-lain daripada tergelincir masuk ke enjin.

    Ia perlu ditukar apabila mileage sudah mencapai 20,000 km. Namun untuk anda yang menukar kepada jenis K&N, anda tidak perlu tukarnya lagi dan cukup sekadar membersihkannya sendiri sahaja.

    Air-cond belt / alternator belt

    Air-cond dan alternator belt perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kedua-dua belt ini mudah dikenalpasti atau diketahui sama ada perlu ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ini terletak di bahagian luar dan mudah untuk dilihat. Jika bahagian ‘ribs’ nya sudah ada rekahan halus, maka eloklah ia ditukar dan tidak perlu tunggu sehingga timing belt ditukar.

    Automatic Transmission Fluid (ATF)

    Minyak ini adalah sangat penting bagi kereta jenis auto. Pada kebiasaannya, ia perlu ditukar pada setiap 20,000 km namun masih boleh digunakan sehingga 30,000 km. Jika ia masih belum ditukar sekiranya sudah lebih daripada 30,000 km, maka ia boleh menjejaskan gearbox kereta anda yang bakal memerlukan perbelanjaan lebih besar. 

    Clutch plate

    Clutch plate tidak perlu digantikan dengan kerap

    Clutch plate tidak perlu diganti selalu. Ia hanya perlu digantikan atau ditukar kepada yang baru sekiranya kereta anda mengalami simptom clutch slipping ketika anda sedang memandu.

    Minyak hitam

    Bagi minyak mineral, ia perlu ditukar apabila mileage sudah mencapai setiap 5,000 km atau 3 bulan sekali. Manalaka untuk minyak jenis semi-sintetik pula, anda digalakkan untuk tukar apabila mileage mencapai 10,000 km atau 6 bulan dan minyak sintetik selepas 15,000 km atau 1 tahun.

    Sila pastikan anda berhati-hati sebelum membeli minyak hitam kerana terdapat minyak hitam yang tidak berkualiti disediakan oleh penjual atau bengkel kereta. 

    Water pump

    Untuk pengetahuan anda, water pump perlu ditukar apabila timing belt kereta anda ditukar untuk kali yang kedua kerana jangka hayatnya sudah tiba. Untuk menukar water pump, timing belt perlu dibuka terlebih dahulu. Jadi anda kata ia dilakukan pada waktu yang sama, tiada caj tambahan akan dikenakan kepada anda.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: