Skip to content
Home » Tips Memandu di Jalan Raya yang Gelap

Tips Memandu di Jalan Raya yang Gelap

    Tips memandu di jalan gelap

    Tahap penglihatan yang baik adalah sangat penting bagi menjamin keselamatan anda ketika sedang memandu. Bagaimanapun, selain daripada memandu ketika cuaca hujan, memandu di jalan raya yang gelap juga berisiko tinggi dan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Ini kerana tahap penglihatan adalah lebih terhad berbanding biasa.

    Justeru pada artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda beberapa tips yang boleh digunakan bagi membantu anda menyusuri jalan raya yang gelap dengan lebih selamat dan lancar. 

    Tips memandu di jalan gelap

    Memandu di jalan raya yang gelap adalah agak merbahaya. Jom baca beberapa tips ini sebagai panduan untuk anda.

    Nyalakan lampu

    Syarat wajib untuk memandu pada waktu malam khususnya di jalan raya yang gelap adalah menghidupkan lampu utama kenderaan anda. Jika anda melalui lebuh raya atau jalan kampung yang secara kebetulan tidak dilalui oleh mana-mana kenderaan, anda boleh nyalakan lampu tinggi (high beam) bagi membantu menambah tahap penglihatan anda. Bagaimanapun, segera matikan lampu tinggi kereta anda sekiranya ada kenderaan yang lalu dari arah bertentangan kerana ia boleh mengganggu penglihatan pemandu lain. 

    Jaga had laju

    Apabila di jalan raya yang gelap, anda mungkin sukar untuk melihat sebarang objek, benda atau keadaan jalan di hadapan. Boleh jadi, jalan yang dilalui itu berlopak, atau terdapat haiwan melintas secara tiba-tiba seperti kucing, lembu dan lain-lain di kawasan itu.

    Jadi, adalah sangat penting untuk anda memandu pada had laju yang bersesuaian/ minima bagi memudahkan anda untuk bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan. Jangan memandu dengan laju kerana ia bukan sahaja boleh membahayakan anda, malah kenderaan lain juga.

    Pastikan windscreen kereta bersih

    Windscreen atau cermin hadapan kereta yang bersih juga boleh membantu anda untuk memandu dengan selamat di jalan raya yang gelap. Keadaan cermin yang berhabuk atau kotor akan mengurangkan lagi tahap penglihatan anda.

    Sebaiknya, sila pastikan windscreen kereta anda sentiasa bersih, bahkan wiper juga berfungsi dengan baik. Andai kata pada ketika anda melalui jalan gelap itu disertai juga dengan hujan lebat, maka ia akan lebih menjejaskan penglihatan anda. Jadi, sila bersihkan windscreen kereta anda dan periksa wiper kereta sebelum memandu terutama bagi perjalanan jarak jauh.

    Peka dengan keadaan sekeliling

    Memandu di jalan raya gelap memerlukan anda untuk lebih fokus terhadap keadaan sekeliling, lebih-lebih lagi jika anda melalui jalan kampung. 

    Elak memandu dengan leka kerana ia bukan sahaja membahayakan anda, bahkan juga kenderaan/ haiwan/ orang lain yang melalui kawasan itu. 

    Patuhi isyarat papan tanda

    Sila pastikan anda mematuhi setiap isyarat papan tanda yang diletakkan di baju jalan. 

    Isyarat itu diberikan bagi memaklumkan anda supaya memandu dengan lebih berhati-hati demi keselamatan anda. 

    Pasang navigasi seperti Google Maps/ Waze

    ​​

    Untuk perjalanan yang lebih lancar dan selamat, anda juga boleh menggunakan aplikasi seperti Waze agar anda boleh lebih bersedia dan mengetahui keadaan jalan di hadapan. Ia juga penting, terutamanya jika anda pertama kali melalui jalan itu. 

    Pandu dengan selamat

    Memandu di jalan raya yang gelap sememangnya tidak digemari oleh ramai pemandu. Selain mengganggu penglihatan, ia juga boleh menyebabkan pemanduan terasa lebih tidak tenang dan menyeronokkan. 

    Gunakan tips yang dikongsikan di atas bagi membantu anda melaluinya dengan lebih selamat. Pandulah dengan selamat demi keselamatan bersama. 


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: