Skip to content
Home » Tips Simpan Wang Untuk Bayar Insurans Kereta

Tips Simpan Wang Untuk Bayar Insurans Kereta

    menabung untuk bayar insurans kereta

    Memiliki sebiji kereta sememangnya agak menyeronokkan kerana ia membantu memudahkan perjalanan kita ke mana sahaja. Namun di sebalik keseronokan itu, ada pelbagai komitmen lain yang perlu ditanggung. Antaranya adalah kewajipan untuk memperbaharui insurans kereta pada setiap tahun.

    Apabila tiba masa untuk renew insurans, ramai yang pastinya mula rasa terbeban dan ralat untuk memperbaharuinya. Masakan tidak, harga insurans boleh dikatakan agak mahal dan mampu mencecah hingga ribuan ringgit (bergantung pada model kereta).

    Situasi ini sememangnya boleh difahami. Untuk keluarkan duit ‘segedebuk’ bagi membayar insurans (dan bukannya beli barang yang kita suka) memang agak terasa berat hati. Namun apakan daya, tanggungjawab sebagai pemilik kereta tetap perlu dilaksanakan.

    Jadi disebabkan itu, kami sarankan pembaca di sini untuk menyimpan wang dari awal khusus untuk pembaharuan insurans agar diri anda tidak rasa begitu terbeban. Jom baca tips simpan wang ini. Mana tahu anda boleh amalkan?!

    Dah renew insurans? Start menabung balik

    Apakah bayaran akhir anda untuk pembaharuan insurans baru-baru ini? Contoh jika jumlahnya adalah RM600, apa kata anda bahagikan terus jumlah itu kepada 12 bulan untuk pembaharuan insurans bagi tahun berikutnya. Jadi, setiap bulan anda hanya perlu menyimpan sebanyak RM50 sahaja untuk insurans anda itu. 

    Mulakan menabung sebaik sahaja anda sudah renew insurans. Jangan hanya start menabung apabila insurans akan tamat tempoh 2 atau 3 bulan akan datang kerana ia mungkin akan menyebabkan anda terasa bebannya. 

    Biasanya jumlah harga insurans yang perlu anda bayar untuk tahun berikutnya adalah akan lebih murah atau lebih kurang sama dengan pembaharuan kali ini jika anda tidak membuat sebarang tuntutan insurans. Jadi, anda mungkin sudah boleh bajet harga insurans anda itu nanti.

    Main kutu

    Ada juga yang gemar untuk main kutu sebagai salah satu cara untuk menabung. Sebenarnya ia juga satu cara yang baik kerana anda ‘terpaksa’ untuk bayar setiap bulan sepanjang tempoh ia berlangsung.

    Cari sahaja beberapa orang yang anda rapat dan percaya untuk ajak sekali menabung menerusi cara ini. Walaupun matlamat masing-masing mungkin berbeza (anda main kutu untuk bayar insurans, rakan anda join main kutu untuk melancong), namun amaun yang akan diperoleh setiap daripada anda adalah sama. Jadi, tidak rugi ya!

    Simpan di MAE

    Aplikasi MAE dari Maybank membolehkan anda untuk menabung untuk perkara-perkara yang anda ingini, termasuklah bagi pembaharuan insurans.

    Aplikasi ini sangat mudah, relevan dan berguna untuk anda. Melalui tabung di MAE, anda boleh tetapkan tempoh tabungan anda berserta jumlah yang diingini. Penolakan secara automatik akan dibuat melalui akaun Maybank anda jadi anda tidak perlu lagi fikir atau risau jika terlupa untuk menabung bagi bulan ini untuk insurans anda itu. 

    Simpan di ASB atau Tabung Haji

    ASB atau Tabung Haji merupakan satu platform terbaik untuk anda membuat tabungan. Anda boleh masukkan juga duit di situ, jadi bila tempoh matang sudah tiba anda akan boleh dapat pulangan lagi.

    Biasanya wang simpanan anda akan bertambahlah jika letak di tempat yang boleh memberikan pulangan. Untungkan?

    Elak rasa terbeban bayar insurans kereta, menabung dari sekarang

    Jangan biarkan kewajipan untuk perbaharui insurans menjadi satu beban untuk anda. Jika boleh, mulalah menabung dari sekarang agar anda dapat memperbaharui insurans tanpa sebarang masalah apabila tiba masanya nanti. Ingat, insurans adalah wajib. Tanpa insurans, anda tidak akan dilindungi jika berlaku sesuatu pada kenderaan anda baik ketika sedang memandu mahupun tidak. 


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: