Skip to content
Home » Nak Bayar Insurans Kereta Secara Ansuran Dengan 0% Faedah? Ini Caranya!

Nak Bayar Insurans Kereta Secara Ansuran Dengan 0% Faedah? Ini Caranya!

    BNPL

    Salah satu komitmen yang perlu ditanggung oleh pemilik kenderaan adalah keperluan untuk memperbaharui insurans serta roadtax pada setiap tahun. Harga insurans tidaklah begitu murah, lebih-lebih jika kereta itu baru dibeli dan peratusan No-Claim Discount (NCD) juga masih pada kadar 0%. Ia secara tidak langsung menjadi beban untuk segelintir individu kerana premium insurans pada waktu ini biasanya masih pada kadar 4 angka. Jadi, nak bayar insurans kereta mungkin agak membebankan.

    Namun, kini terdapat satu cara yang boleh bantu anda memperbaharui insurans tanpa rasa begitu terbeban. Ingin ketahui apakah ia? Ayuh teruskan membaca artikel ini. 

    Bayar insurans kereta dengan BNPL di Bjak

    Kini, anda bukan sahaja boleh Buy Now Pay Later ketika membeli-belah untuk barangan peribadi anda seperti di platform terkenal Shopee, bahkan anda juga sudah boleh lakukan yang sama untuk insurans kereta anda di Bjak!

    Ya, selain kaedah pembayaran secara tunai dan perbankan online untuk pelanggan, Bjak juga menyediakan satu kaedah pembayaran yang lebih fleksibel untuk anda, iaitu Buy Now Pay Later (BNPL).

    Sama seperti namanya, kaedah pembayaran ini akan membolehkan anda untuk mengaktifkan dahulu insurans tanpa perlu membuat pembayaran sekaligus, dalam satu masa. Anda hanya perlu membayar ⅓ dahulu daripada jumlah premium insurans anda, dan baki ⅔ lagi akan dibayar secara sama-rata di dua bulan berikutnya. 

    Apa istimewanya BNPL?

    Percaya tak kalau kami kata bila anda guna BNPL, anda lebih beruntung. Tak percaya? Ok jom baca penerangan lanjut kami di bawah ini:

    0% faedah 

    Selalunya bila anda ingin membayar ansuran bagi kebanyakan urusan, kadar faedah atau seringkali disebut sebagai ‘bunga’ pasti akan dikenakan bukan? Namun, tidak dengan BNPL di Bjak. Meskipun anda boleh bayar secara ansuran selama tiga bulan, anda tidak akan dikenakan sebarang caj faedah untuk pembelian insurans anda itu. Ini bermakna, premium insurans anda tidak berubah, bahkan anda boleh mengurangkan beban daripada membayar secara sekaligus dalam satu masa.

    Tidak perlu ada kad kredit untuk bayar insurans kereta dengan BNPL

    Ramai yang mungkin mengeluh “Bila nak bayar ansuran je, kena ada kad kredit. Lecehlah!”. Jadi, bagi memahami kehendak rata-rata pelanggan, Bjak memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk membuat pembayaran secara ansuran tanpa kad kredit. Mudah kan?!

    Diskaun sehingga RM75 untuk premium insurans

    0% faedah bila anda bayar insurans kereta dengan BNPL di Bjak

    Siapa je yang tak suka diskaun kan? Baiklah, ini yang paling menarik bila anda guna BNPL untuk bayar insurans kereta anda di Bjak. Terima diskaun sebanyak 5% untuk perbelanjaan minimum RM500 di Bjak (had potongan maksimum sehingga RM75) untuk insurans anda itu. Dah la boleh bayar ansuran, diskaun pun dapat. Berbaloi sangat!

    Macam mana nak guna BNPL?

    Jangan risau, tak susah pun nak guna BNPL ini. Jom ikut langkah-langkah seperti infografik di bawah:

    Cara guna BNPL

    Info tambahan: Pembayaran anda akan terbahagi kepada 3 kali. Anda akan membuat pembayaran pertama ketika membeli insurans, manakala bayaran kedua dan ketiga akan dicaj secara automatik masing-masing selepas 30 hari dan 60 hari.

    Jom renew dulu insurans anda dan bayar nanti dengan BNPL!

    Dengan kaedah pembayaran yang lebih fleksibel, kini tiada alasan lagi untuk anda tidak memperbaharui insurans kereta anda. Guna sahaja BNPL untuk lebih jimat dan memastikan kenderaan anda terus dilindungi. 


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: