Skip to content
Home » Kereta Terlibat dalam Banjir? Ini 5 Tips untuk Anda Selamatkannya!

Kereta Terlibat dalam Banjir? Ini 5 Tips untuk Anda Selamatkannya!

    Tips selamatkan kereta ketika banjir

    Musim tengkujuh tiba lagi…

    Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) menjangkakan bahawa musim tengkujuh tahun ini berlaku pada awal November ini sehingga dijangka berakhir pada bulan Mac tahun hadapan. 

    Menurut laporan, hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor mulai November ini hingga awal Januari 2022. Manakala, hujan lebat di Sarawak serta Sabah dijangka berlaku pada awal Januari dan Februari 2022.

    Akibatnya, jika hujan lebat berlaku secara serentak dengan kejadian air pasang besar, maka kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk.

    Kerisauan untuk pemilik kereta

    Selain risau rumah dilanda banjir, apa yang turut dirisaukan oleh ramai individu juga adalah untuk meredah hujan lebat semasa memandu kenderaan di jalan raya.

    Bagaimana jika terperangkap di dalam banjir? Apakah yang perlu anda lakukan? Adakah anda patut redah je, atau tunggu dulu sehingga banjir semakin surut dan hujan semakin reda?

    Justeru, artikel kali ini akan berkongsikan tips kepada mengenai apa yang perlu dilakukan jika kereta terlibat dalam kejadian banjir.

    Tips selamatkan kereta anda

    Jangan hidupkan enjin kereta

    Jangan hidupkan enjin kereta walaupun selepas banjir surut

    Jangan gatal tangan! Meskipun selepas banjir sudah mulai surut dan keadaan dilihat mula selamat, anda jangan sesekali cuba untuk menghidupkan enjin kereta anda terutamanya jika air banjir sudah mula tutup ekzos kenderaan dan bahagian enjin.

    Jadi apa yang patut anda lakukan?

    Biarkan je dulu kenderaan anda dan apabila air banjir sudah surut, segera hubungi trak tunda untuk membawa kereta anda ke bengkel. Ingat, jangan hidupkan enjin kereta anda ye!

    Kenapa tak boleh hidupkan enjin?

    Sebabnya mudah. Jika anda cuba menghidupkan enjin kereta anda, enjin yang sudah terjejas akibat banjir tadi mungkin akan mengalami kerosakan yang lebih teruk dan berpotensi tinggi untuk berlaku litar pintas.

    Periksa paras minyak enjin dan gearbox

    Periksa paras minyak enjin dan gearbox anda

    Antara perkara yang perlu diperiksa adalah paras dipstick minyak kereta anda selepas terlibat dalam banjir. Jika ia tinggi dari yang sepatutnya, maka besar kemungkinan bahawa air banjir sudah masuk ke dalam enjin kereta anda.

    Jadi, pastikan anda membuat flushing dan gantikan dengan minyak baru (yang mana kebiasaannya akan dibuat oleh mana-mana mekanik).

    Air banjir yang bercampur dengan minyak hitam atau minyak gearbox boleh merosakkan komponen. 

    Cabut dan keringkan komponen elektrik

    Radio, bateri, HUD Display atau apa sahaja komponen elektrik dalam kereta hendaklah dicabut untuk dikeringkan.

    Selain itu, pastikan juga kusyen kereta anda dicuci dan dikeringkan dengan baik bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan. 

    Flush petrol jika perlu

    Periksa di bengkel sama ada minyak anda perlu digantikan dengan minyak baru atau tidak

    Anda pasti sedar bahawa tangki minyak kereta anda berada pada kedudukan yang agak rendah bukan? Walaupun kebarangkalian untuk air banjir masuk dalam tangki itu rendah, namun kemungkinannya tetap anda.

    Jadi, untuk mengelak sebarang masalah besar atau kemungkinan kereta anda perlu overhaul, anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan di bengkel atau pusat servis kereta bagi melihat sama ada perlu untuk flush minyak sehingga betul-betul kering atau mengisi minyak baru.

    Keluarkan air daripada enjin

    Bergantung pada kenderaan anda, ada air yang boleh dipam keluar dengan mencabut spark plug sambil enjin running. Bagaimanapun, dapatkan dulu nasihat daripada bengkel atau pusat servis kereta anda.

    Kawasan anda risiko banjir? Ini langkah pencegahan yang boleh dilakukan

    1. Parkir kereta anda ditempat yang lebih tinggi bagi mengelakkan ia terdedah kepada risiko untuk tenggelam akibat banjir

    2. Untuk langkah keselamatan, tutup ekzos kereta anda dengan sesuatu yang padat agar air tidak dapat ditembusi sekiranya berlaku banjir

    3. Cabut terminal bateri kereta anda

    4. Tidak meninggalkan barang penting dan mudah rosak di dalam kereta.

    Penting! Lindungi kereta anda dengan perlindungan peril khas

    Untuk yang belum tahu, syarikat insurans kereta tidak akan membayar pampasan atau ganti rugi jika kereta anda mengalami kerosakan atau hanyut akibat banjir.

    Namun, ‘keadaan’ boleh diselamatkan jika anda mengambil perlindungan tambahan untuk bencana alam (peril khas) di dalam polisi insurans komprehensif anda. Perlindungan ini mustahak terutamanya jika anda tinggal di kawasan yang sangat berisiko untuk mengalami banjir setiap tahun.

    Nak beli perlindungan tambahan ni tak mahal pun. Pada kebiasaannya, premium yang dikenakan untuk penambahan perlindungan ini adalah sekitar 0.5% sahaja daripada jumlah yang diinsuranskan. 

    Jadi, untuk yang akan memperbaharui insurans kereta, silalah pertimbangkan untuk mengambil perlindungan tambahan peril khas ini. Anda boleh mendapatkannya dengan membuat penambahan pada polisi komprehensif anda. Anda juga boleh lihat pelan komprehensif terbaik di Bjak. Banding dengan 15 syarikat insurans yang anda dan pilih satu yang terbaik untuk kereta anda.