No claim discount atau NCD merupakan diskaun yang terikat dengan pemilik kenderaan apabila memperbaharui insurans. Sekiranya pemilik mempunyai kereta baru atau menjual kereta lama, mereka pastinya ingin dan akan memindahkan NCD insuran kereta untuk menikmati harga insurans yang lebih rendah.
Adakah kadar NCD insuran kereta boleh dibawa ke kereta lain?
Ya, anda boleh membawa atau menukar NCD insuran kereta anda untuk polisi insurans kereta lain. Ini akan membantu anda mengurangkan pembayaran harga insurans untuk kereta baru anda itu.
Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang anda harus tahu terlebih dahulu untuk membawa NCD ke kereta lain.
Pemilik kedua-kedua kenderaan wajib sama
Pastikan bahawa kereta tersebut (kereta lama) adalah milik anda dan didaftarkan atas nama dan nombor kad pengenalan anda sebelum menukar NCD kepada kereta baru. Kereta baru anda juga perlu didaftarkan di bawah nama anda.
Jenis kenderaan wajib sama
Namun diingatkan, pemindahan NCD hanya terpakai untuk jenis kenderaan yang sama sahaja. Contohnya, kereta untuk kereta dan motosikal untuk motosikal. Ini kerana kadar NCD bagi dua jenis kenderaan ini adalah berbeza. Nilai maksimum NCD bagi kereta adalah sebanyak 55% manakala hanya 25% untuk motosikal.
Cara Tukar NCD dari kereta lama ke kereta baru
Sebenarnya mudah sahaja untuk memindah NCD. Pada kebiasaannya, proses yang diperlukan hanyalah seperti berikut:
- Dapatkan sebutharga untuk kereta baru
- Beritahu insurans baru anda ingin memindah NCD dari kereta lama. Anda hanya perlu menyatakan nombor plat kenderaan.
- NCD kereta lama akan dipindah ke kereta baru
- Nikmati harga insurans terendah bagi kereta baru anda!
Kan mudah?
Perlukah saya menyediakan apa-apa dokumen untuk menukar NCD?
Tidak. Anda hanya perlu memberitahu nombor plat kenderaan lama.
Perlukah saya menunggu insurans lama tamat tempoh dahulu?
Tidak. Jika insurans pada kereta lama masih belum tamat tempoh, anda hanya perlu memaklumkan kepada syarikat insurans kereta lama anda untuk mengeluarkan NCD itu terlebih dahulu. Dalam industri insurans, proses ini namanya NCD Withdrawal.
Selepas NCD tersebut dikeluarkan, anda perlu membayar baki insurans untuk kereta lama (berdasarkan premium asas) kerana NCD untuk kereta tersebut sudah lagi tiada. Setelah proses itu selesai, barulah anda boleh meminta untuk menggunakan NCD kepada kereta baru daripada kereta lama.
Sekiranya insurans pada kereta lama sudah tamat tempoh, anda hanya perlu memaklumkan syarikat insurans baru anda untuk memindahkan NCD ke kereta baru.
Berapakah penjimatan yang boleh diperoleh dengan pemindahan NCD insuran kereta?
Ambil kira contoh situasi di bawah ini:
Anda mempunyai kereta Myvi berusia 5 tahun, dan bercadang untuk membeli Honda Civic baru tanpa menjual Myvi anda:
Ini bermakna, dengan pemindahan NCD, anda boleh menjimatkan sehingga ribuan ringgit untuk insurans kereta anda.
Buat keputusan yang bijak
Pemindahan NCD boleh dilakukan dengan sangat mudah oleh anda. Sebagai seorang pemilik kereta yang bijak, sememangnya sangat wajar untuk anda memindahkan NCD ke kereta baru supaya anda boleh menjimatkan wang untuk premium insurans.
Bagi menambah penjimatan, anda juga boleh memperbaharui insurans untuk kereta baharu mahupun kereta lama menerusi platform Bjak. Pelbagai jenis perlindungan dengan manfaat menarik menanti anda. Minta dulu sebut harga percuma sekarang.
Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.
Baca juga: