fbNoScript fbNoScript
bjak logo
EN
BM
中文

Panduan Untuk Membeli Insurans Kereta Terbaik

panduan insurans kereta

Kepentingan Insurans Kereta

Memiliki insurans kereta adalah penting untuk kesenangan pemilik pada masa akan datang. Melalui perlindungan insurans kereta, seseorang pemilik kenderaan tidak akan rasa terlalu terbeban apabila sesuatu berlaku pada diri sendiri atau kenderaan kelak. Sekurang-kurangnya kos tersebut akan ditanggung oleh pihak syarikat insurans yang mana secara tidak langsung mengurangkan beban pemilik.

Perkara yang anda perlu tahu mengenai Roadtax

Roadtax adalah wajib - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan agar semua pemilik kenderaan untuk memiliki LKM yang juga disebut sebagai roadtax untuk kenderaan digunakan di atas jalan raya.

Pemilik kenderaan perlu memperbaharui insurans dan roadtax sebelum ia mencapai tarikh luput.

Pemilik kenderaan digalakkan untuk memperbaharui insurans kereta dan motosikal serta roadtax 2 bulan sepelum tamat tempoh.

Jenis-jenis Perlindungan Insurans Kereta

Insurans Kereta Komprehensif

Insurans kereta komprehensif atau juga dikenali sebagai insurans pihak pertama. Menyediakan perlindungan paling menyeluruh. Syarikat insurans kereta akan memberi perlindungan kepada anda termasuk jika berlaku kemalangan, kecurian, kebakaran. Selain itu, pihak insurans juga akan membayar perlindungan jika berlaku kemalangan terhadap kenderaan anda dan juga pihak yang anda langgar. Polisi ini sesuai untuk kenderaan berumur 10 tahun ke bawah.

Insurans Kereta Pihak ketiga, kecurian dan kebakaran

Insurans kereta ini memberi perlindungan jika berlaku kebakaran atau kecuaian pada kenderaan anda (kejadian berlaku tanpa sengaja). Jika berlaku kemalangan (anda pesalah), pemilik kenderaan (anda) perlu membaiki kereta sendiri, namun kereta yang dilanggar anda akan dilindungi oleh pihak insurans anda.

Insurans Kereta Pihak ketiga

Insurans kereta yang paling asas. Hanya memberi perlindungan kepada pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan. Tiada perlindungan akan diberikan jika berlaku kemalangan (seorang diri), kecurian mahupun kebakaran. Bergantung kepada kelulusan insurans.

Jumlah Perlindungan Insurans Kereta

Jumlah perlindungan bermaksud jumlah maksimum kenderaan yang akan diinsurankan mengikut nilai pasaran semasa. Boleh lihat sini untuk rujukan.

Jumlah perlindungan boleh ditentukan dalam dua nilai yang berbeza iaitu:

Nilai yang dipersetujui - Pemilik kenderaan dan syarikat insurans bersetuju dengan nilai kereta pada permulaan kontrak dan juga pada setiap pembaharuan.

Contoh: Jika jumlah yang diinsurankan adalah RM35,000 dan kemudian berlaku kejadian, syarikat insurans akan membayar ganti rugi penuh iaitu sebanyak RM35,000.

Nilai pasaran - Ia mengikut kepada nilai kereta seseorang sebelum berlaku sebarang kejadian.

Contoh: Sekiranya jumlah yang diinsurankan adalah sebanyak RM35,000 dan kemudian nilai pasaran kereta ketika waktu kemalangan telah susut ke RM30,000, syarikat insurans akan membayar ganti rugi bergantung pada harga pasaran RM30,000.

Perlindungan Tambahan Insurans Kereta

Di bawah ini merupakan beberapa senarai perlindungan insurans tambahan yang biasa ditawarkan oleh kebanyakan syarikat insurans kereta dan Takaful. Walau bagaimanapun, terma dan syarat bagi setiap syarikat insurans kereta dan Takaful mungkin berbeza antara satu sama lain.

Cermin kereta
Pemandu tambahan
Semua pemandu
Bencana alam (Peril khas)
Rusuhan dan kemusnahan awam
Perlindungan penumpang
Kemalangan individu
Khidmat tunda

No Claim Discount (NCD)

NCD bermaksud diskaun insurans kereta yang ditawarkan kepada anda oleh pihak insurans jika pemilik kenderaan tidak pernah membuat sebarang tuntutan pada tahun tersebut. Jumlah peratusan NCD akan lebih besar jika masih tiada sebarang tuntutan pada tahun berikutnya.

Kadar peratus bagi kereta adalah berbeza seperti di bawah:

Kadar NCD untuk kereta:

Tahun pertama - 0%
Tahun kedua - 25%
Tahun ketiga - 30%
Tahun keempat - 38.33%
Tahun kelima - 45%
Tahun keenam dan ke atas - 55% (maksima)

Bagaimanapun, jika anda telah mempunyai NCD sebanyak 55% dan membuat tuntutan pada tahun tersebut, kadar NCD anda pada tahun berikutnya akan menjadi 0% semula.

Perlindungan Komprehensif Insurans Kereta

Setiap syarikat insurans kereta menawarkan polisi yang agak serupa namun mungkin manfaat atau kelebihan diterima berbeza. Berikut adalah beberapa kelebihan pakej insurans kereta yang ditawarkan.

*Nota: Sila rujuk risalah keterangan produk syarikat insurans dan polisi insurans anda apabila terdapat perbezaan.

allianz car insurance
Insurans Kereta Persendirian Allianz
Product Disclosure
PERCUMA Khidmat Tunda Kecemasan 24-jam sehingga jarak 150km
PERCUMA 1 Pemandu Tambahan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tuntutan
Insurans Kereta Terbaik 2018
Kelulusan Segera bagi Nota Perlindungan
Sesuai bagi Kegunaan E-hailing
pacific and orient
Insurans Kereta Persendirian Pacific & Orient
Product Disclosure
PERCUMA Khidmat Tunda 24-jam sebanyak RM350
PERCUMA 24-jam Bantuan Tepi Jalan
PERCUMA Penukaran atau Jumpstart Bateri
PERCUMA Penambahan Minyak Tangki Kosong
PERCUMA Penukaran Tayar Pancit
PERCUMA 1 Pemandu Tambahan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tuntutan
Jenama Kukuh, 1994
Diundi sebagai Insurans Nilai Terbaik
Kereta Lama diterima
rhb insurance
Insurans Kereta Persendirian RHB
Product Disclosure
PERCUMA Khidmat Tunda 24-jam sebanyak RM 300
PERCUMA 24-jam Bantuan Tepi Jalan
PERCUMA Penukaran atau Jumpstart Bateri
PERCUMA Penambahan Minyak Tangki Kosong
PERCUMA Penukaran Tayar Pancit
PERCUMA 1 Pemandu Tambahan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tuntutan
takaful malaysia
Takaful Kereta Persendirian Takaful Malaysia
Product Disclosure
PERCUMA Perlindungan Semua Pemandu
PERCUMA 24-jam Khidmat Tunda sehingga jarak 50km bagi setiap perjalanan, tiada had perjalanan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tepi Jalan
PERCUMA Penukaran atau Jumpstart Bateri
PERCUMA Penambahan Minyak Tangki Kosong
PERCUMA Penukaran Tayar Pancit
Operator Takaful Pertama di Malaysia
7.5% Pulangan tunai tanpa tuntutan
Kelulusan Segera bagi Nota Perlindungan
Proses Kelulusan dan Pembayaran Tuntutan yang senang dan pantas
Liputan Bengkel Pembaikan Seluruh Negara Yang Luas
Sesuai untuk golongan bukan Muslim juga
etiqa motor takaful
Insurans Kereta Persendirian Etiqa Takaful
Product Disclosure
PERCUMA Perlindungan Semua Pemandu
PERCUMA Khidmat Tunda sebanyak 200km
PERCUMA 24-jam Bantuan Tuntutan
Takaful
zurich takaful
Takaful Kereta Persendirian Zurich Takaful
Product Disclosure
PERCUMA 24-jam Khidmat Tunda sebanyak RM 200 setiap tahun
PERCUMA Pemandu Tambahan yang dinamakan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tuntutan
Proses Kelulusan dan Pembayaran Tuntutan yang senang dan pantas
Takaful
Kelulusan Segera bagi Nota Perlindungan
Sesuai bagi Kegunaan E-hailing
liberty insurance
Insurans Kereta Persendirian Liberty
Product Disclosure
PERCUMA Khidmat Tunda Kecemasan 24-jam sehingga jarak 150km
PERCUMA 24-jam Bantuan Tepi Jalan
PERCUMA Penukaran atau Jumpstart Bateri
PERCUMA Penambahan Minyak Tangki Kosong
PERCUMA Penukaran Tayar Pancit
PERCUMA 1 Pemandu Tambahan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tuntutan
PERCUMA Perlindungan Kemalangan Peribadi bagi Pemilik (Sebanyak RM10,000)
PERCUMA Pampasan Kos Perubatan bagi Pemilik (Sebanyak RM1,500)
PERCUMA Penggantian Kunci
PERCUMA Penggantian Kerusi Kanak-kanak
Sesuai bagi Kegunaan E-hailing
lonpac insurance
Insurans Kereta Persendirian Lonpac
Product Disclosure
PERCUMA Khidmat Tunda 24-jam sehingga RM 200
PERCUMA Perlindungan Semua Pemandu
PERCUMA 24-jam Bantuan Tuntutan
Sesuai bagi Kegunaan E-hailing
takaful ikhlas
Takaful Kereta Persendirian Takaful Ikhlas
Product Disclosure
PERCUMA 24-jam Khidmat Tunda sebanyak 100km
PERCUMA 24-jam Bantuan Tepi Jalan - Bantuan Ikhlas
PERCUMA 10 Pemandu Tambahan
PERCUMA Perkhidmatan "Jump Start" dan Penukaran Bateri
PERCUMA Perkhidmatan Penukaran Tayar
PERCUMA Perkhidmatan Penghantaran Minyak Petrol
PERCUMA Perkhidmatan Tukang Kunci
PERCUMA Insurans Kemalangan Peribadi bagi pemilik (Jumlah Perlindungan RM10,000)
msig insurance
Insurans Kereta Persendirian MSIG
Product Disclosure
PERCUMA Khidmat Tunda 24-jam sehingga RM 300
PERCUMA 1 Pemandu Tambahan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tepi Jalan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tuntutan
Sesuai bagi Kegunaan E-hailing
tokio marine insurance
Insurans Kereta Persendirian Tokio Marine
Product Disclosure
PERCUMA Khidmat Tunda 24-jam sehingga RM 250
PERCUMA 1 Pemandu Tambahan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tepi Jalan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tuntutan
great eastern
Insurans Kereta Persendirian Great Eastern
Product Disclosure
PERCUMA Khidmat Tunda 24-jam sehingga RM 300
PERCUMA 1 Pemandu Tambahan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tepi Jalan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tuntutan
chubb insurance
Insurans Kereta Persendirian Chubb
Product Disclosure
PERCUMA Khidmat Tunda 24-jam sehingga RM 400
PERCUMA 1 Pemandu Tambahan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tepi Jalan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tuntutan
tune
Insurans Kereta Persendirian Tune
Product Disclosure
PERCUMA Khidmat Tunda 24-jam sehingga RM 300/200KM
PERCUMA 1 Pemandu Tambahan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tepi Jalan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tuntutan
pacific
Insurans Kereta Persendirian Pacific
Product Disclosure
PERCUMA Khidmat Tunda 24-jam sehingga RM 300/50KM
PERCUMA 1 Pemandu Tambahan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tepi Jalan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tuntutan
Sesuai bagi Kegunaan E-hailing
Insurans Kereta Persendirian AIA
Product Disclosure
PERCUMA Perkhidmatan Kecemasan 24 jam
PERCUMA 1 Pemandu Tambahan Dinamakan
Jumlah kos pembaikan ditanggung oleh AIA di semua bengkel
Perlindungan banjir yang berpatutan
berjaya Sompo
Insurans Kereta Persendirian Berjaya Sompo
Product Disclosure
PERCUMA Khidmat Tunda 24-jam sehingga RM 300
PERCUMA 1 Pemandu Tambahan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tepi Jalan
PERCUMA 24-jam Bantuan Tuntutan

Soalan yang sering ditanya ketika membeli Insurans Kereta

Bagaimanakah syarikat insurans kereta mengira kadar premium insurans kereta di Malaysia?

Sebelum 1 Julai 2017, harga premium untuk insurans kereta di Malaysia hampir sama (berdasarkan nilai kenderaan anda dan kapasiti enjin) di semua penyedia insurans kereta. Ini kerana harga premium ditarif oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Syarikat insurans kereta membuat pengiraan premium khusus pada butiran teknikal dan usia, justeru, itu adalah nilai pasaran kereta anda.

Bagaimanapun, sejak pelaksaan kadar atau tarif baru pada 1 Julai 2017, syarikat insurans kereta kini mengambil kira beberapa faktor untuk menentukan premium insurans. Antara faktor-faktor yang akan diambil kira dalam menentukan harga premium adalah seperti berikut:

Rekod pemanduan
Tahap penggunaan kereta
Lokasi
Pekerjaan
Umur
Ciri-ciri keselamatan pada kereta

Bagaimanakah cara untuk menghantar tuntutan insurans kereta?

1. Telefon talian hotline syarikat insurans anda jika mengalami kemalangan yang teruk

2. Kumpul bukti dan catat maklumat penting seperti masa dan tempat kemalangan, gambar kejadian kemalangan, gambar kerosakan pada kenderaan anda dan kenderaan terlibat dan bertukar maklumat dengan kenderaan terlibat

3. Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam

4. Laporkan kepada syarikat insurans kereta dalam masa 7 hari dari kemalangan berlaku

5. Pastikan kereta dihantar ke bengkel panel syarikat insurans kereta anda

6. Isi borang tuntutan syarikat insurans kereta anda

7. Kemukakan semua borang yang diperlukan oleh syarikat insurans kereta

8. Lakukan semakan dengan syarikat insurans kereta anda mengenai alat ganti dan baik pulih yang dibuat oleh bengkel panel anda

9. Tandatangan borang pelepasan syarikat insurans kereta apabila berpuas hati dengan kereta anda selepas dibaik pulih

Jika pemandu lain memandu kenderaan saya dan tiba-tiba terlibat kemalangan, bolehkah saya membuat tuntutan insurans?

Secara dasarnya, syarikat insurans kereta akan mengenakan lebihan jumlah tuntutan jika kereta anda terlibat dalam kemalangan yang disebabkan oleh pemandu lain. Namun, anda boleh membuat tuntutan insurans sekiranya ada menambah nama pemandu tersebut dalam polisi atau telah membeli polisi insurans kereta dengan perlindungan insurans semua pemandu ketika memperbaharui insurans anda.

Bolehkah saya membatalkan polisi insurans pada bila-bila masa?

Ya, anda boleh membatalkan polisi insurans anda pada bila-bila masa. Bagaimanapun penalti mungkin akan dikenakan sekiranya anda membatalkan polisi sebelum tarikh tamat.

Bolehkah saya memperbaharui insurans kereta saya jika kereta telah berusia lebih daripada 15 tahun?

Pakej yang ditawarkan oleh syarikat insurans kereta boleh menjadi lebih sedikit kerana usia kereta anda. Walau bagaimanapun, pakej insurans kereta yang ditawarkan di BJAK.my merangkumi pelbagai jenis kereta dan oleh itu anda masih boleh memperbaharui insurans kereta anda di BJAK.my.

Bagaimanakah insurans kereta komprehensif berbeza dengan insurans kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian?

Perbezaan utama ialah insurans kereta komprehensif melindungi kerosakan kereta anda semasa perlanggaran (kemalangan jalan raya), kebakaran dan kecurian tetapi insurans kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian hanya melindungi kerosakan semasa kebakaran dan kecurian sahaja. Servis khidmat tunda turut tidak disediakan jika anda membeli insurans kereta pihak ketiga, kebakaran dan kecurian.

Cara untuk membeli insurans kereta dengan harga yang rendah

Jangan memperbaharui insurans kereta anda secara automatik

Sesetengah syarikat insurans kereta akan menawarkan anda pembaharuan insurans secara automatik. Sila elak dari melakukan pembaharuan secara automatik kerana premium insurans kereta yang akan anda bayar mungkin bukan yang terendah di pasaran. Syarikat insurans kereta mengemas kini premium insurans kereta dari semasa ke semasa dan oleh itu anda disaran untuk membandingkan harga insurans kereta dari pelbagai syarikat insurans kereta sebelum melakukan pembaharuan.

Perbaharui insurans kereta anda lebih awal daripada tarikh luput

Sesetengah syarikat insurans kereta mengenakan harga yang lebih tinggi jika insurans kereta anda telah tamat tempoh. Oleh itu, penting untuk anda memnperbaharui insurans kereta lebih awal dari tarikh tamat agar sentiasa dilindungi dan nikmati harga yang lebih rendah.

Bandingkan dengan lebih daripada 3 sebutharga

Syarikat insurans kereta mempunyai kaedah pengiraan premium insurans kereta yang berbeza. Premium insurans kereta antara syarikat insurans kereta boleh berubah-ubah sehingga 40-50% bergantung pada keadaan kereta.

Oleh itu, untuk membeli insurans kereta pada harga terendah, pemilik kereta harus membandingkan sebutharga insurans kereta dengan beberapa syarikat terlebih dahulu. Pada kebiasaannya, pemilik kereta peroleh penjimatan sehingga ratusan ringgit setelah perbandingan dibuat.

Periksa perlindungan insurans kereta anda sebelum membeli

Setiap kereta mungkin mempunyai penggunaan dan tujuan yang berbeza dan oleh itu sangat penting untuk membeli pakej insurans kereta yang paling sesuai untuk kereta anda. Sesetengah sebutharga yang disediakan mungkin merangkumi perlindungan insurans kereta yang tidak berlaku bagi kes penggunaan, atau memiliki jumlah yang diinsuranskan lebih tinggi daripada nilai pasaran sebenarnya. Oleh itu, pemilik kenderaan disarankan untuk memeriksa perlindungan insurans kereta bagi memastikan bahawa mereka membayar hanya untuk apa yang diperlukan sahaja.

Perbaharui insurans kereta anda di BJAK.my

BJAK.my adalah sehenti untuk perbandingan insurans dan platform pembaharuan insurans kereta di Malaysia. BJAK.my membantu pemilik kereta untuk mendapatkan harga terendah bagi insurans kereta mereka dengan melakukan semua langkah yang dinyatakan di atas.

Ramai pemilik kereta telah memperbaharui insurans kereta mereka di BJAK.my dan memberikan maklum balas yang baik di laman media sosial. Anda boleh membaca penilaian berkenaan BJAK.my di sini. Jom minta sebutharga untuk insurans kereta dari BJAK.my hari ini.

scroll up