fbNoScript fbNoScript
bjak logo
EN
BM
中文
faq-pic

Soalan Lazim

Bagaimanakah caranya untuk saya perbaharui insurans kereta dan roadtax saya di BJAK?

Mudah sahaja! Anda hanya perlu ke laman rasmi kami iaitu di bjak.my dan kami akan bantu anda. Anda hanya perlu memberikan beberapa maklumat kepada kami iaitu nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran kenderaan, jenis kenderaan dan poskod.Kemudian kami akan menghantar satu email kepada anda berserta dengan senarai sebut harga untuk motosikal dan kereta bersama roadtax. Anda boleh pilih syarikat insurans atau takaful yang diingini and teruskan kepada proses pembayaran

Sebutharga dari syarikat insurans yang manakah saya boleh dapatkan?

• Syarikat Takaful Malaysia Berhad
• RHB Insurance Berhad
• Takaful Ikhlas General Berhad
• Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad

Polisi Keperibadian

Apa yang perlu dilakukan jika saya terlupa tarikh luput roadtax saya?

Bjak.my menghantar pengingat masa yang sesuai melalui emel dan WhatsApp tentang tamat tempoh insurans dan cukai jalan kenderaan, memastikan anda sentiasa dimaklumkan dan boleh memperbaharui polisi dan cukai dengan segera.

Siapa yang boleh menggunakan perkhidmatan ini?

Semua pemilik kereta dan motosikal layak menggunakan perkhidmatan ini.

Apakah kelebihannya memperbaharui roadtax saya di BJAK.my?

Dengan menggunakan BJAK, anda boleh perbaharui roadtax anda secara dalam talian sahaja. Perkhidmatan ini sememangnya sangat mudah, menjimatkan masa dan kos malah boleh diakses pada bila-bila masa. Perkhidmatan ini juga sesuai bagi motosikal.

Apakah jenis kenderaan bagi roadtax yang saya boleh perbaharui secara dalam talian?

Kami menyediakan perkhidmatan pembaharuan insurans dan cukai jalan untuk semua kereta dan motosikal. Walau bagaimanapun, bagi kereta persendirian yang digunakan untuk tujuan e-hailing, hanya perkhidmatan pembaharuan insurans disediakan; perkhidmatan pembaharuan cukai jalan tidak disediakan.

Bagaimanakah caranya untuk saya tahu sama ada transaksi yang dilakukan berjaya?

Setiap transaksi yang berjaya akan diberikan resit e-perkhidmatan. Jika ada sebarang masalah atau keraguan mengenai servis ini, anda boleh terus hubungi kami.

Apakah kaedah pembayaran yang ada?

• VISA/Mastercard
• FPX ( Maybank2U, CIMB Clicks, RHB Now dan lain-lain)
• Bayaran secara tunai di 7-eleven
• Pelan ansuran

Bolehkah saya perbaharui roadtax saya jika saya mempunyai saman trafik yang tertunggak dan banyak?

Ketika proses pembaharuan, servis dalam talian JPJ akan membuat semakan saman yang tertunggak ataupun senarai hitam yang telah direkodkan di kedua-dua pangkalan data JPJ dan PDRM. Bagi meneruskan proses pembaharuan roadtax, anda perlu membayar semua saman tertunggak yang telah direkodkan terlebih dahulu.

Di manakah saya boleh lihat transaksi pembayaran saya?

Sila periksa inbox email anda bagi transaksi pembayaran yang berjaya

Apa yang berlaku jika pembayaran saya ditolak?

Terdapat beberapa kemungkinan jika pembayaran anda ditolak. Bergantung kepada situasi, masalah mungkin berlaku akibat daripada perkara berikut:

• Kad kredit - Kerana status kad kredit yang memerlukan anda untuk merujuk ke bank pusat kad kredit anda bagi memastikan ia masih sah.
Gangguan sistem berkala – Kadang-kala sistem juga menjadi punca apabila berlakunya gangguan rangkaian atau keseluruhan sistem. Jika ia berlaku, cuba lakukan proses pembayaran sekali lagi.

Bolehkah saya dapatkan bayaran balik?

Bayaran balik biasanya diproses dalam satu hari waktu bekerja. Pelanggan boleh meminta bayaran balik melalui bahagian perkhidmatan pelanggan kami untuk bantuan segera.

Adakah saya akan menerima resit selepas selesai pembayaran?

Ya. Setiap transaksi yang berjaya akan diberikan resit e-perkhidmatan sebagai rujukan. Sila simpan resit tersebut bagi tujuan rujukan pada masa depan.

Siapakah yang saya boleh hubungi untuk bantuan?

Untuk bantuan, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan kami melalui pelbagai saluran. Kami menawarkan sokongan melalui panggilan telefon di +60 3-9213 1717, WhatsApp di +60166999129, dan e-mel di support@bjak.my. Kami yang boleh dihubungi 24/7, termasuk pada hari-hari cuti umum, untuk membantu anda dengan sebarang pertanyaan atau kebimbangan yang anda miliki. Jangan ragu untuk menghubungi kami untuk bantuan yang pantas.

Adakah perkhidmatan ini disediakan sepanjang masa?

Ya, perkhidmatan berasaskan internet ini disediakan untuk tempoh 24 jam setiap hari.

Bagaimanakah cara untuk membuat tuntutan jika berlaku sebarang kerosakan pada motor atau kereta saya?

Untuk mengemukakan tuntutan insurans kereta, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Hubungi talian hotline istimewa kami yang beroperasi 24 jam di +60 3-9213 1717 untuk mendapatkan bantuan profesional mengenai tuntutan anda. Pasukan kami akan membimbing anda melalui proses tersebut dan memberikan sokongan yang diperlukan.

Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi talian hotline insurans anda yang disenaraikan di bawah.
• ALLIANZ – 1800-22-5542
• IKHLAS – 1800-88-1186
• RHB – 1300-880-881
• TAKAFUL MALAYSIA – 1800-888-788

Langkah 2: Berikan semua butir-butir dan dokumen berkaitan dengan kejadian, termasuk tetapi tidak terhad kepada laporan kejadian, gambar, dan maklumat lain yang diminta.

Langkah 3: Pasukan kami akan menilai tuntutan dengan segera dan mengesyorkan bengkel panel tier atas untuk pembaikan, jika diperlukan.

Langkah 4: Setelah kelulusan tuntutan, pasukan sokongan tuntutan kami yang berdedikasi akan memastikan pemprosesan yang cepat dan bertujuan untuk pencapaian penyelesaian yang berjaya.

Di BJAK, kami mengutamakan pengalaman setiap pelanggan dan berusaha untuk memberikan bantuan yang efisien dan profesional sepanjang proses tuntutan.

Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan insurans kereta yang terbaik?

Di BJAK, kami menyediakan anda senarai sebutharga yang diiktiraf dalam masa 5 minit. Anda boleh membuat sendiri perbandingan dan memilih pelan insurans kereta terbaik untuk anda.

Apa itu insurans kenderaan?

Insurans kenderaan ialah perlindungan kewangan terhadap kerugian atau kerosakan akibat kemalangan, kecurian atau bencana semula jadi yang melibatkan kenderaan anda.

Apakah jenis insurans kereta yang ada di Malaysia?

Terdapat dua jenis utama: Komprehensif dan Pihak Ketiga. Polisi komprehensif melindungi kenderaan anda dan pihak lain, manakala pihak ketiga hanya melindungi kerosakan kepada pihak lain.

Apa beza insurans komprehensif dan pihak ketiga?

Insurans 1st party (atau komprehensif) memberikan perlindungan penuh kepada anda dan juga pihak ketiga. Ini termasuk kemalangan, kebakaran, dan kecurian. Jika anda terlibat dalam kemalangan atau kereta anda hilang, anda boleh buat tuntutan kepada syarikat insurans anda. Malah, jika kemalangan itu disebabkan oleh anda dan melibatkan kenderaan lain, pihak ketiga juga boleh buat tuntutan melalui polisi anda. Manakala insurans 3rd party (atau pihak ketiga) hanya melindungi pihak ketiga – iaitu orang lain, bukan anda. Kalau anda langgar kereta orang di lebuh raya secara tak sengaja, syarikat insurans akan bayar ganti rugi kepada mangsa. Tapi kerosakan pada kereta anda sendiri perlu ditanggung sendiri kerana ia tidak dilindungi.

Bila perlu renew insurans kereta?

Insurans kereta perlu diperbaharui setiap tahun sebelum tarikh tamat tempoh.

Bolehkah saya perbaharui insurans kereta lebih awal sebelum tarikh tamat?

Ya, anda boleh renew insurans lebih awal — biasanya sehingga 2 bulan sebelum tarikh tamat tempoh. Apabila anda memperbaharui insurans lebih awal, ia tidak akan menjejaskan insurans sedia ada. Insurans semasa akan kekal aktif sehingga tarikh luputnya, manakala polisi insurans baru yang anda perbaharui hanya akan bermula selepas polisi semasa tamat.

Bagaimana untuk semak tarikh luput insurans saya?

Anda boleh semak melalui MyCarInfo, sistem JPJ atau melalui syarikat insurans anda.

Apa itu NCD (No Claim Discount)?

NCD ialah diskaun yang diberi kepada pemandu yang tidak membuat tuntutan dalam tempoh perlindungan insurans mereka.

Bagaimana NCD dikira?

NCD bermula dari 0% dan meningkat setiap tahun tanpa tuntutan, sehingga maksimum 55% selepas 5 tahun.

Apa itu roadtax?

Roadtax adalah cukai tahunan yang perlu dibayar untuk membolehkan kenderaan digunakan secara sah di jalan raya Malaysia.

Bagaimana cara renew roadtax online?

Anda boleh renew melalui platform BJAK secara tambah (add-on) pembaharuan roadtax semasa membeli insurans — semuanya dalam satu transaksi yang mudah dan cepat.

Boleh renew roadtax tanpa insurans?

Tidak boleh. Roadtax hanya boleh diperbaharui selepas insurans aktif diperbaharui.

Apa berlaku jika lambat renew roadtax?

Kenderaan anda tidak dibenarkan berada di jalan raya dan anda boleh didenda oleh JPJ.

Berapa lama tempoh sah roadtax?

Tempoh sah roadtax biasanya adalah 6 atau 12 bulan, bergantung kepada pilihan semasa pembaharuan. Namun, untuk pembaharuan melalui platform BJAK, hanya tempoh 12 bulan (1 tahun) sahaja yang disediakan buat masa ini.

Perlu buat PUSPAKOM untuk renew roadtax?

Hanya jika roadtax tamat lebih dari setahun atau ada perubahan pada struktur kenderaan.

Boleh renew roadtax untuk orang lain?

Ya, asalkan anda mempunyai dokumen yang lengkap dan kebenaran bertulis.

Bagaimana nak tahu roadtax saya dah aktif?

Semakan boleh dibuat di aplikasi MYJPJ atau melalui e-mel/sms pengesahan dari Bjak.

Apa beza antara roadtax fizikal dan digital?

Roadtax fizikal ialah pelekat bercetak yang dilekatkan pada cermin hadapan kenderaan sebagai bukti cukai jalan telah dibayar. Manakala roadtax digital pula adalah bukti dalam talian yang disahkan melalui sistem JPJ — tiada pelekat fizikal diperlukan.

Adakah saman tertunggak halang pembaharuan roadtax?

Ya, saman yang belum dijelaskan boleh menghalang proses pembaharuan roadtax.

Apakah kaedah pembayaran yang diterima untuk renew insurans dan roadtax?

Kami mempunyai 8 cara pembayaran yang tersedia; 3 pembayaran penuh dan 5 pembayaran ansuran. Bayaran penuh: • Online - Kad Kredit / Debit • Online - FPX / Perbankan Dalam Talian • Tunai - 7-Eleven / KK Mart Bayaran ansuran: • Pelan Ansuran Mudah (EPP) untuk kad kredit sahaja • Atome • SPayLater • GrabPayLater • RiiPay • AhaPay

Boleh bayar secara ansuran?

Ya boleh, Bjak tawarkan 6 jenis kaedah ansuran: • Pelan Ansuran Mudah (EPP) - CIMB, Ambank, Public Bank, UOB, OCBC, Affin Bank, HSBC, Standard Chartered, Hong Leong, RHB, Maybank • Atome (Kad Debit/Kredit) - 3 bulan • GrabPayLater - 4 bulan • SPayLater - 2 hingga 12 bulan • RiiPay - 3 bulan • AhaPay - 4 bulan

Adakah selamat untuk buat pembayaran secara online?

Ya, platform Bjak menggunakan teknologi penyulitan dan sistem keselamatan perbankan untuk lindungi maklumat pengguna.

Adakah caj tambahan dikenakan jika guna kad kredit?

Sesetengah bank atau platform mungkin kenakan caj pemprosesan 1%-2%. Sila semak dengan pasukan khidmat pelanggan BJAK sebelum membuat pembayaran.

Boleh guna e-wallet untuk bayar?

BJAK tidak tawarkan pembayaran e-wallet pada masa ini.

Apa itu servis VIP BJAK?

Servis VIP BJAK adalah perkhidmatan premium yang menawarkan pengalaman pembaharuan insurans dan roadtax yang lebih selesa, cepat, dan eksklusif dengan bantuan pelanggan peribadi (1-to-1 assistance).

Apa kelebihan BJAK VIP berbanding servis biasa?

• Bantuan pelanggan peribadi (1-to-1 assistance) • Penghantaran fizikal roadtax & salinan polisi • Layanan pantas tanpa perlu beratur • Penjagaan dokumen oleh pasukan BJAK • Kemaskini status real-time melalui WhatsApp & e-mel (bukan chatbot)

Apa itu BJAK Road Assist?

• Bantuan tepi jalan percuma seperti tukar tayar, hantaran minyak, bateri, dan kerosakan ringan • Sokongan 24/7 dijawab oleh ejen sebenar • Kereta dihantar ke bengkel panel, boleh mohon kereta gantian • Tuntutan insurans diproses dalam 5 hari bekerja

Apa itu BJAK VIP Rescue?

• Towing tanpa had untuk 1 kali bantuan setiap langganan VIP • Pantau status trak bantuan secara masa nyata • Waranti lanjutan: Lindungi enjin & transmisi untuk kenderaan hingga 15 tahun • Tuntutan maksimum RM1,000 melalui saluran rasmi

Adakah servis VIP tersedia di seluruh Malaysia?

Ya, servis ini tersedia di Semenanjung Malaysia sahaja.

Berapa kos tambahan untuk servis VIP?

RM59.90 sahaja.

Bagaimana untuk aktifkan servis VIP BJAK?

Pilih servis 'BJAK VIP' semasa pembelian sebelum pembayaran di BJAK.my. Hubungi WhatsApp untuk bantuan.

Berapa lama masa penghantaran dengan servis VIP?

Biasanya mengambil masa 1–3 hari bekerja selepas pengesahan dokumen.

Adakah saya akan dapat salinan fizikal polisi dan roadtax?

Ya. Polisi dihantar melalui e-mel dan roadtax boleh dipilih versi digital atau penghantaran fizikal.

Apa berlaku jika saya tidak menerima dokumen selepas 3 hari?

Hubungi khidmat pelanggan BJAK segera melalui saluran rasmi.

Bolehkah saya batalkan servis VIP selepas pembayaran dibuat?

Boleh, hanya sebelum proses penghantaran bermula. Caj pemprosesan mungkin dikenakan.

Bagaimana proses tuntutan insurans kereta dijalankan?

Jika anda memerlukan sebarang bantuan, ejen langsung BJAK sedia membantu. Hanya WhatsApp atau hubungi kami untuk mendapatkan bantuan.

Apakah langkah-langkah untuk membuat tuntutan insurans kenderaan?

Hubungi syarikat insurans anda segera, buat laporan polis dalam 24 jam, dan serahkan dokumen yang diperlukan untuk proses tuntutan.

Apa dokumen yang diperlukan untuk tuntutan?

Laporan polis, salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu, gambar kerosakan, sijil pendaftaran kenderaan (geran), dan borang tuntutan insurans.

Berapa lama proses tuntutan ambil masa?

Tempoh berbeza bergantung kepada kes. Biasanya antara 7 hingga 30 hari bekerja.

Boleh buat tuntutan di bengkel bukan panel?

Tidak semua polisi benarkan. Periksa syarat polisi anda. Jika tidak dibenarkan, anda perlu baiki sendiri dan mohon refund (jika layak).

Apa perlu buat selepas kemalangan kecil?

Ambil gambar, tukar maklumat dengan pihak terlibat, buat laporan polis dalam 24 jam, dan hubungi syarikat insurans.

Tuntutan akan hilangkan NCD saya?

Ya, jika anda buat tuntutan atas polisi sendiri. Tuntutan pihak ketiga tidak jejaskan NCD anda.

Boleh buat tuntutan cermin depan tanpa hilang NCD?

Ya, jika anda ada ambil add-on perlindungan cermin depan.

Bagaimana untuk tuntut kerosakan akibat banjir?

Hanya boleh jika anda tambah perlindungan bencana alam. Laporan polis dan bukti kerosakan diperlukan.

Bagaimana nak semak status tuntutan?

Anda boleh hubungi ejen anda atau semak melalui portal rasmi syarikat insurans anda.

scroll up