NCD atau No Claim Discount ialah diskaun yang anda dapat apabila tidak membuat tuntutan insurans dalam tempoh polisi.
Sebelum renew insurans kereta, penting untuk tahu berapa NCD yang anda layak dapat. Dengan cara ini, anda boleh semak sama ada diskaun sudah dikira dengan betul dan elak membayar lebih.
Pastikan anda tahu kadar NCD terlebih dahulu. Contohnya, jika anda sudah mencapai 55%, pastikan kadar tersebut digunakan dalam pengiraan premium.
2. Simpan polisi insurans lama
Polisi lama boleh membantu anda menyemak maklumat seperti NCD, nombor polisi dan butiran kenderaan.
3. Jangan terus anggap NCD sudah betul
Jika jumlah NCD dalam sebut harga berbeza daripada rekod anda, hubungi syarikat insurans untuk mendapatkan pengesahan.
4. Bandingkan harga insurans
Selepas tahu NCD, anda boleh bandingkan sebut harga daripada beberapa pilihan. Harga insurans motor boleh berbeza mengikut syarikat insurans, jenis perlindungan, nilai kenderaan dan faktor risiko lain.
Kesimpulan
Semak NCD sebelum renew insurans kereta supaya anda tahu diskaun yang sepatutnya diterima.
Untuk kereta persendirian, NCD bermula daripada 25% selepas tahun pertama tanpa tuntutan dan meningkat sehingga 55% selepas lima tahun dan seterusnya.
Sebelum renew, semak NCD, periksa butiran polisi lama dan bandingkan sebut harga yang sesuai dengan keperluan anda.
Ya, NCD boleh dipindahkan apabila anda membeli polisi baharu, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. NCD juga boleh dipindahkan ke kenderaan baharu yang didaftarkan atas nama pemegang polisi yang sama.
NCD hilang kalau buat tuntutan?
Bergantung pada jenis tuntutan dan keadaan kemalangan. Contohnya, tuntutan kerosakan sendiri apabila anda bersalah boleh menyebabkan NCD hilang pada pembaharuan seterusnya. Sebaliknya, tuntutan Own Damage Knock-for-Knock (OD-KFK) dalam keadaan tertentu tidak menjejaskan NCD.
Kalau NCD saya sudah 55%, boleh naik lagi?
Tidak. 55% ialah kadar maksimum NCD untuk kereta persendirian.
Macam mana kalau saya tak pasti berapa NCD saya?
Jangan agak-agak. Semak melalui platform semakan NCD, polisi lama atau terus hubungi syarikat insurans untuk mendapatkan pengesahan.