Skip to content
Home » 4 Perkara Penting yang Pemilik Kenderaan Perlu Berikan Perhatian Apabila Tiba Musim Hujan

4 Perkara Penting yang Pemilik Kenderaan Perlu Berikan Perhatian Apabila Tiba Musim Hujan

    persediaan ketika musim hujan

    Musim tengkujuh atau musim hujan sering berlaku di negara kita, terutamanya pada hujung tahun. Kesannya, banyak tempat dilanda fenomena banjir, seperti yang pernah berlaku pada tahun lalu dan beberapa tahun sebelumnya.

    Setibanya musim hujan ini, pemilik kenderaan perlu memberikan perhatian dalam beberapa perkara tertentu. Ini bagi memastikan keselamatan anda dan kenderaan lebih terjamin bukan sahaja ketika memandu, bahkan juga ketika memakirkan kereta di mana-mana sahaja. 

    Pastikan wiper kereta berfungsi dengan baik

    pastikan wiper dalam keadaan baik

    Mungkin nampak remeh pada anda, namun wiper kereta amat penting bagi memastikan penglihatan anda lebih jelas, terutamanya ketika memandu dalam cuaca hujan. Jika wiper kereta anda rosak, ia akan menimbulkan risiko di mana penglihatan anda boleh terganggu akibat pemandangan yang tidak jelas dan seterusnya boleh mengakibatkan kemalangan.

    Sila pastikan wiper kereta anda berada dalam keadaan yang sangat memuaskan dan mampu mengesat air hujan yang ada pada cermin. Tukar sahaja wiper kereta anda jika getahnya sudah haus atau keras. Selain itu, anda juga digalakkan untuk menukar getah wiper kereta anda jika ia tersekat-sekat dan tidak berjalan dengan lancar ketika anda ingin menggunakannya. 

    Lampu depan dan belakang kenderaan elok

    lampu harus berfungsi dengan baik

    Ketika memandu dalam cuaca hujan terutamanya hujan lebat, sangat penting untuk anda menghidupkan lampu kereta anda bagi memastikan kenderaan lain dapat melihat anda dengan jelas. 

    Kegagalan anda menghidupkan lampu kenderaan mungkin boleh menyebabkan berlakunya kemalangan seperti contoh kereta belakang terlanggar kereta anda kerana tidak sedar kewujudan kereta anda. 

    Justeru, sila pastikan lampu kenderaan anda, termasuklah lampu hadapan, lampu belakang serta lampu brek berfungsi dengan baik. Nyalakan lampu kenderaan anda pada waktu yang sesuai untuk keselamatan anda dan pengguna jalan raya yang lain. 

    Tayar kenderaan berada dalam keadaan baik

    tayar kenderaan berada dalam keadaan memuaskan

    Ketika sedang memandu dalam cuaca hujan, anda mungkin akan mengalami masalah di mana kenderaan anda secara tiba-tiba sukar untuk dikawal dan tergelincir keluar dari laluan anda. Situasi ini dikenali sebagai aquaplaning atau hyroplane. Fenomena itu berlaku apabila tayar hilang cengkaman yang disebabkan oleh kehadiran lapisan air antara tayar dengan permukaan jalan.

    Ia membuatkan kenderaan anda rasa terapung dan seterusnya tayar gagal mengikut input pemandu termasuklah kawalan stereng ketika membelok, berada di jalan yang lurus ataupun ketika sedang membrek.

    Disebabkan fenomena atau situasi itulah, ia menyumbang kepada berlakunya nahas kemalangan jalan raya ketika hujan.

    Jadi, sila pastikan ketebalan tayar bunga dan tekanan angin tayar kenderaan anda berada di tahap yang memuaskan. Apabila tekanan angin pada tayar kurang, tayar akan menjadi lembik dan seterusnya menyebabkan kenderaan lebih mudah menggelincir.

    Mempunyai perlindungan insurans peril khas di dalam polisi insurans kenderaan

    dapatkan perlindungan peril khas

    Fenomena banjir yang berlaku pada tahun lalu telah menyebabkan ratusan ribu kenderaan rosak dan terjejas. Disebabkan itu, anda dinasihatkan untuk menambah perlindungan tambahan peril khas di dalam polisi komprehensif anda pada pembaharuan insurans kali ini supaya tuntutan insurans boleh dibuat jika kenderaan rosak akibat banjir.

    Tanpa perlindungan tambahan peril khas anda perlu tahu bahawa anda tidak boleh membuat tuntutan insurans ya. 

    Pada kebiasaannya, premium bagi perlindungan ini ialah 0.5% daripada jumlah diinsuranskan. Tetapi ianya mungkin berbeza mengikut pengendali takaful dan insurans. 

    Berhati-hati apabila memandu dalam cuaca hujan

    Pastikan anda menjaga jarak kenderaan dan tidak memandu dengan terlalu laju apabila dalam cuaca hujan. Ingat, biar lambat, asalkan selamat. 

    Dalam pada itu, sila pastikan empat perkara penting di atas telah dinilai dan diperiksa oleh anda demi keselamatan anda dan kenderaan.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: