Skip to content
Home » Amaran! Elak Parking di 4 Kawasan Ini Bila Musim Hujan & Banjir

Amaran! Elak Parking di 4 Kawasan Ini Bila Musim Hujan & Banjir

    4 kawasan jangan parking bila musim hujan

    Boleh dikatakan hampir setiap tahun pada penghujung tahun, negara kita akan berdepan dengan musim tengkujuh yang mana taburan hujan akan meningkat dan seterusnya menyebabkan bencana banjir di beberapa buah negeri.

    Bahkan pada tahun ini, rakyat Malaysia juga melalui saat-saat yang getir apabila banjir buruk berlaku terutamanya di Selangor dan Pahang sehingga ada mangsa yang terkorban, dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal serta kenderaan peribadi. 

    Lambakan kereta rosak akibat banjir

    Musim hujan dan banjir menyebabkan banyak kenderaan rosak teruk akibat banjir

    Cuaca hujan lebat dan banjir yang berlaku pada ketika ini bukan sahaja memberi impak kepada harta benda seperti rumah, malah juga kenderaan.

    Di media sosial, anda pasti boleh melihat banyak kenderaan yang telah rosak dan tersadai.

    Justeru pada kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda tempat atau kawasan yang boleh anda elakkan untuk memakirkan kereta ketika musim hujan atau banjir bagi mengelak kerosakan teruk pada kenderaan.

    Kawasan risiko parkir kereta musim hujan

    Lereng bukit

    Elak parking di lereng bukit

    Lereng bukit merupakan kawasan yang berada betul-betul berada di tepi-tepi bukit dan agak merbahaya untuk diparkir terutamanya ketika musim hujan atau banjir. Ini kerana tanah di lereng bukit mungkin tidak begitu kuat dan hujan yang lebat mungkin boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh dan seterusnya memusnahkan kenderaan anda. 

    Pantai atau sungai 

    Kejadian air pasang boleh berlaku dan boleh menyebabkan kenderaan hanyut dalam sekelip mata

    Elak meletakkan kereta anda berhampiran dengan sungai mahupun pantai ketika tibanya musin hujan. Ini kerana apabila berlaku hujan lebat, tidak mustahil air pasang boleh berlaku.

    Apabila berlakunya kejadian air pasang, ia bukan sahaja boleh membahayakan nyawa anda malah kereta anda juga boleh dihanyutkan dengan jarak yang agak jauh dan seterusnya memusnahkan kenderaan anda.

    Lebih penting, ketika musim hujan apa kata anda elakkan sahaja kawasan sungai atau pantai ini. Kerana anda sendiri pasti sudah tahu risiko yang bakal dihadapi nanti.

    Kawasan rendah

    Segera pindahkan kereta anda ke tempat yang lebih tinggi

    Bila tibanya musim hujan, kawasan rendah sememangnya merbahaya kerana dalam beberapa minit sahaja air boleh cepat naik.

    Jika kenderaan anda bukan jenis 4WD, sila segera alihkan kereta anda dari kawasan ini dan parkirkan di tempat yang tinggi kerana kereta anda mungkin boleh masuk air atau tersekat dalam banjir sekelip mata. 

    Jika anda lihat ada kawasan berbukit di sekitarnya, parkirkan sahaja dulu di situ buat sementara waktu sehingga cuaca kembali pulih.

    Bawah pokok

    Kejadian pokok tumbang boleh berlaku apabila cuaca hujan lebat

    Cuaca hujan lebat pasti akan menyebabkan angin kencang berlaku. Justeru itu sebagai peringatan, elakkan parkir kereta anda di bawah pokok kerana ada kemungkinan pokok tersebut boleh tumbang pada bila-bila masa dan menghempap kereta anda.

    Cari kawasan yang lebih selamat dan parkirkan di situ untuk sementara waktu meskipun sedikit jauh daripada penglihatan anda.

    Beri perlindungan secukupnya

    Perkongsian di atas tidak semestinya akan menjamin kenderaan anda selamat apabila berlaku sesuatu bencana. Ia hanyalah tips atau usaha untuk menyelamatkan kenderaan anda daripada lebih terdedah kepada sebarang kerosakan atau kecelakaan.

    Untuk mengelakkan anda mengalami kerugian berganda jika kereta mengalami kerosakan akibat bencana alam, sila pastikan kenderaan anda memiliki perlindungan yang secukupnya. 

    Belilah perlindungan tambahan peril khas ketika memperbaharui insurans kereta anda dengan pelan komprehensif. Dengan itu, maka tuntutan boleh dibuat jika kereta anda rosak nanti meskipun kadar NCD akan hilang. Yang penting, ia jauh lebih menguntungkan berbanding jika anda perlu mengeluarkan wang sendiri. 

    Untuk perbaharui insurans kini tidaklah susah. Anda boleh sahaja renew secara online di Bjak yang menawarkan harga terendah. Selain itu, 15 syarikat insurans disediakan untuk anda pilih dan bandingkan dalam satu masa yang sama. Pastinya lebih pantas dan menyenangkan. Layari Bjak hari ini untuk dapatkan dulu sebut harga secara percuma.