Skip to content
Home » 4 Tips Membrek Kereta dengan Betul & Selamat

4 Tips Membrek Kereta dengan Betul & Selamat

    Cara membrek kereta dengan betul

    Sebagai pemandu, anda pasti tahu bahawa tujuan anda membrek adalah bagi mengawal kelajuan serta memberhentikan kenderaan. 

    Tindakan membrek kereta boleh mengundang padah jika tidak dilakukan dengan betul termasuklah menyebabkan pelanggaran di antara kenderaan. Walaupun nampak remeh, namun masih ada pemandu yang belum mengetahui cara yang sebetulnya.

    Tabiat membrek dengan cara yang betul bukan sahaja boleh menyelamatkan nyawa anda, bahkan juga membantu untuk memanjangkan jangka hayat sistem brek anda.

    Justeru pada artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda cara untuk membrek dengan betul agar anda dan kenderaan kekal selamat.

    Cara brek kereta dengan betul

    Membrek kenderaan dengan betul boleh menyelamatkan nyawa anda

    Brek awal

    Jika anda melihat kenderaan di depan sedang perlahan dan lampu breknya sudah menyala, maka sangat penting untuk anda turut menekan pedal brek kereta anda juga. 

    Elakkan brek apabila sudah terlalu dekat dengan kenderaan di depan dan lakukannya secara mengejut kerana ia bukan sahaja boleh menghauskan pad brek, malah juga boleh menyebabkan kemalangan/ pelanggaran dari arah belakang.

    Brek sebelum belok

    Apabila di kawasan selekoh yang memerlukan anda untuk membelok, sila pastikan anda memperlahankan kenderaan terlebih dahulu sehingga mencapai kelajuan diperlukan beberapa meter sebelum sampai selekoh.

    Jangan brek ketika betul-betul di kawasan selekoh kerana ia boleh mengundang bahaya dan menyebabkan kemalangan.

    Jangan brek atas permukaan jalan licin

    Untuk pengetahuan anda, membrek di atas permukaan jalan yang licin boleh menyebabkan kenderaan anda tergelincir. 

    Jadi apa yang anda boleh lakukan?

    Cara terbaik adalah anda boleh memandu dalam gear rendah dan biarkan enjin perlahan sendiri bagi mengelak risiko tergelincir.

    Brek dengan tenang, jangan gelojoh

    Selain daripada perlu berhenti secara mengejut, anda sebenarnya tidak perlu menekan brek dengan terlalu kuat atau keras. ‘Berlembut’ sahaja dengan pedal brek anda dan tekannya dengan daya yang sederhana.

    Kekerapan tindakan anda menekan brek dengan terlalu keras bukan sahaja boleh merosakkan sistem brek anda, malah juga boleh menyebabkan penumpang di dalam kenderaan anda tidak berasa selesa dan terkejut. 

    Moga bermanfaat!

    Diharapkan tips kali ini akan membantu anda terutamanya pemandu baru. Pandu dengan selesa, selamat dan berhemah untuk keselamatan anda, penumpang dan kenderaan lain.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: