Skip to content
Home » 5 Kelebihan Ada Perlindungan Insurans Kereta

5 Kelebihan Ada Perlindungan Insurans Kereta

    Kelebihan ada insurans kereta

    Di Malaysia, rata-rata individu dewasa memilih untuk mempunyai kereta sendiri bagi memudahkan pergerakan. Setelah memiliki kenderaan sendiri, antara perkara yang menjadi tanggungjawab utama adalah memastikan ia sentiasa memiliki perlindungan insurans.

    Apakah kepentingan atau kelebihan mempunyai perlindungan insurans kereta? Mengapakah ia diwajibkan untuk anda? Jom ketahui penjelasannya menerusi artikel ini.

    Apakah itu insurans kereta?

    Insurans diperlukan untuk memperbaharui roadtax

    Insurans kereta adalah satu bentuk perlindungan yang disediakan oleh syarikat insurans atau takaful kepada pemilik kenderaan yang berdaftar. Di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mewajibkan agar semua pemilik kenderaan untuk memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau lebih dikenali sebagai roadtax, yang sah untuk kenderaan digunakan di atas jalan raya.

    Seperti yang anda mungkin sudah sedia tahu, insurans diperlukan untuk mendapatkan roadtax. Dengan kata lain, anda tidak boleh memperbaharui roadtax tanpa menghidupkan dulu insurans anda. 

    Sama seperti produk insurans lain, anda perlu membayar premium untuk insurans kereta anda, namun dalam bentuk tahunan memandangkan ia perlu diperbaharui setiap tahun. Premium insurans yang dibayar oleh anda akan dikumpulkan bersama premium pemegang polisi lain. Ia kemudiannya digunakan dalam bentuk bayaran ganti rugi sekiranya berlaku kemalangan membabitkan anda.

    Dengan memiliki insurans, anda sebenarnya secara tidak langsung akan kurang terbeban khususnya dari segi kewangan sekiranya berlaku kejadian seperti kemalangan ketika memandu.

    Apakah kelebihan ada insurans kereta?

    Berikut merupakan beberapa kelebihan apabila kereta anda memiliki perlindungan insurans:

    Dilindungi daripada tuntutan pihak ketiga

    Setiap jenis polisi insurans menyediakan perlindungan untuk pihak ketiga

    Secara dasarnya, insurans kereta memainkan peranan penting untuk melindungi anda daripada tuntutan pihak ketiga apabila berlaku sesuatu kejadian malang seperti kemalangan. Setiap jenis polisi memberikan perlindungan ini agar anda tidak terbeban dari segi kewangan sekiranya pihak yang dilanggar oleh anda meminta anda untuk bertanggungjawab dan membuat tuntutan insurans. 

    Bantuan tepi jalan

    Pemegang polisi komprehensif boleh mendapatkan bantuan daripada syarikat insurans jika berlaku kerosakan ketika memandu

    Sekiranya anda mendapatkan pelan insurans jenis komprehensif untuk kenderaan anda, maka anda akan diberikan lebih perlindungan oleh pihak insurans. 

    Salah satunya adalah anda boleh mendapatkan bantuan tepi jalan termasuk khidmat tunda secara percuma sekiranya kereta anda secara tiba-tiba rosak ketika sedang memandu. Tanpa perlindungan insurans, ia bukan sahaja menyukarkan anda untuk mendapatkan bantuan, malah anda juga perlu membayar kos yang lebih tinggi untuk perkhidmatan tunda daripada pihak luar. Rugi bukan?

    Dilindungi / boleh tuntut pampasan jika kereta dicuri atau terbakar

    Tuntutan insurans boleh dilakukan jika kenderaan dicuri atau terbakar

    Untuk makluman, insurans juga ada menyediakan perlindungan jika kereta anda dicuri atau terbakar. Bergantung kepada jenis polisi yang anda miliki, anda akan diberikan perlindungan sewajarnya dan boleh menuntut pampasan sekiranya berlaku sesuatu pada kereta anda akibat kejadian-kejadian tidak dijangka seperti ini. 

    Malah, terdapat juga pelan atau polisi insurans yang menyediakan perlindungan untuk kerosakan pada kenderaan sendiri meskipun kemalangan berpunca daripada anda, iaitu polisi jenis komprehensif. Jadi, penting untuk anda memastikan kereta anda memiliki perlindungan yang terbaik kerana apa-apa sahaja boleh berlaku terhadap kenderaan anda. 

    Boleh elak saman

    Lalu roadblock dengan tenang

    Seperti yang dinyatakan di atas tadi, roadtax wajib dimiliki oleh setiap pemilik kenderaan yang berdaftar di Malaysia. Tanpa roadtax yang sah, kenderaan anda tidak layak untuk digunakan di atas jalan raya dan saman boleh dikenakan jika dikesan melanggar peraturan ini.

    Namun, seperti anda sudah sedia maklum, anda tidak boleh memperbaharui roadtax tanpa mendapatkan dulu perlindungan insurans. Jadi, di sini pentingnya insurans untuk anda. 

    Dengan adanya insurans yang sah, anda boleh memperbaharui semula roadtax anda, dan seterusnya mengelakkan kenderaan daripada disaman oleh pihak berkuasa terutama ketika sekatan jalan raya.

    Boleh memandu dengan tenang

    Perjalanan terasa lebih selamat dan terjamin

    Ada insurans, anda pastinya lebih tenang. Jika berlaku sesuatu kepada anda ketika memandu, anda boleh hubungi syarikat insurans anda untuk mendapatkan bantuan dan membuat tuntutan daripada mereka (jika perlu).

    Selain itu, anda tidak perlu bazirkan wang ribuan ringgit untuk membaiki kerosakan pada kenderaan pihak ketiga jika berlaku kemalangan yang berpunca daripada anda. Syarikat insurans boleh membantu anda untuk menanggungnya. Berbaloi bukan?

    Insurans kereta penting untuk anda!

    Tiada istilah rugi atau membazir apabila membeli insurans untuk kenderaan anda. Ia adalah demi kebaikan anda kerana malang sememangnya tidak berbau. Jika boleh, cuba dapatkan perlindungan insurans terbaik untuk kereta anda. Ia bagi memastikan kereta anda lebih dilindungi setiap masa.

    Kini, anda boleh dapatkan pelan komprehensif pada harga lebih rendah melalui Bjak. 15 jenama insurans terkemuka disediakan untuk anda pilih dan lakukan perbandingan. Minta sebut harga sekarang dan renew secara online dalam hanya 5 minit. 

    Baca juga: