Skip to content
Home » 5 Peraturan Penting di Jalan Raya untuk Pejalan Kaki

5 Peraturan Penting di Jalan Raya untuk Pejalan Kaki

    PEJALAN KAKI

    Tahukah anda, di Malaysia, pejalan kaki merupakan golongan ketiga tertinggi yang terlibat dalam kemalangan maut selepas pengguna motosikal dan kereta. Meskipun pelbagai fasiliti telah disediakan oleh kerajaan untuk menjamin keselamatan pejalan kaki ketika di jalan raya, namun kemalangan tetap boleh berlaku jika tidak bernasib baik dan mengabaikan langkah keselamatan penting.

    Justeru pada artikel kali ini, Bjak akan kongsikan beberapa tips atau peraturan penting yang perlu diberikan perhatian khususnya untuk pejalan kaki demi keselamatan bersama.

    Tunggu saat paling selamat untuk melintas

    Jangan gadaikan nyawa dengan melintas pada waktu yang tidak tepat. Pastikan terdapat jurang masa yang agak banyak di antara anda dan kenderaan sebelum bertindak untuk melintas, khususnya melintas di kawasan yang tidak mempunyai lintasan pejalan kaki. Sila periksa dulu jalan dengan melihat ke arah kanan-kiri-dan kanan semula sebelum melintas ya!

    Guna lintasan pejalan kaki

    Gunakan lintasan pejalan kaki untuk melintas dengan selamat

    Lintasan pejalan kaki disediakan bukan sahaja untuk membantu melancarkan pergerakan di antara pejalan kaki dengan aliran kenderaan di atas jalan raya, malah paling utama adalah untuk keselamatan pejalan kaki itu sendiri.

    Justeru, adalah penting untuk anda memanfaatkan laluan/ lintasan khas pejalan kaki jika ia ada berhampiran anda. Jangan mengambil sikap sambil lewa dan ambil mudah dengan kewujudan kemudahan ini demi keselamatan anda dan pengguna jalan raya lain.

    Guna pakaian yang terang pada waktu malam

    Cuaca pada waktu malam boleh mengehadkan pandangan seseorang. Jadi sebagai pejalan kaki, anda sangat bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan anda. Sebaiknya, pakai pakaian yang berwarna cerah supaya anda lebih mudah dilihat oleh pengguna jalan raya lain. Elak berpakaian serba hitam kerana keberadaan anda mungkin tidak disedari oleh pengguna jalan raya yang melaluinya, dan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

    Jangan melintas di lebuh raya/ jalan besar

    Jangan risikokan diri melintas di jalan raya yang sibuk

    Penting! Jangan sesekali cuba untuk melintas di jalan raya besar termasuklah di lebuh raya tidak kiralah pada waktu puncak atau tidak. Anda perlu tahu bahawa di jalan-jalan ini, kebanyakan kenderaan akan dipandu dengan laju dan tindakan anda melintas jalan mungkin boleh mengundang bahaya.

    Sila pastikan anda hanya melintas di kawasan yang selamat dan betul sahaja. Jangan hanya kerana ingin memudahkan diri anda, tapi pada akhirnya ia memudaratkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain.

    Jangan anggap pengguna jalan raya lain sentiasa ‘menjaga’ anda

    Meskipun keselamatan anda sebagai pejalan kaki tanggungjawab bersama, namun anda tidak boleh menganggap bahawa pengguna jalan raya lain akan sentiasa ‘menjaga’ anda. 

    Contohnya mudah, anda tetap melintas jalan walaupun tahu ada kenderaan yang sedang menghampiri kerana beranggapan kononnya ia tidak akan melanggar anda. Jangan sesekali mempunyai fikiran sedemikian ya. Malang tidak berbau. Andai kata anda tidak bernasib baik, maka kejadian buruk mungkin boleh berlaku kepada diri anda dalam sekelip mata. 

    Ingat, nyawa anda amat bermakna. Sila melintas pada waktu yang selamat dan tepat, dan gunakan kemudahan yang ada untuk keselamatan anda dan pengguna jalan raya yang lain.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: