Skip to content
Home » Cara untuk Kekal Jarak Selamat Ketika Memandu di Jalan Raya

Cara untuk Kekal Jarak Selamat Ketika Memandu di Jalan Raya

    Jarak selamat ketika memandu

    Anda sedang memandu di jalan raya dan ‘terperasan’ kereta di belakang anda memandu terlalu dekat dengan kenderaan anda. Jika berlaku situasi brek mengejut, ia pastinya boleh mengakibatkan pelanggaran dari bahagian belakang terhadap kenderaan anda. Apabila ia berlaku, kedua-dua pihak iaitu anda dan individu yang melanggar pasti akan berasa kecewa, bukan?

    Itulah sebabnya mengekalkan jarak yang selamat ketika pemanduan adalah penting untuk perjalanan selamat. Ia tidak hanya terpakai kepada kereta yang memandu di belakang anda sahaja, tetapi ia juga sebagai peringatan kepada anda untuk tidak mengekori kereta di hadapan anda dengan terlalu dekat.

    Sebelum mengulas lebih lanjut, mari kita ketahui apakah yang dimaksudkan dengan jarak selamat.

    Jarak selamat memandu – peraturan 3 saat

    Ikut peraturan 3 saat untuk jarak selamat ketika memandu

    Pemanduan dengan jarak yang selamat akan memberi ruang dan masa untuk anda bertindak balas sekiranya kenderaan di hadapan anda brek secara mengejut atau melanggar kenderaan lain. 

    Anda boleh menentukan jarak selamat di antara kereta menggunakan peraturan 3 saat. Pastikan anda amalkan peraturan ini apabila memandu di jalan raya.

    Ini adalah cara anda menggunakan peraturan 3 saat:

    Apabila mengekori kenderaan, pilih objek tetap yang ada di jalan raya, seperti papan tanda, pokok, tiang lampu jalan atau tanda lain.

    Apabila kenderaan di hadapan melepasi objek tetap tersebut, mulakan pengiraan hingga tiga saat. Jika anda melepasi titik yang sama sebelum anda mencapai tiga saat, anda mungkin sedang memandu terlalu dekat dengan kereta di hadapan anda. Jadi, perlahankan kenderaan anda untuk mendapatkan jarak selamat. 

    Bagaimanapun, elak daripada terlalu fokus untuk mencapai titik (jarak selamat) tersebut sehingga mengganggu tumpuan anda ketika memandu.

    *Nota: Pastikan anda mengira dengan betul; kira satu-1,000, dua-1,000, tiga-1,000.

    Bila perlu meningkatkan jarak selamat?

    Kadangkala, peraturan 3 saat mungkin tidak mencukupi untuk mengelakkan pelanggaran di antara bahagian belakang dengan bahagian hadapan anda. Ada kalanya anda perlu meningkatkan jarak melebihi 3 saat.

    • Memandu dalam cuaca buruk

    Elakkan memandu ketika cuaca buruk yang mengehadkan penglihatan anda. Tahap penglihatan yang rendah boleh menyukarkan anda untuk melihat jalan raya.

    Jalan licin juga boleh menghalang kenderaan anda daripada berhenti dengan selamat.

    • Memandu dalam kesesakan lalu lintas

    Potensi kemalangan dan pelanggaran dari bahagian belakang meningkat ketika trafik sesak. Di sinilah kebanyakan pemandu berpotensi untuk menekan brek bagi mengelakkan kemalangan dengan kenderaan lain.

    • Mengikut kenderaan besar

    Sila tingkatkan jarak mengekori semasa memandu di belakang kenderaan besar. Contohnya, lori dan bas.

    Memandu di belakang kenderaan besar berpotensi menghalang penglihatan anda apabila anda mengekorinya dengan terlalu dekat.

    • Diekori kenderaan belakang

    Mempunyai kenderaan yang mengekori anda terlalu dekat dari belakang boleh berbahaya sekiranya kereta di hadapan anda tiba-tiba melakukan brek mengejut.

    Jika anda ternampak kereta belakang mengekori anda, pastikan anda mempunyai ruang tambahan antara anda dan kereta di hadapan supaya anda boleh menukar lorong atau membenarkan pemandu yang mengekori anda memotong anda.

    Bolehkah anda claim insurans jika berlaku pelanggaran dari belakang?

    Anda mungkin masih boleh terlibat dalam kemalangan meskipun semua langkah untuk kekal selamat ketika memandu sudah dipraktikkan. 

    Apa yang anda boleh lakukan jika kereta anda dilanggar dari belakang?

    Jangan risau. Anda boleh claim insurans bagi membaiki kerosakan pada kenderaan menggunakan tuntutan pihak ketiga – ini cara nak claim insurans kereta orang lain.

    Anda tidak perlu membuat tuntutan di bawah polisi sendiri jika terbukti bukan dipihak yang bersalah. Rujuk sahaja artikel kami sebelum ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang tuntutan insurans untuk pelanggaran dari bahagian belakang.

    Amalkan jarak selamat ketika memandu

    Sila pastikan anda mengamalkan pemanduan selamat ketika memandu di jalan raya.

    Apabila anda mengekalkan jarak yang betul dan mengikut peraturan 3 saat, anda akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengelakkan pelanggaran yang serius.

    Selain itu, sila elakkan sebarang gangguan seperti menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Ia juga boleh mempengaruhi kejadian pelanggaran dari belakang. Walaupun anda menggunakan peraturan tiga saat, anda mungkin tidak mempunyai masa untuk bertindak balas jika anda terganggu dan tidak fokus ketika memandu.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: