Skip to content
Home » 7 Kesalahan Utama Penyebab Kemalangan Jalan Raya

7 Kesalahan Utama Penyebab Kemalangan Jalan Raya

    Kesalahan Utama Penyebab Kemalangan Jalan Raya

    Menurut statistik dari tahun 2010 hingga 2019 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), secara puratanya, lebih 500,000 kes kemalangan jalan raya dilaporkan setiap tahun dengan melibatkan hampir 7,000 kematian. Ini bukanlah angka yang kecil.

    Berdasarkan hantaran Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, terdapat beberapa kesalahan utama yang menjadi penyebab kepada kemalangan di jalan raya. Tindakan-tindakan ini bukan sahaja membahayakan anda tetapi juga pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

    Oleh itu, sebagai peringatan kepada anda, kami kongsikan di sini tujuh kesalahan utama pemandu yang menyebabkan kemalangan di jalan raya. 

    Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

    Antara kesalahan yang paling selalu dilakukan oleh pemandu ialah menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Tindakan membalas mesej (texting) dan membuat panggilan telefon sangat berbahaya kerana boleh menggangu pemanduan anda. Sebagai contoh, jika anda menaip pada telefon anda sambil memandu, anda tidak dapat fokus sepenuhnya kepada pemanduan anda lalu boleh menyebabkan kemalangan. 

    Tambahan lagi, mengikut peraturan 17A, LN166/59, sekiranya anda memandu dengan menggunakan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan (hands free), anda akan didenda sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan. Bagi sabitan kedua pula, anda akan didenda sebanyak RM2,000 dan penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Sekiranya anda perlu membuat atau menjawab panggilan telefon yang penting, anda disarankan untuk memberhentikan kenderaan di tempat yang selamat terlebih dahulu.

    Menggunakan telefon bimbit semasa memandu

    Tidak berhenti ketika lampu isyarat merah

    Tindakan berbahaya melanggar lampu isyarat merah juga merupakan kesalahan yang sering dilakukan oleh pemandu. Terdapat juga pemandu yang terus memecut ketika lampu isyarat kuning sedangkan lampu isyarat kuning bermaksud “bersedia untuk berhenti” dan bukannya “memecut.” Sebaik-baiknya, anda perlu memperlahankan kenderaan anda (bersedia untuk berhenti) ketika lampu isyarat bertukar kuning. Ketika lampu isyarat merah pula, anda wajib memberhentikan kenderaan anda. Sekiranya anda melanggar lampu isyarat merah, anda boleh didenda sebanyak RM300.

    Selain itu, jika ditakdirkan kereta anda kemalangan teruk akibat memotong lampu isyarat merah, anda bukan sahaja akan didenda bahkan anda akan kehilangan kesemua NCD insuran kereta daripada pihak insurans anda. Hal ini akan menyebabkan premium insurans kereta anda pada tahun berikutnya lebih mahal kerana NCD anda kembali menjadi 0%.

    Tidak berhenti ketika lampu isyarat merah

    Memotong barisan

    Memotong barisan juga merupakan satu kesalahan lalu lintas. Sekiranya anda didapati bersalah memotong barisan, anda boleh didenda sehingga RM300.

    Semua pemandu ingin sampai ke destinasi masing-masing dengan cepat. Walaupun tersekat dalam trafik, anda perlu terus bersabar dan amalkan sikap bertimbang rasa sesama pengguna jalan raya yang lain.

    Memotong barisan di jalan raya

    Memotong di garisan berkembar (double line)

    Sebagai pemandu, anda mesti tahu bahawa tindakan memotong di garisan berkembar atau ‘double line’ merupakan suatu kesalahan. Contoh kawasan yang mempunyai garisan berkembar adalah seperti jalan selekoh, jalan curam, jalan sempit, jalan yang mempunyai terowong, kawasan persimpangan serta kawasan sekolah. 

    Anda dilarang memotong di garisan berkembar kerana risiko di kawasan-kawasan tertentu. Sebagai contoh, sekiranya anda memotong di garisan berkembar di jalan yang sempit, anda dan pemandu lain akan terdedah kepada risiko kemalangan. Sekiranya anda ingkar, saman sebanyak RM300 akan dikeluarkan serta-merta.

    Memotong di garisan berkembar (double line)

    Tidak memakai tali pinggang keledar (seat belt) atau topi keledar (helmet)

    Kesalahan lalu lintas yang juga kerap dilakukan ialah tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar. Untuk pemandu atau penumpang kereta di bahagian depan dan belakang, memakai tali pinggang keledar dengan betul dapat mengurangkan risiko kecederaan parah dan kematian akibat kemalangan sebanyak 50%. Selain itu, untuk pengetahuan anda, undang-undang pemakaian tali pinggang keledar belakang telah berkuat kuasa sejak 1 Januari 2009 dan pesalah yang disabitkan boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

    Untuk penunggang atau pembonceng motosikal pula, anda wajib memakai topi keledar atau helmet meskipun anda menunggang atau membonceng motosikal di kampung. Selain mengikat tali topi keledar dengan selamat, anda perlu memastikan topi keledar yang digunakan tulen dan mendapat kelulusan SIRIM agar memenuhi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan. Kegagalan untuk memakai topi keledar juga akan dikenakan denda sebanyak RM300.

    Tidak memakai tali pinggang keledar (seat belt) dan topi keledar (helmet)

    Memandu di lorong kecemasan (emergency lane)

    Seperti yang disebutkan, semua pemandu ingin sampai ke destinasi yang dituju dengan cepat. Tetapi, ini bukan alasan untuk anda gunakan lorong kecemasan. Sebagai peringatan, fungsi lorong kecemasan adalah untuk digunakan pihak berkuasa bagi memberi bantuan kepada pengguna jalan raya yang menghadapi situasi kecemasan seperti kemalangan. 

    Anda perlu sedar bahawa tindakan menggunakan lorong kecemasan boleh melambatkan proses bantuan kepada mereka yang memerlukan. Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan lorong kecemasan, anda akan menyebabkan ambulans mengambil masa yang lama untuk sampai lalu menyebabkan kelewatan rawatan.

    Untuk pengetahuan anda, pengguna jalan raya yang didapati menggunakan lorong kecemasan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Memandu di lorong kecemasan (emergency lane)

    Memandu melawan arus

    Jelas bahawa memandu melawan arus merupakan tindakan yang sangat berbahaya. Yang mengejutkan ialah sebanyak 807 kemalangan jalan raya berpunca daripada kenderaan melawan arus telah direkodkan sejak Januari tahun ini. Menurut kajian, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada pemanduan melawan arus iaitu memandu melebihi had laju, memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah, tidak fokus seperti menggunakan telefon bimbit dan aplikasi tunjuk arah semasa memandu, kekurangan pengetahuan dan kemahiran memandu serta pelanggaran peraturan jalan raya.

    Oleh itu, anda mesti peka sepanjang pemanduan dan sentiasa mengikut peraturan di jalan raya. Sekiranya anda memandu melawan arus, anda boleh didenda sehingga RM300, atau lebih dan boleh dipenjarakan jika menyebabkan kemalangan maut, mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Memandu melawan arus

    Pandu cermat, jiwa selamat

    Selain daripada tujuh kesalahan utama penyebab kemalangan jalan raya yang telah disebutkan, anda juga mesti mengelakkan diri daripada melakukan mana-mana kesalahan jalan raya yang lain. Ingat, berhati-hati dan sentiasa patuhi peraturan di jalan raya bagi mengelakkan tindakan undang-undang serta memastikan keselamatan anda dan pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

    Selain itu, pastikan juga kenderaan anda mempunyai perlindungan insurans yang sah. Tindakan undang-undang juga akan diambil sekiranya anda memandu kenderaan tanpa insurans. Untuk memudahkan serta menjimatkan wang anda, anda disarankan untuk mendapatkan insurans kereta atau motosikal secara online di Bjak yang menawarkan sehingga 15 jenama insurans. Layari Bjak.my untuk mendapatkan sebut harga insurans kereta dan motosikal secara percuma dan renew insurans kenderaan anda dalam hanya 5 minit.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: