Skip to content
Home » 5 Punca Enjin Kereta Tak Boleh Start

5 Punca Enjin Kereta Tak Boleh Start

    Punca enjin kereta tak boleh start

    Nak pergi kerja waktu pagi, tetapi tiba-tiba enjin kereta tidak boleh dihidupkan…

    Siapa yang pernah alami nasib seperti ini mesti tahu kan rasa sakit hatinya macam mana. Lagi-lagi kalau ada meeting pagi tu, kacau semua plan dan boleh serabut kepala otak.

    Setiap pemilik kereta pastinya menginginkan agar keretanya sentiasa berada dalam keadaan yang baik, dan boleh digunakan sepanjang masa tanpa sebarang masalah.

    Namun masalah enjin tidak boleh dihidupkan secara tiba-tiba ini bukanlah perkara yang rare dan mungkin pernah dirasai oleh sesiapa sekalipun yang memilikinya baik ketika sedang memandu di jalan raya, mahupun apabila kereta diparkirkan di rumah atau mana-mana tempat.

    Punca enjin kereta tak boleh start

    Sebenarnya, terdapat beberapa punca yang mungkin menyebabkan enjin kereta anda tidak boleh dihidupkan.

    Justeru, pada artikel kali ini Bjak akan membantu anda untuk berkongsikan antara punca-punca ia boleh berlaku.

    Gear lever pada tempat lain selain ‘N’ atau ‘P’

    Kereta hanya boleh dihidupkan jika lever gear berada pada kedudukan D atau P

    Tahukah anda, sebenarnya kereta anda tidak akan boleh dihidupkan jika gear lever berada di kedudukan ‘D,R,1 atau 2′. Ingat, enjin kereta hanya boleh dihidupkan jika anda mengubah kedudukan gear lever pada kedudukan ‘P’ atau ‘N’.

    Mengapakah begitu?

    Ia tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengelakkan kemalangan daripada berlaku sebaik sahaja anda menghidupkan enjin kereta.

    Kedudukan gear selain ’P’ atau ‘N’ tidak membenarkan enjin kereta dihidupkan kerana ia mungkin akan menyebabkan kereta anda ‘meloncat’ atau bergerak dengan sendiri sebaik sahaja ia dihidupkan. Jadi, pastikan kedudukan gear anda betul sebelum enjin dihidupkan ya.

    Bateri kereta kong

    Bateri berperanan untuk membekalkan kuasa elektrik bagi menghidupkan enjin kereta.

    Bateri kereta memainkan peranan untuk membekalkan kuasa elektrik bagi menghidupkan enjin kereta. Pada kebiasaannya, punca enjin kereta tidak boleh dihidupkan adalah kerana bateri kereta tersebut sudah kong atau lemah. Dan untuk pengetahuan anda, bateri kereta menunjukkan ia akan kong selepas 12 hingga 15 bulan penggunaan.

    Masalah bateri kong boleh berlaku disebabkan beberapa faktor juga seperti:

    • Pemilik kereta terlupa untuk tutup lampu kereta
    • Kereta sudah lama tidak dihidupkan
    • Bateri sudah lama digunakan sehingga kong dan perlu digantikan

    Jika bateri kereta tersebut sememangnya sudah lama digunakan (lebih dari setahun), anda boleh mencabut bateri kereta untuk mengecasnya di bengkel berdekatan. Walau bagaimanapun anda perlu tahu, bateri yang sudah lama akan menjadi lemah semula selepas beberapa hari. Jadi sebaiknya, anda dapatkan dulu pandangan daripada mekanik sama ada untuk menggantikannya terus dengan yang baru ataupun tidak.

    Spark plug rosak

    Spark plug berfungsi untuk menyalakan campuran udara dan bahan bakar dalam silinder enjin kereta

    Spark plug merupakan komponen penting dalam sistem pembakaran kereta yang mana ia berfungsi untuk menyalakan campuran udara dan bahan bakar dalam silinder enjin kereta, sekali gus membolehkan kereta anda untuk hidup dan bergerak. 

    Komponen ini mungkin juga menjadi salah satu punca jika enjin kereta anda tidak boleh dihidupkan. Disebabkan itulah penting untuk anda membuat pemeriksaan berkala untuk spark plug bagi mengelakkan kerosakan yang lebih serius.

    Antara tanda-tanda spark plug kereta anda rosak adalah:

    • Enjin bunyi bising berbanding biasa
    • Enjin sukar dihidupkan terutama waktu pagi
    • Enjin alami pembakaran tidak sekata
    • Enjin semput, kuasa pecutan berkurangan

    Jika masalah-masalah ini timbul, sila call mekanik atau hantar kereta ke bengkel dengan segera untuk menukar spark plug yang baru.

    Alternator rosak

    Alternator membantu membekalkan cas elektrik kepada komponen kereta

    Anda gunakan kereta setiap hari tetapi bateri kereta masih kong walaupun baru tukar bateri baru? Ini bermakna, ia bukanlah berpunca daripada bateri itu sendiri, namun mungkin disebabkan oleh alternator kereta anda yang sudah rosak.

    Alternator memainkan peranan penting dalam sistem operasi kenderaan di mana ia membekalkan cas elektrik kepada komponen kereta seperti lampu, wiper, radio dan lain-lain.

    Berikut merupakan tanda-tanda alternator kereta anda sudah rosak:

    • Lampu amaran kereta menyala
    • Lampu utama dan lampu hadapan malap
    • Ada bunyi pelik di bahagian enjin 
    • Bau getah terbakar
    • Bateri kereta kong

    Untuk menyelesaikan masalah alternator rosak, anda bawalah sahaja kereta anda ke mana-mana bengkel untuk lakukan pemeriksaan. 

    ECU tidak berfungsi dengan baik

    ECU berfungsi untuk mengawal sistem penting bagi kenderaan

    Engine Control Unit (ECU) dianggap sebagai komputer pada kereta anda yang mana kebanyakan aktiviti komponen elektrik dikawal oleh software yang telah dipasangkan. Ia berfungsi untuk mengawal sistem penting kenderaan antaranya kawalan enjin dan kawalan kereta, beg udara, brek kecemasan automatik dan sebagainya. 

    Antara tanda-tanda ECU kereta sudah rosak adalah:

    • Kereta tidak boleh dihidupkan
    • Kuasa enjin berkurangan
    • Lampu amaran menyala

    Semoga membantu

    Dengan beberapa punca yang disenaraikan di atas, diharapkan ia akan membantu anda  mengenal pasti sebab kereta anda tidak boleh dihidupkan selepas ini. Pastikan juga kereta anda diservis mengikut tempoh yang ditetapkan bagi memastikan kereta anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat. 


    Bjak menyediakan 15 pilihan syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan ketika memperbaharui insurans kenderaan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: