Satu perkara yang paling tak best untuk mana-mana pemilik kereta adalah apabila kereta secara tiba-tiba rosak tanpa memberi sebarang hint. Lagi pening kepala, kalau kereta rosak dikala tengah bulan, dan memerlukan kos yang agak banyak untuk membaikinya semula.
Namun, sebenarnya terdapat beberapa faktor yang mungkin menyebabkan kereta anda boleh atau sering rosak secara tiba-tiba. Antaranya adalah kerana ‘tabiat salah’ yang sering dilakukan oleh pemandu ketika memandu kereta.
Apakah tabiat yang dimaksudkan? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahuinya.
Tidak panaskan enjin kereta sebelum memandu
Sebaiknya, sebelum ingin memulakan perjalanan anda digalakkan untuk memanaskan terlebih dahulu enjin kereta anda selama beberapa minit (1-2 minit sahaja) terutamanya jika cuaca sejuk. Ia bagi membantu mengagihkan minyak ke seluruh enjin dan mendapatkan blok dan minyak enjin sehingga ke suhu yang bersesuaian.
Bagaimanapun, anda tidak perlu memanaskan enjin setiap hari sekiranya kereta itu kerap digunakan (setiap hari) kerana ia berisiko untuk membuatkan petrol meresap masuk ke dalam minyak enjin dan menjejaskan tahap kelikatan bahan pelincir itu. Ini secara tidak langsung boleh meningkatkan risiko haus ke atas komponen dalam enjin.
Selalu tekan brek ketika turun bukit
Siapa di sini yang sering menekan brek ketika menuruni bukit? Memang difahami bahawa ia adalah untuk langkah berjaga-jaga, namun tahukah anda tabiat ini sebenarnya agak berbahaya pada kereta kerana ia mampu membuatkan sistem brake anda overheating dan menipiskan lagi brake pad serta disc.
Jadi apakah yang patut anda lakukan?
Sebaiknya, masuk gear terlebih dahulu dan pandulah dengan selamat tanpa sebarang elemen kejutan terhadap kereta anda.
Hanya isi minyak bila dah nak habis
Ini tabiat yang sering dilakukan oleh ramai pemandu yang mana tanpa anda sedar, mampu menyebabkan kerosakan sistem bahan api kereta.
Mengapa?
Secara teknikalnya, apabila minyak sudah habis, pam minyak akan menyedut kekotoran yang ada pada dasar tangki. Ini seterusnya akan menyebabkan salur minyak tersumbat dan memendekkan jangka hayat pam kereta anda.
Sebaiknya, isilah minyak dengan jumlah yang banyak terus bagi mengelakkan kerosakan pada pada pam bahan api kereta anda.
Mengabaikan bunyi aneh pada kereta
Tengah memandu tapi secara tiba-tiba ada terdengar bunyi pelik sepanjang perjalanan?
Jangan abaikan kerana tindakan anda berbuat demikian mampu mendedahkan diri anda ke risiko yang lebih teruk seperti mengalami kerosakan secara tiba-tiba di tengah jalan.
Jika ada bunyi pelik pada kereta, segeralah buat pemeriksaan dan cari punca datangnya bunyi tersebut. Jika anda tidak reti, hantar segera kereta anda ke bengkel untuk membuat pemeriksaan. Ini demi keselamatan anda dan kereta juga. Mana tahu lagi lama anda tangguh, lagi teruk rosaknya nanti maka lagi banyak kos yang anda perlu tanggung untuk pembaikan.
Merehatkan tangan pada gear
Tangan lenguh ketika memandu? Jangan ‘rehatkan’ tangan anda pada gear.
Kenapa?
Sebenarnya, tabiat meletakkan tangan pada gear mampu menambahkan bebanan pada gear box kereta anda. Ini seterusnya boleh menyebabkan gear sukar untuk ditukar atau sangkut ketika memandu.
Ingat, jika kotak gear anda rosak, maka anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk menggantikan dengan yang baru.
Pandulah dengan cermat
Tabiat-tabiat di atas sememangnya sering dilakukan oleh ramai pemandu kereta. Meskipun nampak remeh, namun apa kata anda kurang untuk lakukannya bagi memastikan kereta anda kekal berada dalam keadaan yang terbaik?
Sebelum anda menyesal perlu membayar kos yang besar untuk kos pembaikan, adalah lebih elok anda mengamalkan teknik pemanduan yang betul bagi menjaga kereta anda.
Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.