Skip to content
Home » 5 Tips Elak Anda Mengantuk Ketika Memandu 

5 Tips Elak Anda Mengantuk Ketika Memandu 

    Elak memandu jika mengantuk

    Memandu ketika mengantuk. Nampak ringan sahaja isunya, tapi sebenarnya ia mampu memberikan implikasi yang sangat besar. 

    Realitinya, sudah banyak kejadian kemalangan yang berlaku di jalan raya gara-gara pemandu mengantuk dan terlelap seketika. 

    Sebenarnya, tiada sebarang manfaat atau faedah jika seseorang itu meneruskan pemanduan ketika sedang mengantuk. Perbuatan itu bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah juga penumpang serta pengguna jalan raya yang lain.

    Untuk itu pada artikel kali ini, Bjak akan kongsikan kepada anda beberapa tips berguna bagi mengelakkan anda daripada merasa mengantuk ketika memandu dan seterusnya mengekalkan pemanduan yang selamat. 

    Tips elak mengantuk ketika memandu

    Pasang radio 

    Salah satu tips paling mudah yang anda boleh lakukan adalah dengan memasang radio atau lagu di dalam kereta. Ia bagi mengelakkan anda daripada rasa terlalu sunyi ketika memandu lebih-lebih lagi jika tiada teman untuk berborak.

    Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk tidak memasang radio atau lagu terlalu kuat kerana ia boleh menganggu fokus pemanduan anda. Adjust volume ikut kesesuaian anda sahaja ya.

    Jangan terlebih makan sebelum memandu

    Elak makan berlebihan sebelum memulakan pemanduan

    Bila perut terlalu kenyang, kita automatik akan cepat rasa mengantuk. Betul tak? Jadi, pastikanlah anda makan ikut kuantiti yang sepatutnya sahaja dan tidak mengambil secara berlebihan terutama sebelum memulakan perjalanan. Lebih bagus jika makanan anda itu mengandungi nutrisi yang berkhasiat termasuk sayur-sayuran. Tambahan buah sebagai pencuci mulut juga bagus ya untuk membantu anda kekal segar ketika memandu.

    Perlahankan aircond

    Suhu aircond yang sejuk boleh menyebabkan seseorang lebih cepat mengantuk

    Sedar atau tidak, suhu yang sejuk boleh menyebabkan kita lebih mudah mengantuk. Saintis memanggil situasi tersebut sebagai ‘Temperature Homeostasis’, iaitu proses badan menetapkan suhu antara 36ºC-38ºC, yang menjadi fenomena biasa di negara beriklim sejuk.

    Situasi itu boleh berlaku jika memasang penyaman udara dengan tahap sejuk maksimum. Apabila suhu sekeliling jadi sejuk dan suhu badan turun bawah 35ºC, badan akan mengalami hipotermia sederhana yang membuatkan kita mula rasa mengantuk dan ketangkasan deria semakin perlahan. Jadi, pastikan anda tetapkan suhu mengikut tahap yang sesuai ketika memandu. 

    Berhenti seketika 

    Berhenti seketika untuk menyegarkan diri anda

    Perjalanan ambil masa lebih daripada 2 jam? Maka sebaiknya anda rehat dulu seketika di kawasan yang selamat untuk segarkan semula diri anda. Untuk yang beragama Islam, anda bolehlah juga menunaikan solat bagi mengembalikan semula fokus dan merasa lebih tenang.

    Sambil rehat, belilah juga air kopi atau minuman isotonik untuk diminum sebelum atau ketika sedang memandu. Di samping itu, jangan lupa melakukan aktiviti merenggangkan badan agar badan kembali cergas. Nampak mudah, namun sebenarnya sangat membantu ya!

    Elak memandu selepas tengah malam

    Memandu pada waktu tengah malam boleh membuatkan kita lebih mudah mengantuk

    Waktu tengah malam kelazimannya adalah waktu untuk kita tidur. Jadi nasihat kami, elakkanlah memandu selepas tengah malam sehingga subuh kerana ia sangat berisiko untuk membuatkan anda mengantuk. Bukan itu sahaja, pemanduan pada waktu tengah malam juga agak berisiko, antaranya dari segi faktor pencahayaan. 

    Sebaiknya, mulakan perjalanan anda selepas subuh sekitar jam 8 pagi kerana anda pasti berasa lebih segar. 

    Moga bermanfaat!

    Elak risiko kemalangan. Jika anda berasa mengantuk ketika memandu, gunakanlah tips-tips yang dikongsikan di atas untuk keselamatan bersama. 

    Jangan mementingkan diri sendiri dan berharap untuk sampai ke destinasi dengan cepat tanpa mempedulikan keselamatan anda. Pemanduan yang selamat adalah penting bukan untuk diri anda bahkan juga kepada orang lain.


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: