Skip to content
Home » Bagaimana untuk Tingkatkan Penglihatan Anda Ketika Memandu?

Bagaimana untuk Tingkatkan Penglihatan Anda Ketika Memandu?

    Tips tingkatkan penglihatan ketika memandu

    Ketika sedang memandu, kita akan menghadapi pelbagai halangan termasuk dari aspek penglihatan di atas jalan raya. Hujan lebat, jerebu, kabus tebal atau tahap pencahayaan jalan yang lemah adalah antara beberapa cabaran yang biasa anda hadapi sebagai seorang pemandu.

    Sebenarnya, gangguan-gangguan seperti di atas boleh membahayakan nyawa kita. Justeru itu, penting untuk anda pastikan tiada sebarang perkara lain yang boleh menghalang penglihatan anda ketika memandu di jalan raya. 

    Cara mudah untuk meningkatkan penglihatan anda di jalan raya

    Berikut merupakan panduan mudah untuk memastikan penglihatan anda jelas ketika memandu. 

    Laraskan cermin pandang belakang

    Laraskan cermin pandang belakang kereta anda

    Cermin pandang belakang kereta membantu memastikan anda untuk kekal selamat sebagai pemandu dengan memberikan pandangan yang lebih jelas.

    Cermin pandang belakang membolehkan anda melihat lorong di belakang kenderaan tanpa perlu menoleh. Anda juga boleh melihat lalu lintas dan bersedia untuk sebarang kemungkinan bahaya yang boleh berlaku.

    Anda boleh memasang cermin pandang belakang panorama untuk pandangan yang lebih jelas jika anda mahu. Ia memberikan sudut pandangan yang lebih luas dan membantu meminimumkan titik buta anda berbanding cermin konvensional.

    Laraskan cermin pandangan sisi

    Laraskan cermin sisi kereta anda

    Cermin sisi direka untuk memberi pemandu pandangan di kedua-dua belah kiri dan kanan sepanjang perjalanan. Apabila duduk secara menegak, anda sebagai pemandu tidak akan atau sukar untuk melihat mana-mana bahagian kenderaan anda melalui cermin sisi.

    Jadi untuk itu, anda perlu melaraskan cermin sisi kenderaan anda. Berikut adalah langkah yang boleh anda ikuti untuk melaraskannya bagi penglihatan yang lebih jelas.

    • Cermin sisi kiri

    Condong ke kiri ke arah konsol tengah. Laraskan cermin sehingga anda hampir tidak dapat melihat kereta anda dari kedudukan ini.

    • Cermin sisi kanan

    Condong ke kanan dan sandarkan kepala anda pada tingkap. Laraskan cermin pandangan sisi penumpang, jadi hanya sebahagian sisi kereta anda kelihatan dari kedudukannya.

    Pastikan dashboard anda kosong

    Elak meletakkan barang di dashboard kereta anda


    Pastikan dashboard kereta anda lapang dan bersih contohnya daripada kotak tisu, perfume kereta,  atau pelekat yang berlebihan pada cermin hadapan kereta anda. Pergerakan objek-objek tersebut sedikit-sebanyak boleh mengganggu penglihatan anda ketika memandu. 

    Sila pastikan semua cermin kereta anda, termasuk cermin hadapan juga bersih. Seeloknya, simpan beberapa bahan alatan mencuci cermin seperti kain microfiber di dalam kereta untuk mengelap cermin anda dengan cepat jika perlu. 

    Bersihkan lampu depan

    Jaga lampu depan untuk tingkatkan penglihatan ketika memandu

    Jika anda perasan, kebanyakan lampu kereta lama akan menjadi kusam dan pudar dari semasa ke semasa. Ini mungkin disebabkan oleh sinaran UV matahari yang merosakkan lampu depan, menjadikan ia kuning.

    Lampu depan yang kuning serta pudar seterusnya akan menjejaskan tahap pencahayaan kereta anda. Kawasan dengan lampu yang sedikit boleh menyebabkan kemalangan maut, terutamanya jika tahap penglihatan anda kurang.

    Jadi, sila beri perhatian kepada lampu depan anda untuk keselamatan ketika memandu.

    Jaga jarak anda dengan kenderaan lain

    Jaga jarak dengan kenderaan lain

    Sila pastikan jarak yang mencukupi antara kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan. Anda tidak akan tahu apa yang mungkin berlaku. Bagaimana jika kenderaan di hadapan menekan brek secara tiba-tiba?

    Gunakan peraturan 3 saat untuk kekal selamat dan membantu mengelak sebarang  kemalangan yang mungkin berlaku di hadapan.

    Penglihatan jelas membantu menjamin keselamatan anda

    Keselamatan anda di jalan raya adalah sangat penting.

    Oleh itu, pastikan anda menjaga penglihatan anda ketika memandu bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku seperti kemalangan jalan raya.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans kereta terbesar di Malaysia yang menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: