Skip to content
Home » 5 Tips Panjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta

5 Tips Panjangkan Jangka Hayat Bateri Kereta

    Untuk pemilik kenderaan, terdapat banyak perkara yang perlu diberikan perhatian dalam memastikan kereta sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan selamat. Selain daripada memfokuskan kepada insurans kereta dan cukai jalan yang sememangnya sangat penting dan perlu diperbaharui setiap tahun, ada satu lagi perkara yang perlu diberikan perhatian terutamanya dalam soal penjagaan kenderaan, iaitu bateri kereta.

    Kereta anda memerlukan bateri untuk menghidupkan enjin. Selain itu, bateri juga memberikan kuasa yang diperlukan untuk penyalaan, lampu elektrik dan aksesori kereta lain. Pendek kata, tanpa kuasa bateri, kenderaan anda tidak akan dapat dihidupkan sama sekali.

    Jangka hayat atau ketahanan bateri bagaimanapun berbeza-beza. Pada kebiasaannya, untuk bateri basah, kering dan EFP, ia boleh bertahan antara 1-1.5 tahun, manakala untuk bateri jenis AGM pula, ia boleh bertahan sehingga 5-6 tahun. Bagaimanapun, tahap ketahanan bateri kenderaan ini tetap bergantung kepada penggunaan dan prestasinya secara keseluruhan.

    Namun, mungkin masih ramai yang beleum tahu berapa lama bateri kenderaan mereka boleh bertahan, jenis bateri kereta yang patut digunakan ataupun cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri mereka sendiri.

    Jadi, di sini kami sertakan sedikit perkongsian berkenaan bateri kereta sebagai rujukan untuk pemilik kereta.

    Jenis-jenis bateri kereta

    Secara umumnya, terdapat tiga jenis bateri yang kebiasaannya digunakan di Malaysia. Antaranya adalah Lead-Acid, Enhanced Flooded Battery (EFB) dan Absorbent Glass Mat (AGM).

    Lead-acid

    Lead-acid battery

    Bateri konvensional seperti bateri lead-acid adalah jenis bateri yang paling biasa digunakan. Bateri jenis ini sesuai untuk kenderaan yang tidak menggunakan teknologi start-stop dan penggunaan bateri sederhana oleh komponen elektrik.

    Enhanced Flooded (EFB)

    EFB battery

    Bateri EFB adalah versi bateri basah yang dioptimumkan dan berprestasi tinggi (jenis asal bateri boleh dicas semula).

    Jenis bateri ini biasanya dipasang pada kenderaan dengan sistem start-stop automatik yang ringkas.

    Disebabkan prestasi yang baik, bateri dengan teknologi EFB ini semakin digunakan sebagai pengganti bateri acid-lead.

    Absorbent Glass Mat (AGM)

    AGM battery

    Bateri AGM mempunyai prestasi yang tinggi dan direka ideal untuk kenderaan dengan sistem automatik start-stop dengan pemulihan tenaga brek.

    Bateri ini juga merupakan pilihan yang tepat untuk kereta dengan penggunaan tenaga yang tinggi dan komponen elektrik yang banyak.

    Kelemahan bateri kereta

    Tiga faktor utama yang menyumbang kepada kerosakan bateri kereta – haba, getaran berlebihan dan pengecasan berlebihan.

    Haba

    Hati hati! Haba berpotensi tinggi untuk merosakkan bateri kerana ia kerana ia meningkatkan kadar penyejatan air daripada sel, walaupun jenis bateri yang tertutup. Ia juga mempercepatkan kakisan, justeru merosakkan struktur dalaman bateri.

    Getaran berlebihan

    Getaran yang berlebihan boleh membunuh bateri, menyebabkan bahagian bateri dalaman cepat rosak. Terlalu banyak getaran boleh memecahkan sambungan dalaman dan plat dengan mudah kerana keadaan bateri yang agak rapuh.

    Elakkan memandu kereta anda di jalan yang tidak rata untuk tempoh yang lama.

    Pengecasan berlebihan

    Pengecasan berlebihan boleh membunuh bateri dengan cepat dengan pemanasan elektrolit, menyebabkan ia mendidih keluar dari sel dan meledingkan plat sel.

    Sebagai contoh, membiarkan lampu kereta terbuka untuk jangka masa yang lama atau membiarkan komponen dicaj dalam kereta sepanjang hari.

    Cara untuk panjangkan jangka hayat bateri kereta

    How to extend the lifespan of car battery

    Jangka hayat bateri kereta anda bergantung kepada cara penjagaan anda. Anda perlulah memeriksa dan menghantar kereta untuk diservis secara berkala untuk mengekalkan kualiti bateri dan tahap prestasinya.

    Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk memanjangkan jangka hayat bateri kereta.

    Mengurangkan pendedahan haba

    Haba yang melampau boleh menjadi merosakkan dan memendekkan jangka hayat bateri kenderaan. Haba tersebut akan meningkatkan kadar penyejatan air yang menyebabkan paras air menurun dari semasa ke semasa. Ini akan menyebabkan kerosakan dalaman pada bateri.

    Justeru, adalah lebih baik sekiranya anda cuba elakkan pendedahan cahaya matahari secara langsung untuk memperbaiki jangka hayat bateri kereta anda.

    Kami sarankan anda untuk meletakkan kereta di kawasan yang terlindung ataupun di bawah bumbung. Ini juga dapat melindungi cat kereta anda daripada luntur.

    Elakkan jarak pemanduan dekat

    Pemanduan jarak singkat sememangnya boleh memendekkan jangka hayat bateri anda.

    Bateri tidak dapat mencapai pengecasan yang maksimum apabila anda kerap memandu pada jarak yang pendek. Enjin motor anda mungkin tidak mencapai suhu operasi optimumnya. Maka, akan berlaku kekurangan haba yang akan boleh menghalang minyak enjin anda daripada mendapat kelikatan yang ideal untuk melincirkan komponen enjin.

    Kereta anda sepatutnya memerlukan masa yang lama untuk dicas secukupnya. Kami sarankan anda bawa kereta anda untuk dipandu untuk jarak yang jauh. Kebiasaannya, enjin kereta mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk mencapai pengecasan yang ideal.

    Kurangkan penggunaan kuasa ketika enjin dimatikan

    Jangan gunakan komponen elektronik seperti penghawa dingin, lampu dan radio semasa enjin kereta dimatikan. Ia hanya akan menyebabkan kuasa bateri kereta berkurangan dan memendekkan jangka hayat.

    Ia boleh melemahkan bateri anda jika anda menghidupkan lampu atau sistem infotainment berjalan tanpa menghidupkan enjin. Ini kerana alternator kereta anda dimatikan apabila enjin dimatikan. Oleh itu, penggunaan aksesori elektronik kereta apabila enjin anda dimatikan boleh menghabiskan bateri kereta anda.

    Justeru itu, pastikan semua komponen eletronik ditutup terlebih dahulu sebelum anda keluar daripada kereta. Jangan lupa untuk mengunci kereta sebelum anda meninggalkan kereta anda. Ini bukan sahaja untuk tujuan keselamatan, tetapi sistem komputer kereta anda mungkin masih berjalan jika kereta tidak berkunci, yang boleh menghabiskan bateri kereta anda tanpa anda sedari.

    Pastikan bateri kereta sentiasa bersih

    pastikan bateri kereta sentiasa bersih

    Penting untuk anda pastikan agar bahagian atas bateri kereta anda sentiasa bersih, kering dan bebas daripada kotoran. Bateri yang kotor boleh menyahcas ke seluruh kotoran di atas selongsong, menyebabkan litar pintas ringan yang boleh merosakkan bateri.

    Terminal bateri kereta anda juga akan terhakis dari semasa ke semasa. Hakisan adalah apabila serbuk putih terbentuk di sekeliling nod atau pengapit bateri tersebut. Ia boleh melemahkan bateri dan memendekkan jangka hayatnya.

    Maka, penjagaan bahagian atas bateri yang rapi dan bersih adalah cara terbaik untuk memanjangkan jangka hayat bateri anda.

    Apa yang anda boleh lakukan? Bersihkan pengapit dengan soda serbuk penaik, air dan berus bukan logam. Kemudian semburkan dengan air sejuk, bilas campuran dan keringkan menggunakan kain bersih.

    Jangan biarkan kereta anda tidak digunakan terlalu lama

    Jangan biarkan kereta tidak digunakan terlalu lama bagi mengelakkan bateri kereta mudah rosak

    Prestasi kereta anda akan meningkat apabila ia digunakan dengan kerap. Oleh itu, pastikan anda mengaktifkan enjin kereta anda sekurang-kurangnya selama 30 minit, sekali dalam seminggu, untuk memanaskan enjin dan memastikan pengedaran cecair kereta anda berjalan.

    Jika kereta anda tidak aktif selama beberapa hari pada satu masa, bateri tidak akan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengecas semula.

    Sentiasa pantau bateri kenderaan anda

    Penggunaan cas bateri yang optimum dapat memastikan pemanduan yang lebih lancar dan membantu bateri kereta anda tahan lebih lama.

    Jaga bateri kenderaan anda secara berkala untuk memastikan ia sentiasa berfungsi secara baik, selain membantu anda untuk mendapatkan harga jualan kereta anda dengan lebih menguntungkan sekiranya anda mempunyai niat untuk menjual kereta anda pada masa akan datang.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: