Skip to content
Home » Rutin Penyelenggaraan Kereta: Ini yang Patut Dilakukan Setiap Pemandu

Rutin Penyelenggaraan Kereta: Ini yang Patut Dilakukan Setiap Pemandu

    Rutin penyelenggaraan kereta

    Melakukan penyelenggaraan kereta dengan kerap adalah penting bagi memastikan prestasi kereta anda berada pada tahap yang optimum. Malah lebih utama, ia memastikan anda boleh memandu kereta dengan selamat. Selain itu, tiada siapa mahu kereta mereka rosak di atas jalan raya, yang mana ia mungkin berlaku jika pemilik kereta gagal menyelenggara kereta mereka dengan betul pada waktu yang sepatutnya.

    Jadi untuk memastikan anda sentiasa melakukan rutin penyelenggaraan yang betul, Bjak kongsikan kepada anda mengenai pemeriksaan kereta untuk jangka pendek, jangka panjang dan bermusim (bertempoh) yang perlu anda ikuti.

    Penyelenggaraan kereta jangka pendek

    Pemeriksaan jangka pendek biasanya boleh dilakukan serta-merta sebulan sekali atau sebelum melakukan perjalanan jarak jauh. Berikut adalah antara pemeriksaan yang boleh anda lakukan sendiri.

    Periksa paras minyak & coolant

    Periksa kedua-dua paras minyak (minyak enjin atau minyak gear) dan paras coolant kereta anda. Pastikan cecairnya berada pada tahap yang disyorkan terutamanya sebelum anda melakukan perjalanan jarak jauh.


    Minyak dan coolant yang tidak mencukupi boleh merosakkan enjin anda atau menyebabkan sebarang kerosakan yang tidak dijangka ketika perjalanan.

    Periksa paras minyak & coolant

    Penapis udara (air filter)

    Penapis udara membantu mengawal udara yang mengalir ke dalam enjin dan menghalang serpihan seperti habuk, debu dan lain-lain daripada tergelincir masuk ke enjin. Penapis udara yang baik membantu memanjangkan jangka hayat enjin anda, meningkatkan kecekapan bahan api dan mengurangkan pelepasan asap dari ekzos.

    Anda boleh memeriksa dan membersihkan penapis udara kereta anda sendiri dengan mudah di rumah. Ikuti langkah mudah ini untuk mencuci penapis udara kereta anda:

    1. Matikan enjin anda sebelum mengeluarkan penapis udara

    2. ‘Gerakkannya’ di dalam baldi yang mengandungi air dan cecair pencuci

    3. Bilas sehingga bersih

    4. Pastikan penapis benar-benar kering sebelum memasangnya semula untuk mengelakkan kerosakan pada enjin kereta anda

    Rujuk manual anda jika anda tidak pasti tentang prosesnya.

    Penapis udara

    Tekanan tayar

    Tayar dengan tekanan yang tidak betul boleh menyebabkan mileage gas lebih rendah dan memberi kesan kepada pengendalian kereta anda. Ia juga mengurangkan daya cengkaman tayar pada permukaan jalan. Ini boleh mengakibatkan letupan, yang mana adalah sangat merbahaya. Oleh itu, adalah penting untuk memeriksa tekanan tayar kereta anda sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

    Bagaimana anda memeriksa  tekanan tayar kereta anda? Anda akan tahu bahawa tekanan tayar berada pada tahap yang rendah jika tayar terasa lembut dan licin. Jika tayar terasa keras sehingga anda tidak dapat menolaknya sama sekali, maka ia terlalu kembung (terlebih tekanan).

    Pastikan tekanan tayar berada pada tahap yang sepatutnya

    Lampu depan, lampu signal, brek & lampu parking

    Lampu kereta anda seperti lampu depan, lampu singal, lampu brek dan lampu parking membantu anda untuk kekal selamat, meningkatkan tahap penglihatan dan membantu ‘menyedarkan’ pengguna jalan raya lain terhadap pergerakan kereta anda. Jika mana-mana lampu kereta ini tidak berfungsi, ia boleh menyebabkan kemalangan yang serius.

    Oleh itu, adalah penting untuk anda memastikan mentol berfungsi dalam keadaan baik. Sila periksanya sekurang-kurangnya sekali sebulan.

    Periksa semua lampu yang ada pada kereta

    Minyak & penapis minyak

    Minyak enjin dalam kenderaan anda berfungsi untuk melincirkan banyak bahagian yang bergerak pada enjin kereta anda, yang sentiasa bergeseran. Ia membantu mengelakkan kerosakan, menghalang hakisan dan memastikan enjin anda berjalan lancar.

    Walau bagaimanapun, minyak boleh tercemar dari masa ke semasa, menjadi lebih gelap dan lebih pekat. Perubahan pada warna minyak mungkin menghalangnya daripada berfungsi seperti yang sepatutnya. Ia boleh membahayakan kereta anda dengan berlaku kerosakan pada bahagian enjin serta mengurangkan kecekapan bahan api.

    Oleh itu, pastikan anda menukar minyak mengikut manual kereta anda. Anda disyorkan untuk menukar kedua-dua minyak dan penapis minyak setiap 6 bulan atau 10,000 kilometer. Walau bagaimanapun, ia bergantung pada kereta anda dan jenis minyak yang anda gunakan.

    Minyak enjin berfungsi untuk melincirkan banyak bahagian yang bergerak pada enjin kereta

    Wax kereta

    Kekerapan melakukan wax pada kereta anda boleh menghasilkan kemasan permukaan yang berkilat dan membantu mengekalkan lapisan jernih (clear coat) pada cat kereta anda. Clear coat melindungi cat daripada menghakis, termasuk akibat hujan, sinaran ultraungu, najis burung, getah pokok, dan bahan tercemar lain.

    Ia biasanya bertahan antara 4 minggu hingga 5 bulan bergantung pada jenis wax, kualiti produk dan faktor lain yang mempengaruhi jangka hayat wax kereta anda.

    Wax kereta untuk memastikan kereta kekal berkilat

    Penyelenggaraan jangka panjang

    Penyelenggaraan jangka panjang biasanya dilakukan setiap 30,000 kilometer atau sekali setahun, bergantung kepada prestasi dan keadaan kereta.

    Cecair transmisi

    Cecair transmisi melincirkan bahagian dalaman enjin kereta anda dan menghilangkan haba. Jika cecair transmisi rendah, kereta anda tidak akan menghasilkan tekanan hidraulik sebanyak mungkin, sekali gus menyebabkan gear tergelincir. Ini akan menyebabkan haus dan lusuh pada clutch dan bahagian lain transmisi kereta anda.

    Jika anda mendengar sebarang bunyi ketukan atau bunyi-bunyi aneh, ini mungkin bermakna terdapat masalah pada cecair transmisi kereta anda. Anda dinasihatkan untuk memeriksa cecair transmisi kereta anda apabila diperlukan bagi mengelakkan kerosakan pada transmisi atau melakukan penggantian.

    Periksa cecair transmisi kereta apabila diperlukan bagi mengelakkan kerosakan pada transmisi

    Cecair transfer case

    Ambil perhatian bahawa cecair transfer case hanya terpakai untuk kereta pacuan 4 roda. Cecair transfer case mengalihkan kuasa daripada transmisi ke gandar (axle). Anda perlu memeriksa cecair transfer case kereta anda mengikut ketetapan atau saranan pengeluar kenderaan bagi memastikan ia diisi dengan betul dan bebas kebocoran.

    Cecair transfer case hanya terpakai untuk kereta pacuan 4 roda

    Cecair coolant

    Cecair penyejuk (coolant) kereta, yang biasanya dirujuk sebagai antibeku secara amnya merupakan campuran setengah-setengah glikol dan air yang melindungi enjin daripada terlalu panas (overheating). Jika sistem coolant kereta anda berfungsi dengan baik, ia akan mengurangkan haba yang dihasilkan oleh enjin dengan berkesan dan memastikan semuanya berfungsi dengan baik dan lancar.

    Tanpa penyelenggaraan pada bahagian coolant, sistem penyejukan mungkin tidak dapat berfungsi seperti yang sepatutnya. Akibatnya, enjin kereta anda akan menjadi terlalu panas yang boleh menyebabkan kerosakan serius dan kadangkala kerosakan kekal pada enjin kereta anda seperti cylinder head melengkung, gasket terputus, atau kegagalan enjin.

    Jika sistem coolant kereta anda berfungsi dengan baik, ia akan mengurangkan haba yang dihasilkan oleh enjin

    Tali pinggang serpentin (serpentine belt)

    Tali pinggang serpentin, juga dikenali sebagai tali pinggang pemacu, adalah penting untuk memastikan kereta anda berjalan dengan menghidupkan peranti persisian seperti alternator, pam stereng kuasa dan pemampat penghawa dingin kereta anda. Jika tali pinggang serpentin ini sudah haus, ia akan menyebabkan bunyi berdetik atau berderit, prestasi enjin lemah dan terlalu panas.

    Periksa tali pinggang serpentin untuk memastikan ia bebas daripada keretakan atau haus dan lusuh. Pastikan untuk menggantikannya berdasarkan cadangan pengeluar kereta anda.

    Periksa tali pinggang serpentin untuk memastikan ia bebas daripada keretakan atau haus dan lusuh.

    Shocks absorber & struts

    Kedua-dua shocks dan struts kereta anda membantu menstabilkan kereta anda dan memastikan pergerakan tayar sentiasa bersentuhan dengan permukaan jalan. 

    Adalah berisiko untuk memandu jauh dengan shocks & struts yang teruk kerana kestabilan kereta anda akan terjejas. Anda akan mengalami masalah pengendalian, stereng goyah dan cengkaman yang lemah.

    Adalah berisiko untuk memandu jauh dengan shocks & struts yang teruk

    Spark plug

    Spark plug diperlukan untuk menghidupkan enjin kereta anda. Jika spark plug anda tidak berfungsi dengan baik, enjin kereta anda akan kehilangan kuasa dan tidak akan berfungsi pada tahap yang optimum. Oleh itu, sila pastikan anda mengetahui keadaan dan bilakah masa yang sesuai untuk menggantikan spark plug kereta anda.

    Walaupun saiznya kecil, ia bertahan agak lama dan tidak perlu ditukar dengan terlalu kerap. Setiap kenderaan mungkin berbeza pada bila spark plug harus diganti. Ambil perhatian bahawa spark plug kereta anda mungkin memerlukan penggantian jika anda melihat perubahan ini semasa memandu:

    – Kenderaan terasa berat dan lembap

    – Sukar untuk menghidupkan enjin terutamanya pada waktu pagi

    – Pembakaran enjin tidak sekata

    – Penggunaan bahan api yang berlebihan

    – Enjin tidak stabil dan bergegar

    Enjin tidak akan berfungsi pada tahap yang optimum jika spark plug rosak

    Penyelenggaraan kereta bermusim

    Penyelenggaraan bermusim merujuk kepada penyelenggaraan yang dilakukan bergantung kepada keadaan. Biasanya setiap 6 bulan atau setahun sekali.

    Wipers cermin hadapan

    Wiper cermin depan kereta anda diperbuat daripada getah, jadi ia akan haus secara semula jadi selepas beberapa bulan mengelap air hujan dan habuk dari cermin depan kereta anda. Gantikannya kira-kira sekali setiap tahun, atau apabila keberkesanannya terjejas.

    Tukar wiper sekurang-kurangnya setahun sekali

    Bateri kereta

    Jika kuasa bateri kereta anda lemah, maka enjin tidak akan mempunyai sokongan yang diperlukan untuk menghidupkan kenderaan. Ini akan menyebabkan kerosakan yang seterusnya boleh membuatkan anda terkandas ketika sedang memandu.

    Suhu yang melampau menjejaskan prestasi bateri jadi dengan melakukan ujian bateri dengan kerap, ia akan membantu memastikan prestasi bateri kereta anda. Pastikan anda melakukan pemeriksaan pada bateri apabila menghantar kereta untuk diservis.

    Suhu yang melampau menjejaskan prestasi bateri

    Buat penyelenggaraan kereta secara berkala

    Selain daripada meningkatkan keselamatan, kereta anda juga akan menunjukkan prestasi yang lebih baik jika anda kerap menjalankan penyelenggaraan. Jadualkan pemeriksaan kereta jangka pendek, jangka panjang dan bermusim seperti yang telah kami kongsikan dalam artikel ini.

    Kerosakan kereta mungkin akan berlaku jika kereta anda tidak dijaga dengan baik, jadi pastikan kereta anda sentiasa diselenggara. Tetapi jika kereta anda rosak, sila bertenang. Alihkan kereta anda ke lorong yang lebih selamat dan hubungi talian hotline insurans anda untuk mendapatkan bantuan seperti khidmat tunda kereta jika perlu.

    Selain daripada menjalankan penyelenggaraan kereta, anda juga mesti memastikan insurans kereta anda aktif sepanjang masa. Hanya gunakan Bjak untuk bandingkan sehingga 15 jenama insurans dan perbaharui insurans kereta anda secara dalam talian dalam masa 5 minit sahaja. Mulakan dengan mendapatkan sebut harga insurans kereta percuma di Bjak hari ini.