Skip to content
Home » 5 Sebab Anda Patut Pertimbangkan Beli Insurans Perjalanan Tahunan

5 Sebab Anda Patut Pertimbangkan Beli Insurans Perjalanan Tahunan

    insurans perjalanan tahunan

    Melancong memang menyeronokkan, namun ada juga risikonya yang mungkin anda perlu hadapi! Jadi, bagi mengelakkan anda perlu menanggung risikonya sendiri, disebabkan itulah anda mendapatkan insurans perjalanan sebelum memulakan percutian khususnya ke luar negara. 

    Sebenarnya kos untuk membeli insurans perjalanan ini tidaklah mahal seperti yang disangka. Hanya dari serendah RM50 pun, anda sudah boleh mendapatkan satu travel insurance plan untuk anda. Bahkan jika anda membeli insurans perjalanan tahunan, ia sudah cukup untuk melindungi anda sepanjang percutian-percutian anda pada tahun ini.

    Jom kami kongsikan 5 sebab mengapa anda perlu pertimbangkan untuk beli insurans perjalanan tahunan buat diri anda.

    Tahu dulu maksud insurans perjalanan tahunan

    Sebenarnya, apabila ingin memilih polisi insurans perjalanan, anda mempunyai dua pilihan iaitu untuk membeli insurans perjalanan tahunan (annual trip) atau perjalanan tunggal (single trip).

    Insurans annual trip akan melindungi pelbagai perjalanan anda selama setahun dari tarikh polisi bermula. Bermakna, pelan ini akan melindungi mana-mana perjalanan anda sepanjang tahun itu, sama ada atas urusan perniagaan atau peribadi, sehingga tempoh maksimum tertentu untuk setiap perjalanan.

    Berbeza dengan insurans perjalanan tunggal pula, polisi ini hanya akan melindungi anda untuk percutian sekali sahaja. Bermakna, tempoh perlindungan akan tamat sebaik sahaja anda sampai ke rumah anda. 

    Mengapa beli insurans perjalanan tahunan?

    Tanpa berlengah lagi, jom kami kongsikan kepada anda mengapa perlu pertimbangakn untuk beli pelan annual trip:

    Melanconglah tanpa sebarang kerisauan

    Perancangan untuk pergi bercuti boleh memakan masa yang agak lama. Lebih-lebih lagi jika anda baru mencuba atau berjinak-jinak untuk pergi bercuti ke luar negara. 

    Jadi dengan adanya annual trip insurance, anda hanya perlu beli atau dapatkannya sekali sahaja. Selepas ini, apabila anda ingin bercuti lagi dalam tempoh terdekat anda tidak perlu lagi mendapatkan travel insurance ini dan sedikit sebanyak boleh menjimatkan masa dan wang anda.

    Insurans perjalanan tahunan akan melindungi anda untuk semua perjalanan yang tertakluk kepada had hari yang ditetapkan. Jadi, jika selepas ini anda tiba-tiba nak pergi bercuti sekalipun tak mengapa. Insurans dah ada untuk lindungi percutian anda!

    Boleh ubah suai pelan ikut keperluan anda

    Polisi insurans perjalanan tahunan biasanya akan memenuhi keperluan ramai individu. Manfaat yang ditawarkan oleh syarikat insurans juga banyak dan menarik. Bahkan jumlah perlindungannya juga agak memuaskan. 

    Setiap orang mempunyai gaya percutian yang berbeza-beza. Anda hanya perlu bandingkan sahaja pelbagai pelan yang ada dan lihat mana satu pelan insurans perjalanan yang  memenuhi keperluan anda. 

    Jangan risau. Kebanyakan insurans perjalanan tahunan menawarkan perlindungan atau khidmat pelanggan 24 jam kepada pemegang polisi mereka. Bahkan perlindungan untuk kehilangan bagasi, kehilangan dokumen, pembatalan penerbangan dan lain-lain juga biasanya ditawarkan. Jadi, jangan lupa banding dan pilih ikut kesesuaian anda ya!.

    Menjimatkan wang

    Beli insurans annual trip ini sebenarnya akan mampu menjimatkan wang anda, lebih-lebih lagi jika anda merancang untuk pergi bercuti beberapa kali dalam tempoh setahun. 

    Berbanding mendapatkan insurans perjalanan tunggal yang hanya akan melindungi anda untuk satu kali percutian sahaja, memilih insurans perjalanan tahunan adalah lebih baik dan menguntungkan. Andai kata berlaku musibah kepada anda ketika sedang bercuti contohnya cedera teruk sehingga perlu mendapatkan rawatan hospital, biarkan insurans perjalanan tahunan yang bantu anda tanggung kosnya.

    Pilihan tepat untuk anda yang kerap bercuti

    Dengan pelan annual trip, anda tidak lagi perlu mencari dan mendapatkan travel insurance lain bagi percutian berikutnya. Insurans perjalanan tahunan yang anda telah beli ini akan bantu melindungi diri anda untuk percutian lain sepanjang polisi aktif. 

    Disebabkan itulah ia sangat menguntungkan lebih-lebih lagi buat mereka yang kerap bercuti. Nak pilih insurans pun agak memakan masa. Jadi dengan adanya insurans tahunan, anda hanya perlu beli sekali sahaja, dan kemudian bercutilah dengan tenang selepas ini!

    Menenangkan minda

    Sudah pasti, pembelian insurans annual trip akan bantu untuk membuatkan percutian anda terasa lebih tenang dan selamat. Dari kehilangan bagasi sehinggalah kepada kos rawatan hospital, pelan insurans ini akan membantu melindungi selagi mana polisi anda masih aktif dan belum mencapai jumlah had perlindungan yang ditetapkan. 

    Jadi tunggu apa lagi? Jangan pergi bercuti tanpa melindungi diri anda terlebih dahulu! Dapatkan pelan insurans perjalanan terbaik buat diri anda sekarang. Nak rasa lebih mudah beli insurans? Gunakan sahaja Bjak. Ada 10 jenama insurans untuk anda bandingkan sekaligus dan pilihlah satu insurans perjalanan tahunan yang sesuai mengikut keperluan anda.


    Bjak merupakan platform perbandingan insurans terbesar di Malaysia dan telah dipercayai lebih 3 juta pengguna. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan beli insurans anda ikut keperluan dan bajet.

    Baca juga: