Skip to content
Home » Warranty Kereta: 6 Perkara Yang Menyebabkan Ia Boleh Terbatal

Warranty Kereta: 6 Perkara Yang Menyebabkan Ia Boleh Terbatal

    warranty kereta

    Salah satu kelebihan apabila membeli kereta baru adalah anda boleh mendapatkan jaminan pengeluar (warranty) sehingga tempoh 5 tahun daripada tarikh ia mula didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

    Namun begitu, dalam memastikan kenderaan anda boleh berada dalam tempoh warranty sepanjang 5 tahun tersebut, anda sebagai pengguna dan pemilik kenderaan tidak boleh melanggar syarat-syarat penggunaan yang telah ditetapkan. 

    Justeru, pada artikel ini, Bjak akan kongsikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan warranty kereta anda terbatal agar anda boleh elak daripada melakukannya di masa hadapan.

    Kereta diubah suai untuk kepantasan

    Jika kereta anda telah diubah suai untuk melakukan ujian had laju dan kepantasan serta digunakan untuk tujuan berlumba, maka warranty kenderaan anda boleh dan akan terbatal. 

    Ubah suai tersebut termasuklah pada komponen enjin, transmisi, sistem penyerap hentak, spring atau sebarang komponen asal yang telah ditukar kepada komponen lain bagi meningkatkan prestasi kenderaan di luar parameter yang ditetapkan oleh pengeluar.

    Tukar rim tayar kereta

    tukar rim tayar boleh menyebabkan warranty kereta terbatal

    Warranty kereta anda berisiko besar untuk terbatal sebaik sahaja anda menukar rim tayar yang lebih besar berbanding daripada apa yang telah dikeluarkan oleh pengeluar kereta.

    Apabila saiz rim bertambah, saiz tayar juga akan menjadi besar dan seterusnya menjejaskan diameter keseluruhan tayar. Keadaan ini akan memberi beban pada driveshaft, sistem transmisi, brek dan sistem gantungan.

    Rendah/ tinggikan kereta

    Sesetengah jenama pengeluar kereta mungkin akan membatalkan warranty kenderaan anda apabila anda merendahkan kereta anda dengan mengubahsuai sistem gantungan (spring dan penyerap hentak) ataupun meninggikan kenderaan (untuk pickup truck).

    Jadi, sila elak daripada berbuat demikian selagi kenderaan anda masih berada dalam warranty bagi mengurangkan kerugian jika berlaku kerosakan nanti.

    Terdedah kepada bencana alam

    Sekiranya kereta anda terdedah dengan bencana alam seperti tanah runtuh, banjir, ribu dan lain-lain (lazimnya banjir jika di Malaysia), maka warranty kenderaan anda juga mungkin akan terbatal dalam tempoh 5 tahun itu. Ini kerana kos untuk pembaikan kereta akibat bencana alam biasanya menelan belanja yang besar.

    Melainkan jika kereta anda ada perlindungan peril khas, jadi mungkin kereta anda masih layak berada dalam warranty. Jadi jangan lupa add-on perlindungan peril khas (bencana alam) ketika anda renew insurans ya!

    Tidak servis di bawah bengkel panel/ pusat servis yang diiktiraf

    pastikan kenderaan dihantar ke pusat servis yang sah

    Kegagalan anda untuk menghantar kenderaan di bengkel panel atau pusat servis yang telah ditetapkan boleh menyebabkan warranty anda terbatal. Ini kerana bengkel tersebut mungkin telah menggunakan alat gantian yang bukan original ataupun yang diiktiraf ketika servis kereta anda.

    Jadi, sila pastikan dalam tempoh lima tahun kereta anda hanya dihantar ke pusat servis yang sah untuk pembaikan atau penyelenggaraan ya.

    Tidak servis kereta ikut jadual yang ditetapkan

    Untuk makluman anda, setiap kereta baru wajib untuk diselenggara/ sevis mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengeluar.

    Biasanya, setiap pengeluar menetapkan spesifikasi servis mengikut jenama masing-masing. Contohnya ada jenama pengeluar kereta yang menetapkan kenderaan mereka diservis pada 1,000km, 5,000km, 10,000km, 20,000km, 30,000km dan seterusnya. Jadi, sila pastikan kereta anda dihantar ke pusat servis mengikut tempoh yang sepatutnya ya!

    Elak lakukan ubah suai yang tidak penting

    Pastikan anda mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan elak daripada melakukan perkara yang dilarang agar kereta anda boleh berada di bawah jaminan pengeluar dalam tempoh 5 tahun selepas beli kenderaan baru.

    Jaga kereta anda sebaiknya, elak lakukan ubah suai yang tidak perlu dan pandulah kenderaan anda dengan selamat sepanjang masa!

    Dalam pada itu, anda diingatkan untuk sentiasa memastikan kenderaan anda dilindungi insurans ya. Jika sudah hampir tamat tempoh, anda boleh segera renew insurans dan roadtax anda sekaligus di Bjak. Dapatkan satu pelan terbaik yang memenuhi keperluan anda!


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: