Skip to content
Home » Terlibat Kemalangan – Kenapa Anda Kena Hantar Kereta Ke Bengkel Panel?

Terlibat Kemalangan – Kenapa Anda Kena Hantar Kereta Ke Bengkel Panel?

    bengkel panel insurans

    Selepas terbabit dalam kemalangan, banyak perkara yang perlu anda fikirkan termasuklah di mana anda perlu hantar kereta anda untuk dibaiki. Pemilihan bengkel yang tepat sangat penting bagi memastikan kereta anda dibaiki dengan sebaiknya dan mengelakkan sebarang masalah pada kereta pada masa akan datang. Disebabkan itu, anda sangat disarankan untuk menghantar kereta ke bengkel panel insurans.

    Kenapa perlu hantar kereta ke bengkel panel? Apakah kebaikannya? Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenainya menerusi artikel ini.

    Apakah itu bengkel panel?

    Bengkel panel merujuk kepada bengkel membaiki kenderaan yang diberi kuasa oleh insurans untuk membaiki kenderaan yang diinsuranskan oleh insurans tersebut. 

    Contohnya mudah. Anda telah membeli pelan insurans komprehensif daripada Etiqa. Selepas terbabit kemalangan, tidak kiralah berpunca daripada anda atau bukan, maka kereta anda perlu dihantar ke bengkel panel di bawah syarikat Etiqa berkenaan.

    Penting untuk anda tahu, tidak semua bengkel membaiki kenderaan adalah bengkel panel. Bengkel panel insurans perlu mendapatkan kelulusan daripada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) terlebih dahulu. PIAM kemudiannya akan meluluskan bengkel panel insurans melalui “PIAM Approved Repairers Scheme (PARS).” 

    Setakat Oktober 2021, PIAM telah meluluskan sebanyak 675 bengkel PARS yang beroperasi di seluruh negara. Anda boleh semak senarai bengkel panel insurans mengikut negeri melalui laman web PIAM.

    3 Sebab anda perlu hantar kereta ke bengkel panel

    Untuk membuat tuntutan insurans

    Anda hanya boleh membuat tuntutan insurans sekiranya kereta anda dihantar ke bengkel panel untuk dibaiki. Bengkel panel sudah biasa mengendalikan proses tuntutan dan sering mengemukakan tuntutan melalui sistem dalam talian yang dikenali sebagai Merimen. Merimen bertindak sebagai platform untuk bertukar maklumat dalam talian sesama industri insurans. Oleh itu, tuntutan anda boleh dikendalikan dengan cara paling berkesan dan cekap oleh bengkel panel.

    Untuk menerima kualiti servis terbaik

    Seperti yang dinyatakan di atas tadi, setiap bengkel panel perlu mendapatkan kelulusan daripada PIAM terlebih dahulu. Kelulusan ini sangat penting bagi meningkatkan standard perkhidmatan, kualiti serta profesionalisme bengkel-bengkel yang membaiki kenderaan-kenderaan akibat kemalangan.

    Untuk mendapatkan kelulusan daripada PIAM tidak mudah. Bengkel berkenaan perlu memenuhi kriteria tertentu yang telah ditetapkan oleh PIAM dan lulus pemeriksaan setiap tahun.

    Secara tidak langsung, ini bermakna anda bakal mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti apabila menghantar kereta ke bengkel panel. Anda juga akan terhindar daripada masalah penipuan atau scam daripada pihak bengkel. Selain itu, pihak insurans juga boleh menghantar adjuster ke bengkel panel untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kereta anda jika perlu.

    Warranty 6 bulan

    Menariknya, anda boleh mendapatkan warranty selama 6 bulan apabila menghantar kereta ke bengkel panel untuk dibaiki. Jika terdapat sebarang masalah sepanjang tempoh itu, pergi sahaja ke bengkel tersebut untuk periksa kereta anda dan dapatkan penggantian atau pembaikan jika perlu daripada pihak bengkel.

    Jangan risau, anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos. Ia adalah hak anda, yang dilindungi oleh PIAM dan juga insurans anda. 


    Bjak menyediakan 15 syarikat insurans untuk pengguna lakukan perbandingan sebelum memperbaharui insurans. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak hari ini dan renew insurans kereta atau motosikal anda dengan mudah dan pantas.

    Baca juga: