Faktor utama dalam menentukan kadar cukai jalan JPJ untuk kereta mahupun motosikal adalah berdasarkan kapasiti enjin (cc) kenderaan dan juga lokasi geografi pemiliknya – sama ada tinggal di kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak.
Meskipun cara kiraan roadtax untuk kereta dan motosikal adalah sama, namun harga yang dikenakan pastinya berbeza yang mana harga roadtax untuk kereta adalah jauh lebih mahal berbanding harga roadtax motosikal.
Namun begitu, anda sebagai pemilik kenderaan tidak perlu bimbang kerana biasanya harga roadtax untuk kedua-dua jenis kenderaan (motor dan kereta) adalah lebih murah berbanding harga insurans kenderaan yang perlu anda bayar pada setiap tahun. Bahkan harga roadtax juga akan sama pada setiap tahun (tidak berubah) selagi anda miliki kenderaan yang sama, dengan kapasiti enjin yang sama.
Kiraan roadtax kereta
Seperti yang dinyatakan di atas, kiraan roadtax kereta ditentukan berdasarkan kapasiti enjinnya dan juga lokasi geografi di mana pemilik kenderaan tersebut tinggal.
Secara amnya, semakin tinggi kapasiti enjin sesebuah kenderaan itu, maka semakin mahallah harga roadtax yang akan dikenakan.
Berikut disertakan beberapa contoh untuk harga roadtax kereta bagi jenama PERODUA yang boleh anda jadikan sebagai rujukan:
Jenis/ Jenama kereta (cc) | Semenanjung Malaysia | Sabah & Sarawak |
Perodua Axia 1.0 | RM20.00 | RM20.00 |
Perodua Viva 1.0 | RM20.00 | RM20.00 |
Perodua Bezza 1.0 | RM20.00 | RM20.00 |
Perodua Myvi 1.3 | RM70.00 | RM56.00 |
Perodua Kembara 1.3 | RM70.00 | RM56.00 |
Perodua Rusa 1.3 | RM70.00 | RM56.00 |
Perodua Alza 1.5 | RM90.00 | RM56.00 |
Perodua Aruz 1.5 | RM90.00 | RM56.00 |
Perodua Myvi 1.5 | RM90.00 | RM72.00 |
Anda boleh rujuk senarai penuh harga roadtax untuk pelbagai jenama kereta menerusi perkongsian yang kami pernah buat sebelum ini: Rujuk tajuk artikel – Senarai Harga Roadtax Kereta Bagi Tahun 2023.
Kiraan roadtax motor
Sama seperti kereta, harga roadtax motor juga ditentukan berdasarkan kapasiti enjinnya dan juga lokasi geografi pemilik motor.
Justeru, berikut dikongsikan harga roadtax motor mengikut cc yang boleh anda rujuk.
Berdasarkan rajah di atas, contohnya jika anda miliki motor dengan kapasiti enjin 2.4 cc, maka harga 2.4cc road tax adalah sebanyak RM50 bagi Semenanjung Malaysia dan RM12 di Sabah dan Sarawak. Jika motor anda miliki kapasiti enjin yang lebih besar, maka makin mahallah harganya, dan sebaliknya jika kapasiti enjinnya lebih kecil, maka lebih rendahlah harga roadtax yang perlu anda bayar.
Pelik mengapa harga roadtax di Semananjung lebih mahal berbanding di Sabah dan Sarawak? Ini penjelasannya:
Antara faktor utama yang diambil kira adalah keadaan geografi, jarak perjalanan yang lebih panjang dan kemudahan jalan raya serta infrastruktur yang kurang maju di Sabah dan Sarawak.
Biasanya, keadaan jalan di Sabah dan Sarawak tidak sesuai dilalui kenderaan berkapasiti enjin yang kecil. Kenderaan dengan kapasiti enjin kecil terhad digunakan di kawasan bandar dan pinggir bandar sahaja. Disebabkan itulah jika anda perasan, kebanyakan jenis kenderaan yang digunakan di dua negeri tersebut adalah jenis 4×4 yang mana memiliki kapasiti enjin yang lebih tinggi dan besar.
Dengan ini, adalah lebih adil bagi JPJ untuk melaksanakan dasar cukai jalan yang lebih murah di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan beban rakyat di negeri berkenaan.
Semoga penjelasan ini membantu anda!
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: