Insurans kereta adalah satu bentuk perlindungan kewangan yang diwajibkan bagi pemilik kenderaan di Malaysia. Ia bertujuan untuk memberikan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan yang mungkin dialami oleh kenderaan anda akibat pelbagai risiko seperti kemalangan, kebakaran, kecurian, dan bencana alam. Selain itu, insurans kereta juga melindungi pemilik kenderaan daripada tuntutan pihak ketiga sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan kecederaan atau kerosakan harta benda.
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis insurans kereta yang boleh dipilih berdasarkan keperluan dan bajet individu, termasuk insurans pihak ketiga, insurans komprehensif, dan insurans pihak ketiga kebakaran dan kecurian. Setiap jenis insurans ini menawarkan tahap perlindungan yang berbeza, dan pemilihan yang tepat boleh membantu memastikan anda dilindungi dengan baik dari segi kewangan.
Bagi anda yang sedang mencari dan nak cuba guna insurans kereta baharu, artikel ini adalah untuk anda. Ini kerana, kami akan menjelaskan berkenaan insurans kereta yang ditawarkan oleh Pacific Insurance. Teruskan membaca untuk mengetahuinya.
Polisi yang ditawarkan oleh Pacific Insurance
Polisi insuran kereta yang disediakan ini menawarkan perlindungan berdasarkan pilihan yang dipilih di bawah:
Perlindungan komprehensif
- Liabiliti kepada pihak ketiga untuk kecederaan, kematian, dan kehilangan atau kerosakan harta benda
- Kehilangan atau kerosakan pada kereta sendiri akibat kebakaran atau kecurian yang tidak disengajakan
- Kehilangan atau kerosakan pada kereta sendiri akibat kemalangan
Pihak Ketiga, Perlindungan Kebakaran dan Kecurian
- Liabiliti kepada pihak ketiga untuk kecederaan, kematian, dan kehilangan atau kerosakan harta benda
- Kehilangan atau kerosakan pada kereta sendiri akibat kebakaran atau kecurian yang tidak disengajakan
Perlindungan pihak ketiga
- Liabiliti kepada pihak ketiga untuk kecederaan, kematian, dan kehilangan atau kerosakan harta benda
Manfaat lain
Berikut adalah manfaat pilihan yang boleh anda tambah dalam polisi insuran kereta anda:
- Perlindungan untuk Cermin Depan / Belakang, Tingkap dan Bumbung Matahari (hanya
- Liabiliti Penumpang di sisi Undang-undang kerana Perbuatan Cuai;
- Liabiliti dari segi Undang-undang terhadap Penumpang;
- Perlindungan Tambahan Bencana Khas (hanya dibenarkan untuk perlindungan komprehensif);
- Pemandu Dinamakan Tambahan (hanya dibenarkan untuk perlindungan Komprehensif);
- Pengendorsan Perkhidmatan Tunda Tanpa Had Tambahan (Bukan Tarif) (hanya dibenarkan untuk perlindungan Komprehensif);
- Pembayaran Balik Kos ‘Betterment’ (Bukan Tarif) (hanya dibenarkan untuk perlindungan komprehensif);
- Elaun Kesulitan (Bukan Tarif) (hanya dibenarkan untuk perlindungan Komprehensif);
- Kemalangan Diri Pemandu dan Penumpang (Bukan Tarif);
- Insurans Perlindungan Aset Terjamin Kewangan (Bukan Tarif) (hanya dibenarkan untuk perlindungan Komprehensif);
- lindungan Tambahan LiteTow (Bukan Tarif) (hanya dibenarkan untuk perlindungan Pihak ketiga, Kebakaran dan Kecurian, dan Pihak Ketiga); dan lain-lain.
Dapatkan sebut harga di BJAK
Walaupun tidak sepopular jenama insurans kereta lain, Pacific Insurance adalah pilihan yang baik jika anda inginkan sesuatu yang baharu. Pastikan anda baca lebih lanjut mengenai terma dan syarat insurans kereta Pacific Insurance di laman web mereka terlebih dahulu sebelum anda beli. Tetapi jika anda mahukan sebut harga insurans kereta Pacific Insurance, anda boleh pergi ke Bjak.my untuk menyemak secara percuma.
Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!
Baca juga: