Skip to content
Home » Cara Tukar Tayar Kereta Yang Pancit Kepada Tayar Ganti

Cara Tukar Tayar Kereta Yang Pancit Kepada Tayar Ganti

    tukar tayar - cover

    Ketika sedang memandu kereta di jalan raya, kita semestinya perlu berhati-hati dan ambil langkah pencegahan sebaik mungkin bagi mengelakkan perkara yang tak diingini daripada terjadi semasa dalam perjalanan menuju ke destinasi.

    Salah satu langkah pencegahan penting yang ramai orang ambil mudah adalah memeriksa tayar sebelum memulakan perjalanan. Seperti yang ramai ketahui, tayar adalah merupakan salah satu komponen penting pada kenderaan. Tanpa tayar, kenderaan tidak boleh bergerak. Jadi, dengan memastikan tayar dalam keadaan baik bukan sahaja dapat mengelakkan diri dari terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa, ia juga turut boleh memastikan perjalanan anda itu lancar.

    Ini kerana, jika tayar tidak berada dalam keadaan baik, ia berpotensi untuk bocor. Sudah tentu ia akan melambatkan perjalanan anda ke destinasi yang hendak anda tuju. Namun sekiranya ketika dalam perjalanan dan tayar anda bocor atau pancit, anda perlu tahu apa yang perlu dibuat. Proses untuk menggantikan atau menukar tayar ini agak mudah jika anda tahu caranya. Namun pada yang tidak tahu cara untuk menukar tayar, artikel ini untuk anda. Baca dengan lebih lanjut berkenaan cara nak tukar tayar kenderaan anda dengan mudah.

    Peralatan yang perlu ada untuk menukar tayar

    Sebelum kita mengetahui cara yang betul dan mudah untuk menukar tayar, kita perlu tahu terlebih dahulu peralatan yang perlu ada untuk digunakan bagi menukar tayar kereta.

    Jek kereta

    Kebanyakan kereta yang ada di jalan raya didatangkan sekali dengan peralatan ini di bahagian bonet belakang kereta. Jek kereta ini adalah peralatan penting yang perlu ada untuk menukar tayar. Ia berfungsi untuk mengangkat beban kereta ketika proses penukaran tayar dilakukan.

    Lug wrench

    Peralatan ini juga amat penting. Ini kerana, jika tiada alat ini, tayar anda akan menjadi sukar ditanggalkan. Fungsi alat ini adalah untuk menanggalkan nat tayar kereta anda.

    Tayar ganti

    Tayar ganti ini juga merupakan komponen penting. Manakan tidak, jika tayar ganti ini tiada, maka proses penukaran tayar anda akan menemui jalan buntu. Perlu diingat bahawa tayar ganti ini perlu digunakan secara sementara. Ini kerana saiznya kebiasaannya lebih kecil berbanding tayar biasa. Justeru, untuk menggunakan dalam jangka masa yang lama adalah tidak digalakkan. Tayar ini kebiasaannya boleh didapati di bahagian bonet belakang kereta.

    Kunci nat tayar

    Jika anda menggunakan sport rim, anda perlu memastikan bahawa kunci kepada nat tayar sport rim anda itu sentiasa ada di dalam kereta anda. Ini kerana, jika tayar anda perlu ditukar, kunci nat tayar inilah yang akan berfungsi untuk menanggalkan tayar kereta anda. Perlu diingat bahawa kunci nat yang biasa tidak boleh digunakan untuk menanggalkan tayar anda kerana saiznya berbeza.

    Cara betul untuk tukar tayar kereta

    1. Berhenti di lokasi yang selamat

    Perkara pertama dan paling penting sekali untuk menukar tayar kenderaan anda adalah dengan mencari dan memberhentikan kereta anda di tempat yang selamat. Ini kerana, jika anda berhenti di tempat yang tidak sepatutnya, potensi berlakunya kemalangan itu agak tinggi. Ia secara tidak langsung boleh merbahayakan nyawa anda dan orang lain. Semasa berhenti, jangan lupa untuk menarik brek tangan dan pastikan gear berada di kedudukan P (Parking). Jangan berhenti di tempat yang gelap dan sunyi, sebaliknya carilah tempat yang ramai orang boleh nampak.

    2. Bawa keluar segala peralatan menukar tayar

    Setelah berhenti di tempat yang selamat, bawa keluar segala peralatan yang perlu untuk terus menukar tayar kereta anda. Selain peralatan yang telah disenaraikan di atas, anda juga digalakkan untuk menggunakan sarung tangan, lampu suluh dan reflective vest semasa hendak menukar tayar anda.

    3. Longgarkan nat tayar

    Seterusnya, cari permukaan yang rata dan naikkan kereta anda ke atas jek. Tetapi sebelum anda menaikkan kereta anda ke atas jek, pastikan brek tangan kereta anda sudah ditarik. Ketika menggunakan jek, pastikan kereta anda tidak dinaikkan terlalu tinggi di atas jek. Naikkan sehingga tayar kereta anda sudah boleh dipusingkan. Tidak perlu tinggi-tinggi.

    4. Tukar tayar kereta

    Setelah kereta anda berjaya dinaikkan di atas jek, anda sudah boleh mula cabut nat tayar kereta anda menggunakan lug wrench. Jika anda memakai tayar sport rim, anda boleh gunakan kunci nat tayar sport rim anda itu untuk menanggalkan tayar yang bocor tersebut. Pusing nat tayar melawan arah jam sehingga longgar dan tanggalkan tayar anda.

    5. Ketatkan nat tayar

    Turunkan jek kereta anda dan pastikan kereta anda sudah stabil. Selepas itu, gunakan lug wrench untuk mengetatkan semula nat tayar kereta anda dan anda sudah boleh meneruskan perjalanan anda.

    Cara nak periksa keadaan tayar

    Disebabkan tayar adalah antara komponen terpenting yang terdapat pada kereta, setiap pemandu kereta perlulah peka dan tahu cara untuk pastikan tayar tersebut masih elok untuk digunakan. Berikut adalah cara-cara untuk periksa keadaan tayar.

    1. Letakkan kereta anda di tempat yang rata dan pastikan tayar berada dalam kedudukan lurus
    2. Lukiskan satu garisan panjang melintang di bahagian atas bunga tayar kereta anda.

    3. Pandu secara perlahan sehingga garisan yang dilukis itu hilang.

    4. Untuk tahu hasilnya, jika garisan tersebut hilang secara keseluruhannya maka tekanan angin dalam tayar anda itu normal. Namun jika garisan tersebut hilang pada hanya bahagian tengah berbanding sisi, ini bermakna tayar kereta anda terlebih angin atau terlalu keras. Jika garisan hilang pada bahagian tengah berbanding sisi, bermakna tayar itu terlebih angin atau terlalu keras. Jika garisan hilang pada bahagian sisi berbanding tengah, bermakna tayar itu tidak cukup angin.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: