Skip to content
Home » 5 Kesilapan Biasa Semasa Membeli Insurans Kereta

5 Kesilapan Biasa Semasa Membeli Insurans Kereta

5 Kesilapan Biasa Semasa Membeli Insurans Kereta

Bila hendak buat pilihan insurans nampak sahaja mudah, pilih,bayar, dapat polisi, tetapi ramai pemilik kenderaan di Malaysia dengan tanpa sedar buat kesilapan yang boleh merugikan dalam jangka masa panjang. Dengan itu, kami perlu fahami kesilapan biasa ini & mengelakkan dari bayaran lebih, terlepas faedah yang penting atau boleh juga hadap masalah pada masa ingin buat tuntutan & dengan artikel ini kami boleh elak dari kesilapan membeli insurans kereta dengan cara yang salah.

 “Infografik senarai semak 5 kesilapan biasa semasa membeli insurans kereta di Malaysia: tidak banding harga, pilih paling murah, tidak faham perlindungan, abaikan NCD, abaikan perlindungan tambahan.”

1. Tidak Membuat Perbandingan Harga

Ramai pemandu terus membeli polisi pertama yang ditawarkan tanpa menilai pilihan lain. Padahal, harga dan perlindungan berbeza antara syarikat insurans. Semakan melalui platform seperti MyEG, Pos Malaysia, Bjak, atau aplikasi MyJPJ membolehkan anda membandingkan polisi dengan mudah.

2. Hanya Fokus pada Harga Murah

Harga yang rendah memang menarik, tetapi polisi paling murah tidak semestinya terbaik. Ada yang mengehadkan perlindungan atau mengenakan pengecualian tersembunyi. Sentiasa baca butiran polisi supaya anda tahu apa yang dilindungi dan apa yang tidak.

3. Tidak Memahami Jenis Perlindungan

Terdapat tiga jenis insurans utama:

  • Komprehensif – perlindungan penuh untuk kenderaan sendiri dan pihak ketiga.
  • Pihak Ketiga, Kebakaran & Kecurian – perlindungan asas dengan tambahan risiko kebakaran/kecurian.
  • Pihak Ketiga sahaja – perlindungan paling asas, hanya untuk pihak lain.
 “Jadual perbandingan jenis insurans kereta di Malaysia: Komprehensif (perlindungan penuh), Pihak Ketiga Kebakaran & Kecurian, Pihak Ketiga sahaja.”

Pemandu baru sering memilih polisi paling murah tanpa mempertimbangkan risiko sebenar.

4. Mengabaikan Diskaun NCD

Ramai pemilik kenderaan tidak tahu bahawa No Claim Discount (NCD) boleh mengurangkan harga insurans sehingga 55% jika tiada tuntutan dibuat. Semak status NCD anda setiap kali memperbaharui insurans supaya tidak rugi.

 “Carta bar menunjukkan penjimatan No Claim Discount di Malaysia: dari 0% hingga 55% dengan pemanduan selamat.”
Tahun & NCD %

5. Tidak Menyemak Perlindungan Tambahan

Polisi asas mungkin tidak meliputi semua situasi. Perlindungan tambahan seperti tunda tanpa had, bantuan tepi jalan, atau perlindungan banjir boleh jadi sangat berguna. Kebanyakkan orang hanya menyesal selepas benda telah berlaku sebab tiada tambahan seperti bencana khas.


Kesimpulan

Bila kami dapat mengelakkan diri dari kesilapan biasa ini, anda boleh sahaja buat pembelian insurans kereta yang lebih sesuai mengikut bajet, lokasi & lebih mudah. Jangan gelojoh bab membeli insurans, ambil masa untuk baca betul-betul polisi & faedah yang ditawar untuk perbandingan yang lebih teliti sebelum buat pilihan & pembelian.

Baca Juga:

Step-by-Step Guide to Renew Roadtax Online in Malaysia

Compare Extended Car Insurance Warranties in Malaysia

Best Car Insurance with Roadside Assistance: Jumpstart & Tyre Change