Pengenalan
Bila tiba masa nak renew insuran, mesti timbul persoalan — nak ambil insuran komprehensif atau third party je cukup? Nampak macam beza kecil, tapi sebenarnya kedua-dua ni berbeza jauh dari segi perlindungan dan nilai yang anda dapat.
Apa Itu Insuran Komprehensif?
Insuran komprehensif (Comprehensive Insurance) ni boleh kata pelan paling lengkap. Ia bukan saja lindungi pihak ketiga, tapi juga kerosakan pada kenderaan anda sendiri.
Contohnya, kalau anda langgar tiang masa parking atau terlibat kemalangan dengan pemandu lain — insurans ni akan cover kos baiki kereta anda dan juga kereta pihak satu lagi. Kadang-kadang, polisi ni juga datang dengan tambahan seperti windshield cover, natural disaster (banjir, pokok tumbang), dan towing service — macam pakej all-in-one gitu.
Apa Pula Insuran Third Party?
Insuran third party pula hanya lindungi kerugian pihak lain yang disebabkan oleh anda. Maksudnya, kalau anda langgar kereta orang, insurans akan bayar ganti rugi kepada pihak tu. Tapi untuk kereta anda sendiri? Tak termasuk, semua kena keluar poket sendiri.
Disebabkan tu, harga premium third party lebih murah — tapi perlindungan pun minimum.
Mana Satu Sesuai Untuk Anda?
Kalau kereta anda masih baru, atau nilai pasaran masih tinggi — komprehensif memang berbaloi. Anda dapat perlindungan penuh kalau berlaku kemalangan, kecurian, atau bencana alam. Tapi kalau kereta dah lebih 10 tahun dan nilai tak tinggi, third party mungkin dah cukup.
Ramai pemilik kereta lama di Malaysia pilih third party sebab nak jimat kos, tapi masih patuh undang-undang untuk jalan di atas jalan raya.

Kesimpulan
Secara mudahnya, beza dua ni terletak pada siapa dan apa yang dilindungi. Komprehensif jaga semua, third party cuma jaga orang lain. Jadi bila nak renew nanti, fikir balik nilai kereta dan bajet anda — baru senang pilih mana lebih masuk akal.Dan untuk mudahkan perbandingan harga pelbagai syarikat insurans, boleh terus semak di BJAK — cepat, percuma, dan terus boleh beli atau renew sekali dengan roadtax.
Baca Juga:
Kelab Renew Last Minute — Realiti Lucu Setiap Pemandu

