Skip to content
Home » Anda Ada Kereta? Ini 5 Cara Agar Anda Boleh Jimat

Anda Ada Kereta? Ini 5 Cara Agar Anda Boleh Jimat

    Cara pemilik kereta boleh jimat

    Boleh dikatakan, memiliki kenderaan sama ada motosikal mahupun kereta dianggap sebagai suatu keperluan pada hari ini. Bagi individu yang mempunyai kenderaan khususnya kereta, pelbagai perkara lain perlu diambil kira dan dititik beratkan selepas membelinya – kata orang, ada kereta memang mudah, tapi banyak juga komitmen yang perlu ditanggung sebagai pemilik kereta.

    Ia termasuklah keperluan untuk membayar wang ansuran bulanan dengan pihak bank, penghantaran kereta ke pusat servis, simpanan wang kecemasan jika berlaku sebarang kerosakan atau kemalangan, dan juga pembaharuan insurans kereta dan roadtax pada setiap tahun.

    Mengambil kira keperluan-keperluan di atas, maka ada yang menganggap bahawa ia sukar bagi pemilik kereta untuk menyimpan dan melakukan penjimatan.

    Justeru di sini, Bjak ingin kongsikan beberapa tips buat anda yang memiliki kereta tentang cara mudah untuk berjimat yang anda boleh lakukan. Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Selamat membaca!

    Pandu kereta anda pada kelajuan yang optimum

    Pandu kenderaan anda mengikut had optimum yang disarankan

    Sebagai pemandu, anda sangat digalakkan untuk memandu kereta pada had kelajuan 75-90km/j.

    Mengapa?

    Selain dapat menyelamatkan nyawa, ia juga sebenarnya dapat menjimatkan wang tanpa anda sedari. Tabiat memandu pada had laju melebihi 100km/ j sebenarnya hanya akan membazirkan petrol anda dan secara tidak langsung akan menyebabkan anda perlu mengisinya semula dengan lebih kerap.

    Jadi, jimatkan sikit wang anda dengan memandu mengikut had kelajuan yang disarankan.

    Servis kenderaan mengikut waktu yang ditetapkan

    Pastikan anda servis kereta di pusat servis jenama kereta anda

    Nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting! Sebagai pemilik kereta, adalah sangat penting untuk anda melakukan servis pada waktu yang sepatutnya.

    Sebab utama kereta anda perlu diservis adalah bagi menjaga kondisi kereta tersebut agar ia dapat beroperasi pada tahap optimum. Dengan melakukan senggara pada waktu yang ditetapkan ini, ia sekurang-kurangnya dapat mengelakkan kereta anda daripada berlakunya kerosakan lain dan menjimatkan wang anda.

    Namun, anda digalakkan untuk menghantar kereta ke pusat servis jenama kenderaan anda supaya baik pulih dapat dilakukan dengan lebih baik dan pantas.

    Pemilik kereta wajib perbaharui roadtax dan insurans sebelum expired

    Pastikan insurans dan roadtax diperbaharui sebelum ia tamat tempoh

    Ini adalah perkara asas yang perlu diketahui oleh semua pemilik kereta! Anda WAJIB untuk memastikan agar insurans dan roadtax kereta anda diperbaharui sebelum ia tamat tempoh. Selain untuk mengelak agar diri anda disaman pihak berkuasa, ia juga sebenarnya penting untuk melindungi kenderaan anda jika berlaku sebarang kemalangan atau perkara tidak diingini.

    Jika kenderaan anda terlibat dalam kemalangan jalan raya yang berpunca daripada anda dalam tempoh anda tidak dilindungi insurans, anda pastinya terpaksa menanggung kerugian dengan menggunakan wang sendiri. Bukan sahaja untuk membaik pulih kereta anda malah juga kerugian kepada pihak ketiga!

    Seperti yang pernah dinyatakan dalam artikel sebelum ini, anda sangat digalakkan untuk memperbaharui insurans 2 bulan sebelum ia tamat tempoh. Tahukah anda dengan memperbaharui insurans lebih awal, anda sebenarnya berpeluang untuk mendapatkan diskaun daripada syarikat insurans. Dan sebaliknya jika insurans anda diperbaharui lewat, anda mungkin akan dikenakan premium insurans yang lebih tinggi berbanding biasa.

    Pemilik kereta perlu memandu secara berhemah

    Elak memandu terlalu laju bagi mengelakkan kemalangan

    Ya! Memandu secara berhemah juga mampu untuk membantu anda menjimatkan wang. Pemanduan secara melulu dan laju mampu memberi risiko kepada anda menghadapi kemalangan di atas jalan raya yang mana secara tidak langsung bakal memberi beban kewangan.

    Apatah lagi jika polisi insurans sedia ada anda bukanlah polisi komprehensif, maka anda perlu menanggung kos baik pulih kenderaan anda menggunakan wang poket sendiri.

    Rugi bukan? Jadi, pandulah dengan cermat agar diri dan wang anda selamat!

    Buat perbandingan sebelum perbaharui insurans

    Buat perbandingan insurans bagi mendapatkan penjimatan berganda

    Sebelum renew insurans kereta, anda sangat digalakkan untuk membuat perbandingan terlebih dahulu bagi mendapatkan penjimatan. Setiap syarikat insurans menyediakan polisi insuran kereta dan perlindungan yang agak serupa namun dari segi harganya, ia pastinya berbeza.

    Jadi sebagai pengguna yang bijak, anda perlu rajin dan meluangkan sedikit masa melakukan perbandingan dengan syarikat-syarikat insurans yang diiktiraf. Selain itu, pastikan juga perlindungan yang dipilih adalah yang terbaik dan bersesuaian dengan keperluan diri dan kereta anda. Selain harga, lihat juga manfaat-manfaat istimewa lain yang disediakan oleh setiap syarikat insurans kerana ia semestinya akan turut membantu menjimatkan wang dan diri anda pada masa akan datang.

    Oleh itu, kami sarankan kepada anda untuk lakukan sahaja perbandingan di Bjak. Anda boleh lakukan sendiri perbandingan dengan 15 syarikat insurans yang disediakan syarikat kami dan pilih pakej perlindungan yang diperlukan mengikut bajet anda.


    Bjak menyediakan lebih 10 jenama insurans untuk pengguna lakukan perbandingan. Dapatkan sebut harga percuma di Bjak dan pilih pelan terbaik hari ini!

    Baca juga: